Flashback 3
// Alyah //
Bam!!
Haih ni malas nak bongkok ambil buku ni. Kenapalah aku pendek sangat.
Sedang aku merungut hendak mencapai buku yang jatuh tadi, Tangan Danish lebih pantas mencapai buku tersebut.
Aku pula sudah tergamam. Macam manalah dia boleh datang sini. Dia tau tak yang aku seram tengok muka dia yang tak pernah nak senyum tu.
"Macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanya aku.
Tangan aku dari tadi menggeletar nak ambil buku yang dia hulur kat aku.
"Aku pun cari buku jugak. Takkan lah nak duduk je."
"Tapi..." Belum sempat aku nak cakap, Danish terlebih dahulu pergi meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil.
Aku mencebik. Kurang asam betul mamat ni.
Aku berlari terkedek-kedek ke meja semula. Buku-buku yang penuh di tangan aku letakkan diatas meja sambil menghela nafas lega.
"Okay. Lets start now." Teruja aku. Maklumlah aku suka sangat dengan tajuk assignment kali ni.
Danish memandang aku pelik.
"Kau ni dah kenapa? Tak betul rupanya." Sempat Danish menjeling aku kemudian dia kembali memandang bukunya semula.
Aku mengangkat bahu. Biarlah dengan si Danish ni. Tengok dari muka dia pun tahu yang dia ni memang tak suka dengan tajuk yang Mrs Jane bagi. Tapi apa yang aku kesah. Yang penting aku kena lulus assignment ni.
Dari pagi sampailah tengah hari aku dan Danish duduk di library mencari maklumat. Banyaklah juga maklumat yang kitaorang dapat. Lenguh badan.
Sepanjang aku duduk dengan Danish kat sini, dia asyik tengok aku semacam je. Ada la juga rasa nak cucuk mata dia tu. Tapi apakan daya, aku hanya seorang perempuan yang lemah. Eceh!
Aku menggeliat kecil. Tudung yang dah senget sedikit aku betulkan. Aku memandang Danish yang sudah berura-ura mahu pergi.
"Esok pukul 9 pagi kita pergi hospital. Jangan lambat." Pesan aku. Takut Danish lupa. Nanti aku juga yang susah.
"Erm." Balas Danish ringkas. Dengan kadar segera dia berlalu pergi dari situ.
Aku hanya membiarkan saja Danish pergi. Dah memang perangai dia macam tu, nak buat macam mana?
******
Sampai saja di hospital, Alyah berjalan bersama Danish menuju ke bilik Doktor Lin yang merupakan doktor yang bertugas dihospital tersebut sekaligus doktor yang bakal dibertemu oleh Alyah dan Danish untuk bertanyakan maklumat berkaitan tugasan mereka.
Lagipun Doktor Lin juga dari Malaysia. Senanglah sikit untuk Alyah dan Danish berkomunikasi. Tak dalah susah nak kena cakap bahasa inggeris. Cuma Doktor Lin ni berbangsa Cina.
Alyah memerhati kawasan sekeliling, matanya ligat mencari bilik Doktor Lin. Danish pula hanya mengikut langkah Alyah. Dia malas nak cari.
Mata Alyah terpandang kesan luka pada tangan Danish. Kesan luka dimana Danish menumbuk dinding semasa di lorong gelap.
Danish yang perasan arah pandangan mata Alyah segera menyembunyikan tangannya di dalam poket seluar.
"Kenapa dengan tangan?" Soal Alyah risau. Lukanya yang agak besar itu akan mudah dijangkiti kuman kalau tak balut.
"Tak yah sibuk ah." Kata Danish kasar. Pantang betul dia kalau ada orang sibuk hal dia.
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Random× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...