Dah sedia untuk final chap? Huhuuhu... Saya dah sedia.😂 Selamat membaca.❤
Alyah memandang Doktor Adha penuh mengharap. Begitu juga dengan yang lain. Baru saja lelaki itu keluar dari bilik pembedahan, Alyah sudah menerjahnya untuk bertanya tentang pembedahan tadi.
Cukuplah 3 jam dia menunggu dengan sabar. Sekarang yang penting, dia mahu mendengar keputusan pembedahan ini daripada mulut Doktor Adha sendiri.
Sungguh dia mengharapkan berita baik yang akan menyapa pendengarannya.
Doktor Adha menurunkan topeng mukanya lalu memandang Alyah dengan wajah yang serius. Dia menghela nafas berat.
Berdebar-debar Alyah menanti jawapan Doktor Adha dan akhirnya.......
"Encik Faqih......"
2 tahun kemudian,
Alyah memimpin tangan kecil molek anak lelakinya, Harfiey. Usianya juga baru menginjak 2 tahun. Haih, memang serupa dengan wajah bapanya.
Alyah membawa Harfiey memasuki kawasan perkuburan. Tujuan utamanya membawa Harfiey ke sini adalah untuk melawat kubur seseorang. Iya, seseorang yang sangat dia sayangi. Yang penting, Harfiey juga tidak pernah berjumpa dengannya.
Mata Alyah memandang sayu kubur yang sudah lama tidak dijenguknya sehinggakan terdapat sedikit rumput dan dedaun kering di sekitarnya. Dengan tangan yang menggeletar Alyah menyentuh kubur tersebut lalu dia membuang dedaun kering yang terdapat disitu.
Si kecil Harfiey yang tidak tahu apa-apa itu hanya mengikuti perbuatan ibunya. Tangan kecilnya ligat menarik rumput-rumput lalu membuangnya ke tepi. Tergelak kecil Alyah melihat gelagat Harfiey.
Entah bagaimana, air mata Alyah mengalir menuruni pipinya. Dia tersangatlah rindu akan jasad yang berada di dalam kubur ini. Andai saja diberi peluang, dia mahu memeluknya seerat mungkin tanpa melepaskan pelukan.
Harfiey yang melihat ibunya menangis lantas mengesat air mata Alyah dengan tangan comelnya. Lega hati Alyah kerana masih lagi mempunyai peneman seperti Harfiey ini.
Perangai dan sikapnya tak ubah seperti ayahnya, Faqih. Seorang yang nakal, terkadang prihatin. Nak marah pun tak sanggup.
Bercerita tentang Faqih, sudah dua tahun juga lelaki itu terlantar koma di hospital. Akibat keadaanya yang kritikal, Faqih koma selepas pembedahan tersebut.
"Encik Faqih...... Sebenarnya, hampir saja pembedahan ini tidak berjaya. Mujur Allah sentiasa ada dengan kita dan pembedahan ini dapat diteruskan dengan jaya." Ucap Doktor Adha sambil tersenyum kecil.
Alyah dan yang lain melepaskan nafas lega. Tidak henti-henti Alyah mengucapkan lafaz syukur. Lantas Puan Husna memeluk Alyah selepas mendengar khabar baik ini.
"Tapi......"
Semua mata terarah kepada Doktor Adha.
"Oleh kerana keadaan Encik Faqih yang kritikal, dia berkemungkinan besar akan koma." Tutur Doktor Adha perlahan tetapi cukup kuat untuk Alyah mendengarnya.
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Random× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...