Kisah ini berlaku depan aku dan baru sahaja berlaku tadi -,-
Pukul berapa aku tak ingat tapi waktu subjek matematik la. Mulanya aku dan kawan aku,si nado tuh nak lengah-lengahkan masa ke kelas matematik. Yela aku takut jugak hari ini dapat kertas peperiksaan. Kalau markah aku teruk aku tak tahu nak cakap apa dengan keluarga aku. Silap hari bulan semua gajet aku dirampas. Tak pasal pasal meroyan sebulan.
Kembali kepada cerita tadi,nado ajak aku teman dia pergi tandas. Punyalah lama dia dalam tandas tuh. Tak silap anggaran aku la selama 10 minit dia dekat dalam tandas. Aku bosan gila menunggu tapi tak apalah aku redho sebab aku tak nak masuk kelas awal..hohoho..
Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba,dia pon keluar dari tandas tu. Sebenarnya aku pon dah mula sakit perut tapi aku malas nak masuk tandas. Nanti lagi lamala terperap dekat tandas tuh. Jadi,aku dan dia bergerak ke bilik astro belakang perpustakaan dimana kelas aku berada.
Aku cuma bawak buku tulis dan kotak pensil sahaja disebabkan aku tak bawak buku matematik langsung. Nampak tak aku malas nak belajar?
Nado berjalan dihadapan aku dan dia jugalah yang memulas tombol pintu perpustakaan. Apabila pintu sudah terbuka,suatu jeritan nyaring meletus kuat di dalam bilik tersebut. Tipulah kalau aku kata tak terkejut. Aku langsung melihat ke arah depan untuk mencari suara tersebut dan aku terlihat kepada empat gadis ya g berdiri tidak jauh dari pintu masuk perpustakaan
Wajah mereka seakan-akan senyum terpaksa. Aku ingatkan mereka tersilap prank aku dan nado dan menganggap kami kawan-kawan mereka. Aku memandang mereka sambil meneruskan langkahku tanpa memerhati sekeliling. Semasa aku memasuki bilk tersebut,aku baru sedar dihadapan empat gadis itu terdapat seorang perempuan yang mengalami kerasukan dan seorang cikgu cuba merawatnya.
Baru aku sedar,perempuan yang dirasuk itu yang menjerit tatkala nado membuka tombol pintu itu sebentar tadi. Rupanya bukan prank.
Aku sempat memandang ke arah perempuan tersebut sekilas tatkala berjalan dihadapannya. Mukanya amat pucat dengan rambut yang serabai dan panjang itu. Bebola matanya seakan-akan menikam tepat ke arah diri aku. Entahlah aku rasa dia merasakan sesuatu tentang diri aku.
Nado sudah mula merasai tidak sedap hati dan langsung menarik aku meneruskan perjalanan ke bilik yang ditempatkan oleh guru matematik aku. Aku mengikut langkahnya walaupun aku masih ingin mengetahui keadaan perempuan tetsebut. Tetapi malangnya,bilik yang kami sedang tuju tidak mempunyai seorang pon budak kelas kami. Aku rasa cikgu tukar ke tempat lain akibat perempuan yang kena rasuk itu.
Aku dan nado terpaksa keluar daripada perpustakaan akibat cikgu dan budak kelas kami tiada. Pintu untuk keluar hanyalah dihadapan perempuan yang dirasuk itu. Aku tak mempunyai sebarang perasaan tatkala melihatnya walaupun dia berada dihadapanku. Jeritan dia terlalu kuat dan terlalu banyak merengek.
"Lepaskan aku laa..kepala aku nak tercabut."
Itu salah satu perkataan yang disebutnya dan ini..
"tolong aku weyh. Sakit"
Itu cara dia merayu sambil cuba menarik tangan pelajar yang melihatnya. Aku dan nado melihatnya dari belakang dan berfikir bagaimana kami ingin keluar dari situ sedangkan tangan perempuan itu menerewang mencari orang untuk ditarik. Tak pasal pasal kalau aku lalu dihadapannya,dia menarik tangan aku. Mampus..
Jadi kami tersangkut diperpustakaan dalam 30 minit dan menyebabkan kami sangat lewat ke kelas matematik. Yang menghairankan aku,sejauh-jauh aku dan nado berada tatkala perempuan itu tengah dirawat. Matanya tetap tepat memandang aku sambil tersenyum sinis. Aku tak berapa pasti maksud disebalik pandangannya itu.
Aku segera mengalih pandangan aku daripada terus memandangnya. Kebanyakan pelajar yang berada dihadapannya tidak pula dia menunjukkan reaksi tersebut. Tetapi kenapa dia hanya menunjukkan reaksi jelingan itu ke arah aku? Sedangkan aku tak berbuat apa-apa. Apa maksudnya?
