- FL 34 -

3.1K 101 9
                                    

Flashback

Maira bergegas ke rumah miliknya di UK. Semalam, Mr Ralp penjaga rumah tersebut menghubungi Maira. Katanya ada seorang lelaki mencari Alyah di rumah tersebut.

Disebabkan Alyah terlalu sibuk, Maira lah yang menggantikan Alyah. Dia pulang ke UK bagi berjumpa dengan lelaki yang diberitahu oleh Mr Ralp.

"Where's the man?" Soal Maira kepada Mr Ralp.

Mujur saja Maira sempat meminta Mr Ralp untuk menahan lelaki itu daripada pulang.

Hatinya tertanya tanya. Mahu apa dia berjumpa Alyah? Ada sesuatu yang hendak dibincang ke?

"There." Mr Ralp menundingkan jarinya ke arah lelaki yang agak berusia. Lelaki tersebut duduk di bangku sambil membelakangi Maira dan Mr Ralp.

"Thank you Mr Ralp." Maira membongkokkan sedikit badannya tanda hormat. Kalau di UK, memang begitu cara untuk menghormati orang yang lebih tua.

Mr Ralp tersenyum lalu beredar dari situ.

Dengan langkah segera, Maira menuju ke arah lelaki tersebut. Maira mengambil tempat di bangku hadapan lelaki itu.

"Alyah?" Soalnya.

"Sorry. Im not Alyah." Jawab Maira tenang.

"Kamu ini kawan Alyah?" Soalnya lagi.

Maira mengangguk perlahan. Sebelum ini memang dia tidak pernah kenal dengan lelaki di hadapannya. Terfikir juga Maira, bagaimana Alyah boleh kenal dengan lelaki ini.

"Tolong selamatkan Alyah dari Danish. Jangan bagi Alyah dekat dengan Danish." Tiba-tiba sahaja lelaki tersebut merayu sambil memandang Maira dengan mata yang berkaca.

Maira mengerutkan dahinya. Apa yang jadi ni?

"Wait2. Macam mana pak cik boleh kenal Danish? Dan apa yang pak cik cakapkan ni?" Tanya Maira bertubi-tubi.

Dia perlukan penerangan yang jelas, baru lah dia boleh memahami situasi yang berlaku.

"Pak cik..... ayah Danish."

End Flashback

"Then, pak cik Karim ceritakan semuanya pada aku. Termasuklah kematian Puan Mazna. Dia bunuh ibu dia sendiri Alyah." Cerita Maira bersungguh sungguh.

"Tapi kenapa dia buat macam tu?"

"Orang dah gila weyh. Membunuh pun sanggup." Maira berdecit. Marahnya masih tak habis lagi pada Danish. Kalau lah dia kuat, dah lama di ganyangnya Danish tu. Anak tak sedar diri.

Keluhan berat dilepaskan. Nak menyesal, dah tak ada guna. Nasib baik Danish dapat ditangkap. Kalau tak, memang bebas lah orang gila tu. Makin banyak orang yang akan dia sakitkan.

"Sebenarnya... Danish yang bunu--"

Ting!!

Belum sempat Maira menghabiskan ayatnya, bunyi notification dari telefonnya mengganggu niatnya.

Maira mendengus perlahan. Kacau saja orang nak cerita.

Zaq
Bawa Alyah ke tasik yang dekat dengan rumah Umi. Faqih nak jumpa dengan dia.
9:12 a.m.

Otak Maira ligat memikirkan idea bagi mengajak Alyah keluar. Maklumlah, ibu pregnant ni malas nak keluar rumah. Asyik nak terperap je.

"Hah!!" Jerit Maira tetiba.

Forever Love ✔Where stories live. Discover now