Mampuslah nombor tu salah..haha! Jangan kecam aku.. Sebenarnya aku tulis banyak dah tapi tak publish. Sebab aku lupa jalan cerita dia. Sbab tu aku publish part lain. Jangan marah ek.
Hari ni aku nak cerita pasal umah tok aku ni..haihh,berhantu jugaklah. Almaklum tak ada sesiapa duduk dah.
Kisah ni berlaku tahun ni jugak,bulan lima tak silap aku. Kira-kira pukul 12 malam,pak long aku ni ada lah singgah rumah tok aku. Dia nak kemas apatah. Dia stay rumah tu sampai pukul 1 pagi agaknya. *seorang diri*
Tengah-tengah dia kemas tu,dia ada dengar suara orang perempuan. Macam tengah nyanyi. Pak long aku peliklah. Kejadah mana tengah nyanyi tu? Dia perhati betul-betul apa yang perempuan tu nyanyi. Suara tu dengar sayup-sayup ja.
Pak long aku abaikan jelah. Mungkin rumah sebelah yang nyanyi. Dia pergi dapur nak minum air sikit. Suara nyanyi tu dengar jelas di telinga dia. Dia cuba cari dekat mana suara tu. Tengah-tengah cari,dia tertangkap di sebuah bilik. Memang sah suara keluar dari situ.
Aduhai.. Siapa pula ada dalam sana? Kalau nak kata ahli keluarga kami yang lain,kenapa tak kasi tahu nak datang? Dia mula tak sedap hati. Aku tak tahulah dia tu nyanyi apa benda. Aku tak de dekat situ.
Pak long aku ni terlebih berani agaknya,dia pergi tolak pintu bilik tu. Suara tu mendayu-dayu kedengaran. Dia pun masuklah. Dia nampak seseorang tengah baring atas katil sambil menyanyi.
Waktu tu dia tak terfikir langsung hantu ka manusia ka. "Cik siapa?"tanya paklong aku sambil tengok perempuan tu. Rambut perempuan tu panjang gila sampai tertutup muka. Baju perempuan tu warna putih lusuh seakan-akan dah lama dipakai. Tiba-tiba perempuan tu berhenti menyanyi. Diam sahaja suasana ketika itu. Pak long aku masih tengok perempuang tu.
"Kenapa cik diam? Cik siapa? Macam mana boleh masuk ke dalam?"bertubi-tubi paklong aku tanya. Perempuan tu tergelak kecil. Apa yang lawak pun tak tahulah. Angin kuat membelai lembut muka pak long aku. Bulu roma paklong aku tegak habis dah. Lambat-lambat perempuan tu kalih ke arah paklong aku. Terbeliak mata pak long aku apabila tengok perempuan tu.
Mata perempuan tu sebelah kiri hampir terputus urat dia. Mulut terkoyak sampai pipi rasanya. Darah tak payah katalah.. Banyak nak mati. Perempuan tu mula mengilai sambil tajam tengok pak long aku. Kau rasa apa paklong aku nak buat? Tunggu macam tunggul dekat situ dan biar takdir menentukan nasib?
Haish..memang taklah. Paklong aku nak cabut lari. Tapi bila sampai depan pintu tu. Boleh pulak pintu tu tertutup rapat. Aduh..memang cari nahas. "Kau..ja..jangan..de..dekat..dengan..ak..aku"tergagap suara paklong aku sambil tengok perempuan tu. Perempuan tu masih gelak.
Heh? Gila dah ke pompuan?! Ops..
Disebabkan pak long aku takut sangat. Dia pengsan dekat situ. Semua benda gelap. Esok, baru family aku jumpa dia. Lepas dia cerita tu,aku ada usya bilik tu. Nothing..
Aku cuba bayang macam mana perkara tu berlaku. Tapi sikit pun tak terlintas. Aku biar jelah kisah tu. Aku baring atas katil tu and melukis. Buat macam tak da apa berlaku. Nak kata aku ni tak percaya hantu,bohong laa. Aku nak juga nampak hantu hodoh depan mata,tapi tak pernah nampak. Orang tua-tua kata jangan cakap besar kang nampak betul menyesal tak sudah. Huhu..aku pernah nampak hantu comel ja●0●
Ni kisah lain pula pasal rumah tok aku jugak. Ni aku yang alami. Tapi tak lah seram.
