Saka (I)

204 2 1
                                    

Ok guys,hari ni aku nak cerita mengenai saka keturunan aku. Aku dengar kisah ni pun melalui mulut abah dan mak jang aku. 

Menurut mereka,Moyang aku seorang bomoh. Sebelum dia dapat gelaran bomoh,ada seorang lelaki yang dipanggil Tok Saad (bukan nama sebenar) bertapa di gunung keriang semata-mata untuk belajar ilmu perubatan bomoh. Berapa lama dia bertapa tu,aku tak pastilah. Korang pun tahu,aku tak wujud lagi masa itu. Tok Saad turunkan semua imu yang dipelajarinya kepada moyang aku termasuk saka harimau. 

Saka harimau bukan calang-calang orang boleh menjaganya. Susah gila. Mahunya kau yang dibaham dulu kalau tak reti jaga. Ilmu perlu penuh di dada. Kalau setakat ilmu sekecil bawang baik tak payah berangan. 

Moyang aku jaga saka harimau ini. Kata orang,saka harimau boleh beri kita kekebalan daripada musuh. Aku rasa penyataan itu betul. Abah aku dan mak jang aku pernah nampak seekor harimau tengah tidur dihadapan rumah ketika mereka balik sekolah. 

Bila ditanya atok aku,dia kata harimau itu penjaga keturunan. Jangan takut dengan dia. Tiada siapa yang nampaknya kecuali kita. 

Kalaulah aku yang tengok harimau itu,aku sudah lama cabut lari even hanya harimau ghaib. Keturunan aku boleh aku katakan kebanyakan bomoh. Moyang aku bomoh yang terkenal suatu ketika dulu. Kehebatannya berubat orang sangat power. Perubatan secara tradisonal kos murah berbanding perubatan moden. Mungkin sebab itu juga,cara moyang aku berubat diterima ramai. Mungkin..

Tapi sayang,ada yang dengki. Seorang insan ini telah tanam sesuatu di perkarangan rumah moyang aku dulu. Target dia kepada anak moyang aku iaitu tok aku. Disebabkan perkara tu,tok aku dihantar ke tanjung rambutan. Dimana tempat itu hanya untuk orang yang mengalami sakit mental atau lebih dikenali rumah sakit jiwa. Gelaran gila tak pernah lekang dari mulut setiap orang kampung. Mesti malu.. Ya,aku rasa keluarga aku pasti malu dengan gelaran itu. Tapi nak buat macam mana, kita tak mampu tutup mulut orang lain daripada terus mengata.  Sakit.. Hati siapa aja tak sakit kalau dikatakan gila. 

Moyang aku tahu siapa yang tanam benda itu,tapi dia tak mampu ambil benda itu lalu buang. Mungkin benda itu keras. Aku tak pasti. Moyang aku suruh suami tok aku ambil benda itu lalu hantar kepadanya. Mungkin juga benda itu hanya boleh dipegang oleh suami tok aku. 

So,suami tok aku gali lubang tempat ditanamnya perkara keji itu. Satu sahaja kesilapan yang dilakukan suami tok aku. Dia ambil benda yang ditanam mengunakan tangannya sahaja tanpa sebarang pelapik. Tangan suami tok aku diserang penyakit kulit sehinggakan satu badan menjadi teruk. Yes,memang tok aku keluar dari tanjung rambutan tapi suaminya pula sakit akibat benda keji itu. Satu musibah ke musibah yang lain.

Sakit kulit yang dihadapinya telah disembuhkan oleh moyang aku. Macam mana dia buat,aku tak tahu lah. Aku tak boleh terangkan cara penyembuhan itu. 

Selepas beberapa tahun,moyang aku meninggal. Saka harimau yang dibelanya jatuh ke tangan suami tok aku. Saka harimau hanya akan jatuh ke tangan anak lelaki. Sekarang ni dia tengah cari tuan baru sebab suami tok aku meninggal. Maybe abah aku ataupun pak su aku. 

Ok,done tentang hal saka keturunan itu. Aku nak cerita tentang saka berdendam dengan family aku sejak berkurun lamanya. 

