Alyah POV
"Doktor Alyah makin cantik lah."
"Doktor nampak lain sangat hari ni."
"Berseri je aku tengok Doktor Alyah."
"Nampak tembam."
Aku hanya tersenyum manis mendengar suara-suara jururawat yang sibuk berkata tentang aku. Malas nak fikir banyak, aku terus berjalan masuk ke ruangan kerja aku.
Selama aku cuti ni, Umi banyak kali nasihat aku. Dan akhirnya aku dapat juga move on dari masalah tu. Tapi itulah, aku tak tahu tentang keadaan Faqih. Dah lama juga dia tak datang jumpa aku.
Tak apa. Mungkin dia juga perlukan ruang dan masa. Sama seperti aku.
Oh ya, aku nampak gemuk ke?
Umi ada la tegur aku tentang pemakanan aku. Sekarang ni aku banyak makan. Tak tahu kenapa, asyik lapar je. Kadang tengok iklan makanan kat dalam tv pon buat aku rasa lapar.
Ttok ttok!!
"Doktor?" Sapa Doktor Khayla. Rakan sekerja aku. Selain Maira, dia juga tahu tentang masalah aku dan Faqih.
"Ya? Ada masalah ke?" Soal aku.
"Tak ada. Saja nak sembang dengan Doktor sekejap."
Jarang dia masuk bilik aku pagi macam ni. Selalunya waktu begini dia sibuk dengan pasakitnya. Memang langsung tiada masa nak bersembang.
"Doktor Khayla tak sibuk ke?"
Dia menggeleng pantas. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Ini dah kenapa?
"Betullah cakap jururawat tadi. Doktor nampak lain hari ni." Katanya lagi.
Aik, apa yang lainnya? Aku pergi kerja hari ni macam biasa je. Makan sarapan, lepastu drive sendiri ke sini. Hantar laporan dan sekarang--- Okay, stop Alyah.
"Tak ada yang lain lah. Kenapa, tudung yang saya pakai ni tak sesuai? Ke baju saya ni?"
Tudung oren yang tersarung dikepala aku belek. Ke aku pakai tudung ni terbalik?
"Okay aje tudung Doktor tu. Cuma iyelah. Doktor nampak tembam." Doktor Khayla tersengih penuh makna.
"Hah! Tembam?" Lantas tangan aku memicit pipi yang semakin tembam.
Pantasan Umi selalu marah aku makan berlebihan. Rupa-rupanya aku sudah semakin gemuk. Tak boleh jadi ni.
"Comel apa kalau Doktor tembam. Lagi satu, Doktor nampak cantik sangat hari ni." Puji Doktor Khayla.
Pipi aku sudah merona kemerahan. Orang puji kan. Takkan muka ketat je. Tersengih la kita.
"Orang cakap, kalau muka makin berseri itu maknanya perut ada isi." Sambung Doktor Khayla lagi.
Baru saja aku mahu tersenyum terus tak jadi. Perut ada isi? Aku mengandung ke? Takkan lah. Kali terakhir, dekat sebulan yang lepas. Mustahil.
Aku menggelengkan kepala. Takkan!! Takkan!!
"Apa yang Doktor gelengkan tu?" Doktor Khayla memandang aku dengan mata yang dibesarkan.
"Ermm.... Tak ada apa-apa."
-----------
Belum genap sebulan Alisya pergi meninggalkan Faqih dan Alyah. Tetapi, tanah di perkuburan Alisya sudah kering. Faqih menuangkan air di atas kubur milik Alisya. Rindu.
Tiada lagi tawa anak kecil ini yang menghiasi harinya. Hanya suram dan sepi sahaja. Semua itu hilang sekelip mata.
Faqih tertawa kecil. Teringat akan permintaan Alisya yang sering bermain di kepalanya.
"Papa, Alisya nak adik." Kata Alisya sambil memuncungkan bibir kecilnya. Tangannya sibuk bermain dengan hujung baju yang dipakai.
"Alisya kan dah ada adik. Habis tu ni apa?" Faqih mengangkat anak patung kesayangan Alisya.
Makin cemberut wajah Alisya. Sengaja papanya bergurau.
"Nanak yang ni. Isya nak yang idop." Lancar saja suaranya mengutarakan keinginannya.
Terhambur tawanya melihat gelagat Alisya. Bosan barangkali sering bermain sendirian. Itu sebab dia minta adik baru.
Faqih tersenyum meleret.
"Minta dekat mama."
"Papa akan cuba tangkap orang yang sanggup racun Alisya. Anak papa ni tak salah." Ucapnya. Tangannya singgah diatas batu nisan yang berada di kubur tersebut.
"Alisya, papa janji, papa akan cuba baiki hubungan papa dengan mama. Papa cuba ye sayang."
Keluhan berat dilepaskan. Faqih sendiri tidak yakin adakah dia dapat jumpa dengan Alyah lagi. Dengan penyakit yang dihidapinya. Bila-bila masa saja nyawanya akan diambil.
"Papa pergi dulu. Nanti papa datang lagi." Faqih tersenyum nipis.
"A--abang."
Perlahan-lahan Faqih menoleh ke belakangnya. Suara yang sangat dia rindui. Alyah berada dibelakangnya.
Sayu saja pandangan mata Alyah memandang suaminya itu. Lebih sebak dirinya apabila melihat mata Faqih yang sembam akibat menangis sebentar tadi.
Disebabkan egonya yang tinggi, dia hanya mampu luahkan di dalam hati. Tidak terkeluar di mulut.
Pantas Faqih bangun sebelum menundukkan sedikit kepalanya. Langsung dia tidak memandang wajah isterinya. Kemudian, segera dia beredar melepasi Alyah tanpa berkata apa-apa.
Pedih? Sakit? Itulah yang dia rasakan. Sudah tiada guna. Dia sendiri yang membuatkan Faqih menjadi sebegitu.
Dirinya yang meminta supaya Faqih menjauhkan diri darinya jika pembunuh Alisya tidak dijumpai. Jadi sekarang salah siapa?
Fikirkan lah, Alyah.
Pendek? Sebenarnya dah tak ada idea. Huhu😭
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Random× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...