Perkara ni berlaku bulan 5 jugak. First puasa. Aku peliklah bukan semua syaitan diikat ka sehingga habis ramadhan? Yang aku tahu,syaitan yang tak kena ikat..syaitan belaan atau hantu belaan. Entahlah.. Maybe yang kacau aku tu saka keturunan? Okok. Skip!
Time ni,aku dah habis buka puasa. Tengah seronok-seronok borak dengan sepupu tentang crush la boyfriend la, diorang nak keluar nak hantar paksu aku. So,semua keluar tinggal aku and budak-budak ja. Sepupu aku ada dengan aku.
Aku main dengan diorang dekat ruang tamu. Punya best main.. Boleh pulak aku dengar suara orang. Ok,ni bukan suara budak-budak ni. Aku dah diam. Aku nak dengar betul-betul. Suara tu sayup-sayup je aku dengar.
"Weyh,dengar tak?"tanya aku selamba. Sepupu aku balas kata aku sambil gelak. Dia kata "dengar suara budak-budak ni jeritlah" hish,sepupu aku ni. Ada jugak orang makan kaki malam ni. Kalau budak-budak jerit aku pun dengar!
Tapi suara ni macam dari radio. Yelah,aku dengar macam ada orang ubah-ubah siaran. "Ada siapa main radio ka? Cubalah main benda lain. Apa ahh korang ni"aku nak bebel je rasanya. Diorang kasi aku muka blur diorang tu. Aduhaiii..
"Sejak bila ada orang main radio ni kak hira oi! Radio pun takde dekat rumah ni"tengok aku kena balik.
Tapi kann..betul jugak. Mana ada radio kat rumah tok aku ni. Ha sudah. Aku pun pergi cari bunyi tu. Mana tahu aku dapat tahu siapa yang main radio tu. Erk
Kau tau dekat mana aku dengar suara tu? Dalam satu bilik dekat dapur tu. Nak kata bilik yang sama pak long aku kena tak pun. Bukan bilik tu. Aku teragak-agak nak buka. Tapi dalam hati aku ni, dah tak sabar nak maki budak yang main radio tu.
Dengan beraninya,aku buka pintu tu. Kau rasa aku nampak apa?
........ ....... ...... ..... .... .... ... .. .
Ceh,aku tak nampak apa pun. Kosong ja. Dah la gelap. Nak aja aku maki. Aku tak dengar suara tu dah. Huh,mampus la dekat kau wahai suara. Aku malas nak layan. Aku terus keluar tanpa ragu-ragu.
Tapi yang anehnya..apabila aku keluar dari bilik tu,aku dengar balik suara tu. Dekat dalam bilik tu juga. What the hell??? Aku nak tengok belakang.
"Woi buat apa dekat situ k.hira?! Nampak hantu pompuan tu kang padan muka..haha"
Kurang ajar betul itu anak! Aku terus pergi dekar dia. Tak sempat pun aku nak usya apa kat belakang aku tu. Kau rasa kalau aku kalih belakang time tu.. Aku akan nampak apa?
Nanti aku update lagi ye. Aku nak ingat balik semua kisah aku.. Bukan senang nak ingat semua balik. Oh yaa..kalau korang nak tahu,aku dah semakin pulih. Yey! Bengkak aku pun dah semakin kurang. Belakang aku yang rasa macam kena cakar tu pun kadang-kadang je rasa. Mungkin bulan puasa agaknya. First and second puasa tu,memang sakit gila belakang aku tu. Maybe 'benda tu' protes.
Kau nak tahu,dekat sekolah hari tu.. Ada seorang perempuan ni. Macam mana dia tahu aku ada santau pun tak tahu lah. Mungkin dia pernah baca dekat sini? Mungkin. Dia tanya aku macam ni siak "Weyh,kau ada santau eh?"huish.. Dah lah tanya dekat library sekolah. Kantoi habis. Aku palau jer dia tu. Haha kesian. Tak sempat nak korek rahsia akuO_o.
Gambar dekat bawah ni. Gambar sabun yang aku perlu pakai setiap hari untuk halau sihir atau lebih tepat santau dekat badan. Ok bye!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.