Saka yang berdendam dengan family aku tuh berdamping dengan keluarga aku masa moyang aku masih hidup. Aku tak pasti saka ini saka jenis apa. Yang aku pasti saka ini hanya akan cari tuan baru iaitu seorang perempuan. Disebabkan saka itu bukan saka keturunan aku jadi 'dia' takkan pilih aku. 

Saka ini nak hancurkan family aku dengan cara adik beradik bergaduh sampai putus hubungan sesama sendiri. Yup,itu yang berlaku tahun lepas. Kahwin tak bagi tahu,bergaduh, macam-macam lagilah. Aku tak tahu nak cakap apa dah. 

Beberapa minggu dah tok aku meninggal  dunia. Saka ini nak kacau adik beradik abah aku dengan teruk. Yang paling teruk dia kacau abah aku dan kami sekeluarga. Disebabkan tok aku tinggal dengan aku dan dia meninggal pun dekat rumah aku. Jadi,benda itu akan kacau kami dulu. Sudahlah bilik tok aku sebelah bilik aku. aku ada cerita..

 hari akhir ekspo muafakat kedah, sebelum keluar,aku sudah pastikan semua elektrik di setiap penjuru tertutup. Aku yang terakhir kunci pagar dan pintu rumah. So,memang tiada sesiapa masuk pulak selepas aku. Nak dijadikan cerita,Malam itu aku orang first masuk rumah selepas pergi ekspo itu. 

Lampu bilik tok aku terbuka padahal aku sudah pastikan sebelum keluar tadi semua sudah tutup. Macam mana bilik itu aja yang terbuka lampunya? Aku mula rasa sesuatu yang pelik seang berlaku dalam rumah aku. Tengah malam itu juga,abah aku kena kacau.

Abah lalu depan bilik tok aku maybe dia pun rasa sama macam aku. Waktu dia lalu itu,dia nampak mak ngah aku dalam bilik itu. Sedangkan ketika itu,mak ngah aku ada dekat rumah mak chik aku. So,kauorang dah agak siapakan.. 

Abah aku tanya dia,"bila sampai sini?". Mak ngah aku hanya diam dan tersenyum. Entah senyuman itu ikhlas ataupun ada maksud disebaliknya. "Bukan takut kah duduk dalam bilik ini,Kenapa masuk?" abah aku tanya lagi. 

Ya,memang lepas kematian tok aku,dia tak berani masuk bilik itu sebab dia kata takut. Takut sebab dia pernah nampak benda tu ataupun takut duduk sorang diri tanpa maknya? Semua barang tok aku,dia tak nak sentuh mahupun pakai. So,kauorang rasa dia nak masuk bilik itu lagi? Tengah-tengah malam pulak itu.  Selepas abah aku tengok dia hanya tersenyum. Abah aku rasa pelik. Serta merta abah aku tinggalkan dia lalu masuk bilik.

Esoknya,abah aku pergi jumpa seseorang  untuk berubat. Aku tak tahu siapa dia. Lelaki itu bagi air ubat kepada abah aku termasuk paku yang dibalut. Kalau tak silap aku,paku itu perlu dimasukkan ke dalam air untuk tengok keadaan sebenarnya. Selepas itu,paku itu perlu dipaku diluar rumah. Garam perlu dicampak ke setiap penjuru rumah selama seminggu. Penuh rumah aku dengan taburan garam. Tapi,nak buat macam mana terpaksa. 

Hari ini hari terakhir rumah aku ditaburkan garam. Bilik tok aku sudah boleh masuk dan tidur. Tapi siapa yang nak tidur dekat bilik itu setelah tahu kisah disebalik bilik itu? Rumah aku sudah dipagar. Saka itu akan pergi ke adik beradik abah aku untuk kacau sebab dia dah tak boleh masuk ke dalam rumah aku. So,adik bradik abah aku akan buat perkara yang sama untuk lindungi kediaman. Selepas semua rumah sudah dipagar,saka tak mampu masuk. 'Dia' akan pulang ke tuannya. Tuan 'dia' dah mati maksudnya saka itu akan kembali ke kubur tuan dia. 

Real Story [HORROR]Where stories live. Discover now