Kisah ni berlaku kat sekolah menengah --. Tak boleh diberitahu. Kang korang pergi cari sekolah tu pulak. Aku masa tu darjah 6. Fuh,muda lagi okeyh. Tahun 2014. Heh,korang boleh agaklah umur aku sekarang ni...
Back to story.
Ustazah aku ni,Pn.Faridah ada bagitahu yang kami kena qiamullai dekat sekolah menengah ni. Aku okay jelah. Memandangkan dua sekolah yang terlibat iaitu sekolah aku dan sekolah ex boyfriend aku. Waktu ni aku masih couple dengan jantan tulaa.. Ohohoho..
Tepat pukul 10 malam,kami semua dah ada dekat surau sekolah tu. Aku pergilah melepak dekat luar. Tak mula lagi sesi bersolat bagai tuh jadi boleh lah aku meng'usya' boypriend aku yang hensem tu. Tersenyum senyum macam beruk dah aku time tu. Siapa aje tak happy tengok pakwe sendiri kan? Hoho
Seronok-seronok aku melayan jiwa raga aku nih,si balak nih ganggu aku. Okeyh,balak tu nickname dia aja. Nama betul dia adha. Aku pun tak tahu macam mana nama dia ditukar jadi balak. Diorang cerita nama dia ditukar sebab dia gelap macam kayu valak..ops silap kayu balak. Yakah? Aku tengok dia sawo matang ajaa.. Mampus la tentang dia tu back to story..
Balak panggil aku untuk join geng lelaki dekat luar surau tapi aku pemalas nak berjalan sikit. So,aku berbuatlah ibadat sedikit. Almaklum pahala tak banyak•﹏•
Skip
Tepat pukul 11.30 malam,kitorang ada solat tahajjud kot tak silap. Memori tak kuat sangat-_-. Lepasni,aku makan vitamin banyak-banyak ya! Syaza (kawan) ada ajak aku teman dia pergi toilet. Katanya nak buang hajat sikit. Aku ajak pulak hidayah (kawan) untuk ikut sekali.
Sekali pergi tiga orang terus.. Siap kena perli dengan cikgu lagi. Cikgu kata nak buat rombongan meminang ka dekat toilet tuh? Haha.. Aku yang terlebih baik ni jawablah pertanyaan guru. Tau aku cakap apa? "Haah cikgu,nak meminang hati seorang najis yang suci murni"
Apa lagi,semua gelak tak ingat dunia la jawabnya. Cikgu just geleng kepala ja. Please jadi sporting cikgu ̄ω ̄.
Tengah best gelak-gelak tak ingat dunia tu,kitorang pergi toilet. Jangan lupa baca doa masuk toilet ya kawan-kawan..
Kitorang ni tak baca doa apa dah,main redah masuk ja. Hidayah ada kata dekat kitorang something yang menyebabkan kitorang berhenti gelak seketika. "Orang tua-tua pesan,jangan gelak sehingga tak ingat dunia."
"Apsal?" Aku tanyalah hidayah tu. Dia senyum sambil pandang depan. Okeyh,aku dah pelik. "Haah apsal pulak tak boleh gelak sampai tak ingat dunia?" Support member aku si syaza tu. Aku angguk perlahan.
"Tak baik."itu sahaja jawapan si hidayah tu. Pape jelahh.. Tapi,kalau korang tahu kenapa. Commentlah. Aku pun nak tahu. Sama-sama kita share ilmu ya kawan-kawan.
Syaza angkat bahu dia sebelum dia masuk ke salah satu bilik air tu. Aku pulak main air dekat sink. Haih macam biasa.. Tutup lubang sink dan buka pili air. Biar bertakung. Buat dekat semua sink yang ada dekat toilet tu. Si hidayah tu pulak tengah betulkan telekung yang dia pakai. Lama jugak si syaza tu buang hajat. Bosan tau menunggu.
Aku ajak hidayah duduk dekat luar toilet. Toilet yang kitorang masuk ni sebelah dengan tempat ambil wuduk kaum adam. Aku dan hidayah melepak dekat tempat wuduk tu sementara tunggu syaza. Nak dijadikan cerita,aku terpandanglah blok kelas tingkatan berapa aku tak pasti. Aku bukannya budak sekolah ni.
Semua kelas gelap gelita. Okeyh aku nampak aja. Kelas dari tingkat atas sehingga bawah semua gelap. Tengah best aku usya blok, hidayah borak dengan aku tentang crush dia. Aku pandang kawan aku tanpa tengok blok tu dah. Lagi seronok cerita pasal crush time-time macam ni. Crush si hidayah yang nama Naufal Hadif ni ada adik kembar. Kembar dia hensem doh. Termelting tanpa sengaja. Cemburulah si boyfriend aku tuh kalau dia tahu.
YOU ARE READING
Real Story [HORROR]
HorrorPercaya makhluk halus wujud? Pernah rasainya? Hantu atau Makhluk halus sentiasa ada.. Cuma kita aja tak sedar akan kewujudannya.. #3 in kisahbenar