Korang pernah dengar pasal saka? Saka keturunan? Aku dengar benda ni baru semalam. Mak long aku ceritakan. Tapi.. Benda ni ada kaitan dengan family kitorang.
Sebelum aku cerita lebih lanjut,apa kata aku bagitau tentang kesihatan aku dulu. Korang dah sedia maklum tentang aku kena santau tu kan.
So,aku still tak okeyh. Benda tu masih ada dalam badan aku. Adoii.. Setiap hari aku kena mandi air ubat yang dah disediakan and minum ubat tu ja setiap hari. Kau rasa? Air perisa ke apa ke aku tak dapat nikmati. Huhu. Setiap hari tu juga benda tu melawan.
Aku nak pergi surau dekat sekolah pun tak boleh. Sakit siott.. Diorang solat aku just duduk luar. Panas gila. Macam aku plak setan tu. Belakang aku still sakit. Baru² ni,aku muntah again. Tahu keluar apa?
Tak keluar apa pun..haha..just keluar cecair hitam gila. Eww.. Tak naklah aku ingat balik pasal muntah tu.
Tapi satu ja aku pesan,apa pun yang terjadi dekat kita yang berkaitan 'benda tu'. Baik jangan cerita dekat roommate or guru sekolah. Sebab segelintir diorang tak akan percayakan kita. Malah perli dan ejek kita lagi adelah.
Aku dah pernah kena. So,aku tahu macam mana sakitnya hati kalau guru sekolah perli dan ejek. Macam nak kasi pelempang ja nasib kau tu cikgu aku. Haihh..
Dah stop cita pasal aku. Meh aku gitau pasal saka. Mengikut cerita maklong akulah.
Alkisahnya begini,
Sejak akhir² ni maklong aku punya lutut bengkak teruk. Macam ada something. Maklong aku ingat just bengkak dan hanya perlu jumpa doktor. Bila pergi jumpa dr. Dr tu kata hanya bengkak luaran dan takde apa yang perlu dirisaukan. Macam pelik ja. Takkan hanya bengkak? Sebab memang teruk. Kalau bengkak macam mana boleh jadi? Takkan kena gigit serangga bengkak dia teruk macam tu?
Pklong aku sruh pi jumpa ustaz. Okeyh.. Aku ulang balik USTAZ. Bukan bomoh keluarga seperti kebiasaan. Esoknya mklong aku pergi jumpa ustaz.
Ustaz tu boleh baca apa yang ada dekat bengkak tu. Yelah ustaz ada kelebihan tersendiri. Aku akui benda tu.
Dia kata saka keturunan yang masih mencari pewarisnya. Saka keturunan family aku. Time moyang² aku dulu tu. Gilaa.. Cuba bayangkan saka keturunan tu datang cari pewarisnya dan tuptup aku sebagai pewaris dia? Tak ke hancur aku.. Ahhhh
Maklong aku tanya cari pewaris yang mana? Ustaz tu kata tak tahu mungkin cucu cicit atau pewaris lelaki. Uishh.. Tak mo la aku. Cukup setakat aku kena santau sudah. Ni dengan saka bagai tak mau laaa..
Lepas ustaz tu buang saka tu dari maklong aku. Kau rasa saka tu akan cari siapa? Saka itu akan cari tuan baru dia juga dari susurgalur family aku. Hope bukan aku..
Lagi satu,tok aku kalau kau sakit belakang or anything. Kalau dia urut konfem mujarab. Aku tak tahu apa dia baca. Tapi maklong aku kata ada lagi turun temurun moyang aku yang masih terlekat pada dia. Mungkin sebab itu dia boleh urut dengan cepat dan sihat.
Kisah ni mungkin pendek. Tapi malam nanti aku hidangkan satu kisah tentang bunian. Adik aku yang kena. Banyak lagi kisah aku nak ceritakan seperti bayi menangis,pendinding,kacau,suara memanggil,nenek,dan banyak lagi.
YOU ARE READING
Real Story [HORROR]
رعبPercaya makhluk halus wujud? Pernah rasainya? Hantu atau Makhluk halus sentiasa ada.. Cuma kita aja tak sedar akan kewujudannya.. #3 in kisahbenar