Nado mengatakan dia takut melihat keadaan perempuan itu. Aku hanya tergelak kecil. Sebenarnya aku tak tahu nak buat reaksi apa disebabkan perkara ini berlaku dihadapan aku dan aku rasa perkara ini menakjubkan. Mungkin disebabkan itu,aku tidak takut mendengar rintihan perempuan itu. Mungkin.
Cikgu aku terus terusan membaca ayat ruqyah sehinggakan perempuan itu pengsan secara tiba-tiba. Ketika itu,nado mengajak aku keluar terus daripada perpustakaan. Aku dan nado memandang sekilas perempuan itu lalu keluar daripada perpustakaan. Aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas akibat rambutnya yang panjang itu menutup seluruh mukanya.
Akhirnya aku dan nado menjumpai kelas yang budak-budak kelas kami belajar. Aku dan nado lambat masuk tetapi cikgu macam tak perasan agaknya disebabkan cikgu tengah menulis dipapan putih. Okeyh jugak cikgu tak perasan,kalau tak sebulan tak habis mendengar leteran dia. Ops tak baik kutuk cikgu..
Semasa sesi belajar,badan aku mulai tidak sedap. Bukan sedap makan ek. Kau jangan fikir lain macam ek aku sumbat dalam peti ais karang.
Tulang belakang aku mulai sakit seakan-akan lenguh. Badan aku betul betul tidak selesa. Aku tahu 'benda' yang dari badan perempuan itu sudah mengacau dalaman aku. Aku terus membaca ayat-ayat lazim yang aku hafal dan terus-terusan menyebut nama Allah. Semakin aku baca,semakin sakit aku dibuatnya. Kawan-kawan yang berada berdekatan aku pon melihat aku pelik.
"Muka kau pucat weyh."
"Kau jangan weyh. Aku takut nih."
"Janganlah kena rasuk. Aku takut sial"Aku hanya tersenyum dan berkata tak ada apa-apala. Aku boleh lawan 'benda' itu lagi. Aku tahu setiap kali aku dengar atau nampak kejadian rasuk dimana-mana sahaja. Aku akan kena kacau. Berapa bulan lepas pon aku sudah kena. Kali ini kena lagi. Tabah ajalah..
Aku suruh kawan aku pegang tangan aku. Aku tanya sejuk atau tak? Dia kata sejuk sikit. Nampak? Maksudnya benda itu tengah kacau aku. Bukan nak kata yang aku arif berkaitan mistik nih bukan. Tapi kau boleh fikir logik,ditempat yang tak seberapa sejuk dan tangan kau rasa sejuk. Itu pelik. Serius pelik.
Aku teruskan tumpu perhatian didalam kelas walaupun mulut aku tak berhenti-henti menyebut nama tuhan. "Ya Allah,kau jauhkan aku daripada gangguan makhluk laknatullah kerana aku tidak mengacau kehidupannya." Korang boleh cuba ayat ini dan aku galakkanlah. Aku sentiasa guna untuk jauhkan diri daripada 'benda' itu.
Akhirnya kelas tamat dan masa untuk pulang ke rumah. Belakang aku tuh pun masih sakit tapi tak apalah tahan aja. Sebenarnya,kawan aku ada ajak aku menonton munafik 2 dipawagam tetapi aku terpaksa tolak akibat keadaan aku sekarang. Kau cuba bayangkan aku tengah kena kacau lepas tu pergi tengok cerita hantu? Tak ker lagi teruk jadinya?
Lagipun munafik 2 itu aku dah tengok sahajalah nak ulang sekali lagi. Tapi tak apalah. Lain hari la. Aku cerita kejadian yang berlaku tadi ke mama aku. Dia kata dekat aku seperti ini..
"Bukan k.long minat perkara mistik macam ni? Okeyh la nampak depan mata."
Sememangnya aku minat tapi kenapa aku jugak yang dikacaunya? Waduhh.Tapi tak apalah.. Aku dah mula kurang sakit dibelakang.
Mama aku ada pesan kalau kita lalu dihadapan orang yang kena rasuk ataupun histeria perbanyakkanlah baca ayat-ayat lazim ataupun selawat bebanyak. Bukan apa takut badan kita lemah dan senang kena kacau macam aku.
Kalau orang yang pernah kena rasuk bukan senang diri dia tak akan kena lagi. Dia pasti akan kena rasuk lagi dan lagi disebabkan badan dia yang lemah dan senang dimasukki. Kalau boleh sesiapa yang sakit macam demam,selesema,batuk tolonglah jauhkan diri daripada orang yang kena rasuk. Jangan kau lagi nak tengok pula. Kang senang kena kacau sebab badan tuh tengah lemah. Ok itu aja untuk kali ini.
YOU ARE READING
Real Story [HORROR]
HorrorPercaya makhluk halus wujud? Pernah rasainya? Hantu atau Makhluk halus sentiasa ada.. Cuma kita aja tak sedar akan kewujudannya.. #3 in kisahbenar