- FL 15 -

2.2K 101 5
                                    

Flashback 6

Selesai saja makan malam dan minum petang, Alyah meminta diri untuk pulang. Pelawaan Danish untuk menghantarkan pulang ditolak kerana Maira ingin menjemput Alyah. Alyah sudah janji untuk menemani Maira keluar.

"Danish!!"

Panggil Puan Mazna tegas. Danish yang sedang menaiki tangga menghentikan langkahnya.

Lantas kakinya menuju ke arah mama dan papanya yang sedang duduk di ruang tamu. Encik Karim yang tidak mengerti dengan sikap isterinya hanya ikut saja kehendak Puan Mazna.

"Mama kenapa pangg---" Danish tergamam dengan tindakan mamanya.

Encik Karim pula terkejut besar. Tidak pernah Puan Mazna berbuat demikian kepada anaknya.

"Apsal tetiba tampar aku?!" Terus hilang hormat Danish kepada mamanya hanya kerana satu tamparan yang hinggap pada pipi kirinya.

"Awak dah kenapa ni?" Soal Encik Karim yang mahukan kepastian. Sejak petang tadi dia lihat isterinya seperti menghadapi masalah.

"Awak tanyalah anak awak ni. Sanggup dia buat macam ni." Kata Puan Mazna sambil mengalirkan air mata.

Dia tahu yang dirinya dan si suami sering tiada bersama dengan Danish dalam memberikan kasih sayang. Walaupunbegitu, tiada ibu bapa yang mahu anaknya menjadi orang yang tak berguna.

Dengan sikap Danish ini, membuatkan Puan Mazna berasa gagal dalam mendidik Danish.

"Cuba awak terangkan kat saya apa yang jadi. Saya tak faham la." Encik Karim memapah isterinya duduk di atas sofa.

"Awak tahu tak yang Alyah tu isteri orang?" Tangisan Puan Mazna semakin kedengaran. Dia benar-benar kecewa dengan Danish.

"Betul ke apa yang awak cakap ni?"

Puan Mazna mengangguk lemah.

"Danish apa yang kamu dah buat ni? Kenapa kamu cakap dengan kami yang kamu nak jadikan Alyah isteri kamu?" Kini giliran Encik Karim pula bertanya meminta jawapan daripada Danish.

"Apa masalahnya kalau dia isteri orang pun. Orang yang dah kahwin boleh je cerai. Kan?" Kata Danish tanpa rasa bersalah. Dia tersenyum sinis.

Hampir saja pengsan Puan Mazna mendengar jawapan Danish.

"Kamu tahu tak apa yang kamu buat ni Danish? Kamu suka ke kalau tengok hubungan Alyah dengan suami dia tu hancur sebab kamu?" Marah Encik Karim.

Ini kali pertama dia meninggikan suaranya pada anak tunggalnya itu.

Seperti 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Danish sekadar tertawa mengejek. Langsung dia tidak kisahkan kata-kata Encik Karim.

"Aku akan cuba dapatkan Alyah walaupun aku kena bunuh orang sekeliling dia." Sambung Danish lagi.

Gelakkannya semakin kuat. Langsung tiada perasaan kasihan melihat Puan Mazna yang dari tadi tidak berhenti menangis.

"Berhentilah Danish. Carilah perempuan lain." Rayu Puan Mazna. Pipi Danish diusap lembut tetapi ditepisnya tangan mamanya itu.

"Kalau aku tak nak?" Danish menjongketkan keningnya. Sengaja dia mencabar kesabaran Encik Karim dan Puan Mazna.

"KALAU TAK NAK, KAU KELUAR DARI RUMAH NI." Tengking Encik Karim.

"Baguslah tu. Aku pun tak hadap dengan korang ni." Danish berlari menuju ke biliknya. Sedikit pakaiannya dikemaskan masuk ke dalam beg sandang.

"Abang, apa yang awak buat ni? Dia je anak kita." Puan Mazna sedaya upaya memujuk Encik Karim supaya menarik semula ucapannya sebentar tadi. Tidak sanggup dia melihat Danish keluar dari rumah itu.

