#7 Santau

330 23 3
                                    

hye. aku kembali lagi. Hari ni aku tak sekolah disebabkan aku pergi berubat semalam. Ni yang aku nak cerita..

Bab yang lepas. Aku dah cerita tentang adik aku tu. Dia pun kena berubat macam aku cuma dia tak seteruk aku la. Sampai hari ni badan aku tak okeyh.

Semalam aku pergi rumah bomoh tu. Dia suruh aku duduk depan dia. Time tu badan aku rasa something wrong. Dia tanya aku sgala-galanyalah. Macam sekolah dekat mana bagai. Aku jawab dengan jujur acece.. Lepas tu, dia tanya ada sakit belakang. fuihh.. macam tau tau ja..

Aku kata ada. Rasa sakit belakang tu macam ada benda cakar dari dalam badan. Bapak sakit siakk. Bomoh tu katalah.. Dia pun rasa sakit dekat tapak tangan dia macam nak terkeluar urat-urat tu. Aku ingatkan aku ja rasa sakit.. Bomoh tu mintak dekat mama aku air mineral. Mama aku kasilah. Dia mula baca ayat alquran and taburkan kacang kalau aku tak silap pandang. Kacang tu kena bagi jatuh ke paras bawah sekali. Dia bagitau dekat mama aku yang aku kena santau. Santau ni banyak jenis tau. So aku adalah antara terkena santau. Korang pernah tengok cerita santau kan? Macam tulah aku. Cuma aku tak berapa teruk lagi lah. Tak kritikal katanya. Kalau aku lambat pergi berubat almaklum teruklah aku. Nak nya aku muntah paku ka ulat ke. eww..

Tak boleh bayang aku..

Mama aku tanyalah juga pasal badan aku selalu benngkak. Bila pergi jumpa doktor.. doktor akan kata angin. Semua doktor aku pergi semua kata angin. Takkanlah setiap hari angin kot?? Bengkak dan gatal. Aku benci gila.. Aku pernah suruh mama aku bawak pergi hospital. Tapi tula susah sikit. Lepas tu bahagian perut aku sakit gila macam kena tusuk dengan benda tajam. And doktor kata anginnn.. Sakit-sakit ni berlaku tahun lepas sampai sekarang. Dan jawapan doktor anginnn.. Nak aja aku bunuh doktor-doktor tu.. Bila jumpa bomoh tu.. Dia kata bengkak dan sakit tu datang dari gangguan dalam badan aku. Bukan sebab aku ada penyakit. Sebab tu doktor tak boleh rawat. okok.. Bukan salah doktor. Yela doktor kan ikut sains.. bukan ikut entiti bagai.. Yang pastinya bukan anginnn..

Tapi bomoh tu kata tak tahu sapa yang hantar. Kalau aku tahu mati orang tu. Dahlah menyakitkan. Dia kata aku maybe ada salah pijak tempat larangan makhluk tu dekat sekolah yang membuatkan benda tu santau aku. Fikir-fikir balik ada ke tempat larangan aku duduk? Rasanya tak de pulak. Duduk depan bomoh tu badan aku jadi tak larat. Dia suruh aku duduk depan pintu sambil lunjurkan kaki. ok aku buat. Dia ambil air apa tah lalu percik belakang aku and tampar-tampar sikit. Dia kata tak apa nanti dia keluarlah tu. Aku angguk jelah. Dalam fikiran aku benda tu akan keluar dari mulut. Aku nak tau juga macam mana.

Dalam tv macam scary. Rupanya realiti lagi scary.

Dia suruh aku mandi guna air yang dia dah buat tu and minum sikit. Lepas tu buang tuala yang aku dah pakai dekat sungai. Jangan lap. Terus pakai baju.

Lepas semuanya dah beres, aku boleh blah. Bomoh tu ada kata pernah tak kalau time belajar aku fokus tapi tak masuk otak. Aku katalah pernah. Dia kata bukan otak kita tak mahu belajar but benda tu ganggu. Owh.. bangang aihh kacau aku time belajar

Aku balik rumah mak lang aku. Aku tengok ah tv. Tapi serious aku gitau belakang aku still sakit. Mama aku tanya sakit lagi tak . OFC sakit..

