"Alyah macam mana?" Tanya Umi dan Zaq serentak.
Selepas saja sampai hospital, Faqih langsung menghubungi Zaq dan meminta lelaki itu untuk membawa umi sekali ke hospital. Ibu bapa Faqih sekarang masih berada di luar negara. Jadi, mereka tidak dapat bersama dengan Faqih ketika itu.
"Dia ada kat dalam." Jawab Faqih. Dari tadi dia mundar mandir di hadapan wad bersalin tersebut. Wajahnya berpeluh-peluh menanti Alyah yang sedang menahan sakit untuk melahirkan anak pertama mereka.
Hatinya makin gelisah pabila mendengar jeritan Alyah dari dalam wad bersalin.
Kejap bangun, kejap duduk. Asyik pandang pintu bilik wad je. Betapa risaunya Faqih terhadap Alyah.
"Umi pergi kedai kejap. Faqih dah makan belum? Kalau belum Umi belikan makanan ye?" Ujar Umi. Faqih mengangguk perlahan. Umi berlalu pergi bersama Astrid meninggalkan Faqih dan Zaq berdua. Dari tadi Fahmi merengek nak makan. Itu yang umi temankan Astrid beli makanan di kedai berdekatan.
Faqih mengintai intai disebalik kaca pada pintu bilik tersebut. Apa pun tak nampak sebab doktor dah tutup dengan kain langsir.
"Cuba kau duduk dulu. Aku yakin, tak da pa pe jadi kat Alyah tu." Pujuk Zaq untuk membuatkan hati Faqih tenang.
"Macam mana aku nak duduk kalau Alyah masih lagi kat dalam?" Faqih menyerabutkan rambutnya. Wajahnya serupa orang yang tak tentu arah. Dirinya terlalu kusut memikirkan Alyah.
"Hahahahahahha" Tetiba saja Zaq ketawa membuatkan mata Faqih tertumpu ke arah sepupunya itu.
"Kau kenapa?" Soal Faqih geram.
Dalam keadaan sebegini sempat lagi Zaq gelak. Padahal tak ada sesiapa yang buat joke pun.
"Aku teringat masa Astrid lahirkan Fahmi dulu. Aku pun macam kau jugak. Terlalu risau. Then kau datang dan suruh aku bertenang." Cerita Zaq. Dia cuba mengimbau kembali kenangan dulu.
Perlahan-lahan jantung Faqih yang berdegup laju kembali normal. Dia mendengar cerita Zaq.
"Masa tu kau yakinkan aku yang Astrid mesti akan selamat. Aku menjerit macam orang gila kat luar wad." Sambungnya lagi.
Zaq menarik nafas perlahan sebelum menyambung semula ceritanya.
"Sekarang baru kau rasa macam mana gelabahnya aku waktu tu." Kata Zaq kemudian dia kembali tertawa.
Macam tak da function je Zaq ada kat situ. Okay, Zaq dah boleh balik rasanya.
"Tak guna kau. Boleh pula ketawakan aku." Faqih memandang Zaq tajam.
Melihat saja panahan mata Faqih yang tajam bak singa mengamuk, terus mati tawanya. Zaq menelan liur. Tak sangka Faqih begitu serius.
"Aku just throwback je. Tak yah nak serius sangat." Zaq ketawa hambar. Bahu Faqih di tepuk beberapa kali.
Hampir 2 jam, doktor masih lagi tak keluar dari wad. Umi hanya duduk dengan tenang sambil memerhati Faqih. Lelaki itu dari tadi berdiri. Fahmi sudah tidur di riba Astrid.
Zaq menjeling Faqih sekilas. Keluhan berat dilepaskan. Matanya kembali melihat skrin telefon. Penat dia tengok Faqih.
Faqih meraup wajahnya kasar. Dia benar-benar nak tahu apa yang jadi kat dalam.
Faqih terus menyerbu ke arah doktor yang baru saja keluar dari wad bersalin. Diikuti dengan Umi dan Zaq.
"Suami kepada Puan Alyah?" Tanya doktor lelaki itu meminta kepastian.
Faqih mengangguk laju.
"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Isteri dan bayi perempuan encik selamat. Encik dah boleh masuk dalam." Ujar Doktor wanita itu.
"Terima kasih doktor." Ucap Faqih. Senyuman lebar dipamerkan kepada doktor wanita tersebut.
Doktor wanita itu membalas senyuman Faqih lalu beredar dari situ untuk memberi ruang kepada mereka masuk ke dalam wad.
Tanpa menhiraukan keadaan sekeliling, Faqih terus meluru masuk ke dalam.
Alyah tersenyum tatkala melihat wajah ceria suaminya.
Bayi perempuan mereka berada di dalam dukungan Faqih. Tangan kecil bayi itu dikucup lembut oleh Faqih.
Umi menghampiri Faqih lalu mengambil bayi tersebut dari dukungan Faqih. Giliran Umi pula melihat cucu pertamanya.
Manakala Zaq dan Astrid berlalu keluar dari wad tersebut. Mereka tak mahu mengganggu keluarga bahagia ni. Lagi-lagi dengan kehadiran ahli baharu.
Faqih melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan Alyah.
Kepala Alyah dicium lembut. Tangannya mengenggam erat tangan Alyah yang kesejukan. Wajahnya juga pucat akibat terlalu penat melahirkan anak mereka.
"Terima kasih sebab sudi berkorban untuk lahirkan anak kita." Bisik Faqih di telinga Alyah.
"Terima kasih jugak sebab abang sentiasa ada dengan Alyah. Sentiasa jaga Alyah dengan baik sepanjang kita jadi suami isteri." Kata Alyah perlahan. Bibirnya disinggahkan pada tangan Faqih.
"Alyah dah jadi tanggungjawab abang. Abang tetap akan jaga Alyah walau apa pun yang jadi. Dengan lahirnya anak perempuan kita, tanggungjawab abang pada keluarga kita semakin besar dan abang janji, abang akan laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin. Tapi, abang perlukan Alyah sebagai tulang belakang abang. Janji yang sayang akan selalu ada dengan abang."
"Ye, Alyah janji." Alyah mengangkat jari kelingkingnya lalu ditautkan pada jari Faqih.
"Sudah-sudahlah tu nak bersweet. Umi ada ni. Kalau ye pun, tunggulah balik rumah nanti. Umi nak main dengan cucu Umi pun tak senang." Celah umi tetiba. Pipi si kecil itu dicium beberapa kali. Geram lah katakan. Comel!!
Serentak Faqih dan Alyah memandang Umi. Mereka tergelak kecil.
Alyah tersenyum nipis. Dibiarkan saja peluh yang menitik di wajahnya. Dia merenung Faqih lama. Lelaki ini yang menjadikannya lebih tabah dari dulu. Lelaki ni juga yang membuatkannya mengenal apa itu pengorbanan.
---------
Harini tetiba je rajin nak menaip. Idea datang mencurah-curah. Okay, wait for the next chap. Bye✋✋
Vote and comment.
(Untuk menaikkan semangat.)
YOU ARE READING
Forever Love ✔
Aléatoire× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - Faqih. Masih kuatkah hati ini untuk kekal bertahan? Sedangkan tubuhnya juga sudah tidak mampu lagi un...