"Dia dah kurang ajar dengan kita. Memang patut pun dia keluar dari rumah ni." Encik Karim mengurut dadanya. Boleh sakit jantung dia kalau terus menerus macam ni.

"Aku blah dulu." Kata Danish lalu berjalan laju ke pintu utama rumah tersebut.

"Abang tolonglah halang dia." Puan Mazna menangis teresak-esak. Lengan suaminya digoncang kuat.

"Biarkan aje dia pergi." Kata Encik Karim tegas. Sesungguhnya dia pun tidak sanggup membiarkan Danish pergi.

Tapi dalam masa yang sama, dia turut kasihankan isterinya yang ditengking, dimaki, dihina oleh Danish. Mungkin ini saja keputusan yang betul.

"Anak kita tu...." Rintih Puan Mazna lagi.

Tanpa mendengar balasan dari Encik Karim, Puan Mazna lantas berlari mendapatkan Danish yang hendak membuka pintu rumah. Ditahannya Danish dari keluar.

"Danish tak kesian kat mama ke? Jangan pergi please.." Tangan Danish ditarik menggunakan sekuat tenaganya yang ada.

"Sudahlah. Aku pun dah tak nak tinggal sini. Mengadap muka korang tak dapat apa pun. Korang bukannya nak sokong keputusan aku." Danish cuba melepaskan genggaman tangan mamanya.

"Tapi cara kamu ni salah. Macam mana mama dengan papa nak sokong kamu." Ujar Puan Mazna sambil menahan tangisannya dari terus mengalir.

"Dulu mama dengan papa kata nak sokong apa je keputusan yang aku buat. Sekarang tetiba nak bantah pulak."

"Kami bukan sengaja na---"

Danish terlebih dahulu memintas kata-kata Puan Mazna.

"LEBIH BAIK KORANG MATI JE KALAU SEMUA BENDA YANG AKU BUAT SALAH KAT MATA KORANG."

Tanpa sengaja Danish telah melemparkan pasu bunga yang terletak di sebelah pintu ke arah Puan Mazna. Pasu bunga yang terkena pada kepala wanita tua itu berkecai.

Danish tergamam. Tangannya menggeletar. Encik Karim yang terdengar bunyi pasu pecah itu segera berlari ke situ.

Tubuh Puan Mazna sudah jatuh terbaring. Darah tidak berhenti mengalir dari kepalanya. Encik Karim mendapatkan isterinya lalu membaringkan Puan Mazna pada ribanya.

Tangannya cuba menutup luka yang besar pada kepala Puan Mazna tetapi darah tetap saja tidak berhenti.

"Danish, kamu cuba bunuh ibu kamu ke?!" Air mata yang dari tadi ditahan akhirnya gugur. Encik Karim tidak sanggup lagi dengan semua yang berlaku ini.

"Arghhh!!!" Danish terus berlari keluar dari rumah. Dibiarkan saja mama dan papanya dalam keadaan sebegitu.

"A- abang, s--s sakit." Ngadu Puan Mazna. Tangan suaminya digenggam erat.

"Awak tunggu kejap. Saya call ambulance." Handphonenya dikeluarkan dari poket seluar. Nombor polis didail untuk meminta bantuan mereka menghubungi ambulance.

Sejurus menamatkan panggilan, Encik Karim kembali memandang wajah isterinya.

"A--- ab--ang, D--- dan-ish." Kata Puan Mazna tersekat-sekat. Dia tak mampu lagi menahan kesakitan.

"Tahan sikit. Nanti ambulance dengan polis datang." Tangan Encik Karim masih setia menutupi luka di kepala isterinya.

"Saya m-inta ma--af.." Selepas mengucapkan kata maaf, tangan Puan Mazna yang meggenggam tangan Encik Karim jatuh ke lantai.

Tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa itu dipandang lemah.

"Abang maafkan awak."


Pertama sekali, maafkan saya sebab dalam bab ni terlalu banyak perkataan yang kurang sopan. Saya minta maaf🙏. Nanti bab seterusnya adalah bab terakhir untuk flashback..

Forever Love ✔Where stories live. Discover now