Ha.. Yang ni part menakutkan bagi aku.

Malam tu lepas berita tv3, mama aku nak balik dah. Takpalah balik jelah. esokan ahad.. sekolah lah maksudnya. Jadi time tu kena lalu satu jalan ni. Kiri kana hutan,mama aku suruh baca apa yang patut yela keras. Adik aku baca lah ayat alquran. FUH..BADAN AKU SAKIT.. Mulalah rasa nak muntah. Hidung aku berair ,air liur jadi banyak gila. Aku gitau mama aku. Dia kata benda tu nak keluar dah. Kalau nak muntah bagitahu. Okayh..

Aku jadi tak okayh. Apa lagi.. aku suruh adik aku berhenti baca alquran tu. Yela semakin dia baca semakin aku tak okeyh. Belakang aku rasa dicakar dan tekak aku ni rasa something tau. Dia tersekat ja. Time tu.. aku rasa perjalanan semakin lama tau. Adik aku ni katalah apahal lak kena stop baca. Aku kata stop means stop ahh. Dia kata uish,terukni.. dengar ayat alquran pun tak boleh. Mama aku backup aku. Dia suruh adik aku stop and bagi alasan yang tak munasabah.

Iaitu orang yang nak muntah tak boleh ganggu. Adik aku kata owh..orang muntah tak leh dengar ayat alquran. tak tahu pula. Perghh.. nampak perli.

Papa aku kata pula. dah jangan nak menyampuk.. So semua diam. Yela takut dengan papa aku. Hidung aku berair gila doh. Habis tangan. Aku bukan pengotor okeyh.. Ni sebab benda tu yang buat. Air liur keluar banyak. Ni kalau mak mertua nampak konfem kena reject.. -,-

Sampai je rumah, aku masuk toilet ah. hodoh muka aku ni. Basuh segalanya. Still tak muntah. Degil gila benda tu. And last aku muntah. Muntah yang mengelikan. ewww. Keluar darah dan makanan yang aku dah makan. Okeyh yang bab muntah makanan tu dah biasa. Semua pernah muntah makanan kan?? Yang luarbiasa tu muntah keluar darah. Ergg.. And ada satu benda ni keluar. Warna hitam. Aku tak tahu benda apa. Yang aku tahu.. aku nak nangis.. Mulut aku penuh darah. Basuh balik mulut. Aku gitau mama aku sakit do.

Mama aku kata tak pe nanti lega la tu. Aku kena mandi dengan tuala dekat luar rumah. Jangan fikir benda lain ek .. aku sumbat cili kang. Kena mandi tengah malam dekat luar. Gilaaa.. Tak pernah dibuat orang. Air yang bomoh tu bagi kena campur air paip and mandikan aku. Aku just pejam mata rapat-rapat. Lepas mandi, mama aku suruh pakai baju jangan lap. Yela madam..

Mama papa aku keluar buang tuala tu dalam sungai. Aku tak leh ikut. Tuala tu berat siakkk... Korang tau kan berat pasai apa. haa.. jadi aku tak nak terangkan. Kalau sapa tak paham tanya orang yang faham. Kepala aku sakit,badan tak larat,tekak aku perit.. Weh bila benda ni nak habis?? Aku tak makan apa dah. Tekak aku sakit kan jadi tak nak makan..

Tak lama kemudian,mama papa aku balik.. Aku gitau sakit gila. Mama aku just kata minum air yang bomoh tu bagi and tidur.

Kesimpulannya, santau tu bahaya. Janganlah buat santau dekat orang. Aku dah kena. Huhu.. Hari ni aku tak pi sekolah sebab kejadian semalam. Korang tau kan. Kalau orang kena santau ke rasuk ke dia jadi lemah kan sampai boleh pengsan. Jadi faham-faham jelah apa yang terkena dekat aku.

Doakan aku cepat sembuh ya. Banyak lagi cerita real tentang aku yang akan dipublish. Santau yang aku terima ni tak ada kena mengena dengan pendamping aku tu. Pendamping aku baik.. Baik pada aku.. tak tentu baik untuk korang. 

Real Story [HORROR]Where stories live. Discover now