Kisah ini berlaku tiga tahun lepas dan juga tahun ini. Hmm..
Aku nak cerita pengalaman aku yang tak seberapa seram plus kisah-kisah orang lain terhadap piano ini. Cikgu kelab musik aku pernah cerita, anak murid dia dulu hijab terbuka. Memang semua tempat dia nampak benda alah itu. Tapi yang paling menarik minat dia, tiga tempat ini sahaja iaitu porch, piano usang dan toilet. Wajarlah kalau kita semua fikir toilet tempat paling keras. Menurut islam,tempat iblis syaitan melepak sentiasa di toilet. Itu sebab kita kena baca doa sebelum masuk. Mengelak lebih baik daripada sudah terkena. Eh eh,melebih pulak aku. Kita patah balik ke cerita tadi.
Setiap kali murid itu nampak lembaga , dia konfem tak boleh fokus dalam pelajaran. Pelajaran dia semakin merosot. Cikgu aku pernah tanya tentang lembaga tu macam mana rupa. Tapi dia tak bagitahu rupa lembaga itu. Dia just bagitahu dekat piano tu banyak sangat lembaga. Atas piano.. bawah piano penuh lembaga.
Maybe ada kisah disebalik piano itu. Kenapa banyak sangat lembaga tertarik terhadap piano usang itu. Mungkin juga disebabkan piano itu usang dan tak dijaga menyebabkan ada yang menghuninya. Aku tak pasti akan kebenarannya. Kekadang aku pun tertarik akan piano itu. Macam ada sesuatu yang menarik aku agar sentiasa sentuh piano usang.
Setiap kali murid itu lalu di laluan piano mesti dia jarak sejauh yang mungkin dari piano. Itu apa yang diceritakan pasal murid cikgu aku yang boleh aku panggil senior aku.
Satu lagi kisah mengenai seorang ibu kepada pelajar sekolah aku. Kisah ini berlaku tahun 2018 juga. Ibu dia kata dekat piano itu banyak sangat lembaga. Tak takutkah lembaga-lembaga dekat piano tu ganggu pelajar-pelajar dekat sekolah nih?
Aku pun pernah kena ganggu.
Ramai yang kata lembaga yang ada dekat piano tu ada yang budak lah gadis remaja lah dan macam-macam lagi. Aku tak nampak memang tak bolehlah cakap apa apa. Mungkin sebab piano itu usang dan ada kisah menyeramkan. Aku lebih meminatinya.
Setiap pagi sebelum matahari menerangi langit, aku selalu sentuh piano itu. Aku suka.. Entah apa yang menarik pun aku tak tahu. Dulu waktu aku sekolah rendah,ada satu kawasan berdekatan toilet dikatakan keras. Aku selalu lalu situ. Lebih-lebih lagi lepas aku tahu kisah disebalik kawasan itu. Maybe sebab aku pernah berkawan dengan hantu. Semuanya terasa seronok untuk lebih teroka mengenai lembaga. Korang mesti fikir, cari nahaskah kacau tempat hantu kang kena kacau baru menyesal.
Aku tak kesah kena kacau. Aku nak rasa sendiri bagaimana kena kacau. Orang tua selalu kata, jangan cari masalah dengan apa yang kita tak nampak. Aku buat tak kesah aja last-last kena batang hidung sendiri seronok! (sindir)
Bahu aku selalu rasa lenguh padahal aku tak angkat berat pun. Jadi tiba-tiba aja. Aku pergi jumpa bomoh keluarga aku. Dia kata aku ada kacau tempat lembaga itu. So, benda itu nak mengusik aku la kononnya.
Aku tak tanya pun rupa lembaga itu. Aku biarkan dia buat kerja dia. Aku disuruh lunjurkan kaki. Dia mula pejamkan mata sambil membaca sesuatu secara perlahan. Aku tak tahu dia baca apa. Air botol dibuka lalu ditiup perlahan.
Dia buka mata lalu suruh aku minum sikit air dalam botol. "Benda itu ada kacau tapi tak teruk. Pendamping dia dah tapis."
Pendamping yang dia kata tu lembaga yang pernah kawan dengan akulah. Dia yang lindung aku daripada lembaga yang lebih teruk. Bomoh aku katalah 'benda' itu kacau di bahagian leher ke bahu aku. Dia main dekat situ aja.
Lepas aku habiskan semua air yang dia bagi maka benda itu akan beransur pergi tinggalkan badan aku. Itu yang dia bagitahulah. Jadi,aku tak boleh kacau piano itu dah. hmm..Aku nak sentuhhh..
Ok,mengenai tajuk kali ini,usik.. So,aku nak cerita kisah yang berlaku tadi dekat aku.
Petang tadi dalam pukul 6.30,adik aku kena berangkat ke gelanggang Squash bersama mama papa aku. So,dekat rumah tinggal aku,tok aku,makngah dan adik aku lagi dua. Lepas mama papa aku blah,aku mainlah telefon dekat ruang tamu.
Orang lain tak ada lah dekat ruang tamu akibat rehat dalam bilik masing-masing. Chat parka ini chat parka tu,tersengih sorang-sorang. Itulah aku..
Tengah best 'menggatal', aku dengar bunyi pagar bergoyang. Korang taulah kalau pagar berkarat,orang goyangkan akan terhasil bunyi. Aku pun mengintailah.
Aku nampak adik aku yang dah keluar pergi squash dengan mama papa aku. Dia gelak-gelak sorang diri kat situ. Aku peliklah. Apahal dengan dia? Baru aku nak tanya,dia lari ke satu lorong. Aku pun ikut.
Kenapa dia boleh ada dekat sini sedangkan tadi bukan main dah lambat nak pergi Squash. Lagi satu, mana mama papa aku? Diorang naik kereta tapi tak ada pun. Aku nampak dia lari. Baju yang sama waktu dia keluar tadi. Aku ingat dia lupa ambil something la tu. Tapi tanggapan aku silap.
Aku ikut punya ikut. Tiba-tiba dia hilang. Hilang sekelip mata. Aku dah mula pelik. Aku biar jelah dan sambung balik rumah. Dating lagi baikkk
Malam itu dia balik. Aku tanyalah dia pasal tadi. Dia kata dia tak mai pun. Dia ada dengan mama papa aku. Jadi tadi aku nampak tu?
YOU ARE READING
Real Story [HORROR]
HorrorPercaya makhluk halus wujud? Pernah rasainya? Hantu atau Makhluk halus sentiasa ada.. Cuma kita aja tak sedar akan kewujudannya.. #3 in kisahbenar