Sihir

146 7 0
                                    

Hai guys.. Kali ini aku nak cerita mengenai sihir. Dulu korang tahu aku yang kena santau atau dikenali sihir tapi kali ini aku akan cerita tentang pakcik Wan aku pulak. Aku lebih suka panggil dia abg wan drp pak cik.

Abg wan aku ini stay KL dan kerja pun dekat sana. Dia seorang pelakon but tak famous lagi. So aku malas nak bagitahu nama real dia nanty aku yang susah. Back to the story.

Nak dijadikan cerita,sebelum sehari dia balik KL. Dia ikutlah tok ngah aku pergi berubat dekat rumah saudara aku ni. Saudara aku ini kuat agama and dia jugak yang sembuhkan aku dari santau. Alhamdulillah lah aku dah sembuh dari sakit itu. Waktu dia pergi sana ,anak saudara aku kata belakang abg wan ada lembaga. Dia bagitahu ibu dia tentang hal itu. So,ibu dia nak rawatlah.

Untuk pengetahuan korang,anak saudara aku itu dia sixth sense. Hijab dia terbuka sama seperti ibu dia but ibu dia tak lah nampak kesemua lembaga yang berkeliaran. Dia just boleh Nampak sikit-sikt aja. Kalau akulah mesti tak sanggup nak nampak semuanya kan..Nampak sikit pun boleh lemah semangat inikan pula boleh nampak semua fuihh mati aku rasanya. Memanglah siapa yang tak pernah nampak benda itu kekadang rasa teringin nak tahu macam mana rupa dia sama ka macam dalam movie-movie dekat tv tuh. Tapi bila dah nampak benda tu meremang bulu roma. Nasiblah aku just pernah nampak lembaga yang cantik itupun sebab benda itu nak kawan dengan aku. Kalau dia tak nak kawan dengan aku tahtah muka dia pun lagi hodoh and seram.

Saudara aku itu hijab dia terbuka sebab dia pergi jumpa ustaz untuk bukakkan hijab dia. Dia hendak jadi ustazah yang boleh berubat katanya. Ustaz itu buka hijab dia separuh dulu untuk tengok dia boleh bertahan ataupun tak. Korang rasa dia boleh bertahan ke tak?

Serius aku kata pada mulanya dia tak mampu tahan sebab dia nampak banyak lembaga hitam disekeliling dia. Lembaga bertenggek di atas kipas syiling dengan lidah berjurai-jurai ke bawah. Ada lembaga menyorok bawah katil lah ada budak kecil main congkak tengah malamlah. Bunyi guli jatuh di lantai dan jugak dengar bunyi budak menangis. Korang bayangkan macam mana nak tidur nyenyak kalau kau nampak benda itu bermain-main di bilik kau. Muka yang menakutkan dengan bebola mata hampir putus. Darah mengalir keluar daripada matanya yang sudah tidak kelihatan bebola matanya. Setiap tangisannya dipanggil nama kau bertalu-talu. Rambut serabai mencecah lantai dengan berpakaian serba koyak rabak dan berbau hanyir darah. Nanah di muka mulai berdarah keluar. Urat saraf tangan mampu kau nampak akibat tangannya yang putus. Adakah kau mampu tersenyum lagi setelah semuanya mengganggu kau? Begitu jugak saudara aku. Dia sampai menangis kerana tak mampu hadapi semua ini. Tapi suami dia banyak beri support untuk dia kuatkan semangat. Dia pernah kata dekat aku yang bilik tidur dia itu bagaikan neraka bagi dia. Itu baru separuh hijab terbuka kalau semua?

Ok back to real story, Apabila anak saudara aku cakap tentang belakang abang wan itu. Dia panggil abang wan duduk dihadapannya. Kedua-dua kaki diluruskan dihadapan. Dua botol air mineral dibuka dan diletakkan di hadapan saudara aku. Dia mula baca ayat-ayat al-quran dengan jelas. Semua yang berada di situ mampu mendengarnya. Maksudnya dia tak tipu lah seperti sesetengah bomoh atau dukun. Bomoh keluarga aku baca ayat al-quran first mula lepas itu bertukar mantera-mantera. Bomoh keluarga itu bomoh keluarga belah family ayah aku. K K , kita tak payah cerita pasal bomoh itu. Lepas saudara aku baca, tangan kanan dia bergerak daripada kepala sampai ke kaki untuk periksa tempat benda itu berada. Kalau tangan dia getar dengan kuat maksudnya benda itu terlalu kuat. Sambil dia buat itu, dia berkata "kau keluarlah daripada badan pemuda ini dengan nama Allah. Kembalilah engkau kepada orang yang menghantarmu dan janganlah kau menganggu anak cucu adam ini." Itu yang aku dengarlah.

Dia cakaplah lagi, "adik,ambil bekas cepat." Bekas yang dikatakan itu bekas untuk muntah. Aku ingat abang wan aku yang nak muntah,rupanya saudara aku itu. Dia rasa lembaga itu marah dekat dia. Kaorang rasa apa yang dia muntah. Dia muntah keluar kaca. Banyak kaca keluar daripada mulut dia. Kaca beb. "kau tengok ini wan. Inilah yang mereka hantar kepada kau."abang wan aku terkejut tengok kaca dalam bekas itu. "kau buka baju wan. Aku nak keluarkan benda itu secepat yang mungkin."

Abang wan buka baju selepas mendengar kata-kata saudara aku itu. Ayat-ayat alquran bertalu-talu diucap. Kaorang tahu apa terjadi?

Kaca-kaca mulai timbul keluar dari kulit abang wan. Penuh semua tempat dia keluar. Aku Nampak kaca itu terkeluar di belakang dia. Habis tangan dan badan dia keluar kaca. "sakit" perkataan yang diucapnya menunjukkan benda itu nak keluar dari badannya. Maybe benda itu panas apabila dilafazkan ayat-ayat al-quran. Penuh satu bekas itu dengan kaca. Air yang sudah dibacakan ayat al-quran itu diambil dan diminum. Setelah itu baru badannya mulai cergas. Abang wan aku ambil baju lalu pakai.

Sekali lagi badannya dicheck untuk memastikan badannya betul-betul tiada benda itu. Alhamdulillah syukur benda itu dah keluar. Dia bagitahu abang wan supaya sentiasa baca ayat-ayat alquran sebagai pendinding hati.

Itu aja untuk kali ini. Nanty aku akan cerita tajuk yang sama iaitu sihir but pak chik A' aku pulak dan seterusnya mak tok aku sendiri. Lepas itu baru kisah aku pula. Tapi aku punya taklah seteruk diorang itu. Aku punya sakit biasa-biasa aja.

Iri hati apabila melihat seseorang itu berjaya lalu dihantar 'sesuatu' sebagai kebenciannya untuk melihat diri seseorang itu merana dan terus jatuh. Disaat itu mereka akan ketawa terbahak-bahak melihat orang itu sakit ataupun kerjayanya hancur berkecai tanpa sedar diri sendiri sudah mulai terjatuh ke gelombang hitam secara perlahan-lahan.


Real Story [HORROR]Where stories live. Discover now