Kisah ni berlaku pada abah aku. Aku tahu perkara ini pun time abah aku cerita semuanya dekat bomoh keluarga aku la. So,aku tahulah. Meh aku cita apa yang berlaku sebenarnya.
Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak mulakan cerita macam mana.
Dipendekan cerita, petang tu abah aku baliklah kerja sambil bawa balik satu sangkar burung. Aku tengok burung tu pelik gila bentuk dia. Burung tu nampak macam ayam pun ada. Tapi tulah nak tunjuk gambar untuk korang tengok. Tapi dah padam. Ceh.. Aku usya jelah burung tu time abah aku letak dalam sangkar burung rumah aku.
Berlainan gila burung tu. Abah aku katalah kawan abah aku kasi. Dah nama pun burung.. Bukan hantu pun. So,aku malas gila nak melayan burung tu.
Yang peliknya, bila dah ada burung tu dekat rumah banyak benda pelik berlaku. Ish.. Sebagai contohnya, time aku nak mandi dekat dalam bilik air. Mesti dengar bunyi burung² macam duduk dekat sangat dengan aku. Padahal mana ada burung dekat toilet do. Logikkah ada burung dalam toilet?
Haa..lagi satu, adik aku selalu cerita kalau malam ja. Dekat bilik dia mesti dengar bunyi burung helang. Uish.. Gila bakhang. Mana pula muncul burung helang tu? Memang gila weyh. Aku pernah kalau hujan,aku mesti duuk dalam bilik.. Tapi yang lagi pelik.. Aku dapat rasa hujan dekat dalam bilikk. Hujan menitik dalam bilik. Dah merepek apa ni? Aku pun tak tahu apa sebenarnya berlaku. Susah korang nak percaya apa aku ceritakan?
Haihh.. Beberapa hari kemudian,burung pelik tu mati. Cara dia mati tu..macam dia bunuh diri. Tahu tak kenapa aku cakap macam tu. Burung tu cuba lemaskan diri dia dalam air yang dibekalkan tu la. Sejak tu, abah aku selalu mimpi ular. Bukan setakat ular bisa yang selalu kita tengok tu.
Ular² tu besar sangat. Abah aku kata abah aku sesat dalam gua. Tapi itu dalam mimpilah. Mimpi tu bersambung² ..
Lama jugaklah abah aku mimpi ular tu. So,maklang aku kata pergi jumpa bomoh keluarga tanya dia apa sebenarnya berlaku. Malam itu,semua family aku datang. Bomoh tu pun katalah benda tu nak something dari abah aku. Abah aku tanyalah nak apa sebebarnya? Bomoh tu kata sebab abah aku pernah bela sesuatu yang cuba bangkitkan benda tu balik.
Abah aku teringat tentang burung tu. Dan abah aku ceritalah semuanya sambil tunjuk gambar burung tu. Bomoh tu still bagi tahu benda tu nak something dari abah aku. Abah aku peliklak nak apa? Maklang aku tanya nak pangkat abah aku ka? Setahu aku abah aku bukannya kaya mana pun. Takkan nak pangkat pula? Bomoh tu kata bukan. Bomoh tu suruh tanya lagi.
Makchik aku tanya pulak nak harta ka? Bukan jawapannya. Lepastu, aku pergi tanya. Ceh,aku tak sepatutnya menjawab pun sebenarnya. Hal orang dewasalah katakan. Aku tanya nak manusia ka? And cuba teka jawapan aku betul do.
Manusia? Takkanlah nak membunuh orang pula mahunya dah dikatakan syirikkan? Tapi bukan sebenarnya. Benda tu nak anak abah aku. So,means aku atau adik² aku la jawabnya ni. Ahh please don't say me!
Bomoh aku katalah yang benda tu tak menetas lagi. Aikk?? Apa yang menetasnya? Serious time tu aku blur. Bomoh tu kata tak tahu benda apa. Sebab masih belum menetas lagi. Aku rasa anak burung tu la kot. Tapi time dia mati tu mana dia tinggal telur. Uishh. Mana pula muncul telur. Sampai sekarang aku tak tahu apa benda sebenarnya tu.
Bomoh tu kata benda tu nak anak lelaki sebab anak perempuan abah aku dah ada pelindung yang jaga so memang tak bolehlah nak ambil. Aku faham maksud bomoh tu. Aku la jawabnya.. Jadi adik² aku la ni. Bila ditanya yang mana satu? Bomoh tu kata tak pasti. Sampai sekarang benda tu masih tak tahu lagi. Dan sampai sekarang tak de siapa tahu benda tu nak siapa.
So,mama aku kata kalau ada apa² kena kacau ka nampak something ka cepat² bagitahu. Sebab takut jugak kalau benda tu memang nak ambil.
Based kisah benar yang berlaku dekat author. Sorry kalau tak seram😁
YOU ARE READING
Real Story [HORROR]
HorrorPercaya makhluk halus wujud? Pernah rasainya? Hantu atau Makhluk halus sentiasa ada.. Cuma kita aja tak sedar akan kewujudannya.. #3 in kisahbenar