Bab 3

6.6K 270 0
                                    

"Kau nak pergi mana?" Tanya Farisha kepada Riana. Riana yang sedang membuat sarapan di dapur menoleh.

"Kerja." Jawab Rania sepatah. Jem strawberry disapukan di atas roti.

"Dekat atas meja tu aku ada buat sikit nasi goreng, nanti kau makan lah. Lepastu jangan lupa makan ubat." Pesan Riana.

Farisha mengangguk. Dia terus ke meja makan. Air teh panas dituangkan ke dalam cawan.

"Ana.." Riana memandang Farisha.

Dia mengumam.

"Kau dengan aku satu tempat kerja ke?" Tanya Farisha. Riana mengangguk.

"Kalau aku nak ikut kau boleh?" Terus Rania menggeleng.

"Kau tak sihat lagi. Tak boleh pergi kerja. Lagipun Kak Marya dah bagi kau cuti lama." Ujar Riana.

"Hmm okey lah tak apa. Aku dapat cuti berapa lama?" Soal Farisha.

Dicapai senduk nasi dan dituangkan ke dalam pinggannya.

"Sebulan." Membulat mata Farisha.

"Lamanya."

"Kak Marya suruh kau berehat. Kau pun still belum sepenuhnya sihat. Ingatan kau pun belum pulih. Jadi dia takut jadi apa- apa dekat kau. So baik kau stay je dekat rumah. Duduk diam- diam. Dalam peti tu ada banyak bahan boleh kau guna. Kalau kau nak masak, ambil je." Farisha mengangguk.

"Okey lah aku nak pergi dulu. Nak kena jumpa client pagi ni. Kunci rumah. Jangan pergi mana- mana." Pesanan terakhir sebelum Riana keluar dari rumah.

Farisha termanggu sendirian. Bosannya. Dia habiskan makanannya sebelum kembali masuk ke dalam biliknya semula.

×××

Riana menunggu clientnya tiba di restoren yang mereka sudah janjikan beberapa hari lepas. Sambil minum air, dia menyelak kertas kerjanya.

Kalini dia akan berjumpa dengan anak pengarah syarikat. Perasaan gementar tu tak boleh nak kata lagi. Harap semuanya dipermudahkan.

Terdengar kerusi dihadapannya ditarik. Riana menoleh. Terus dia bangun dan menunduk hormat pada lelaki dihadapannya.

"Maaf lama menunggu." Ujar lelaki itu. Riana menggeleng.

"Tak adalah. Saya pun baru sampai juga." Ujar Riana.

PA lelaki itu mengambil tempat di sebelah bossnya.

"Saya uruskan anak tadi. Jadi macam kelam kabut sikit." Ouh dah kahwin rupanya. Muka mudanya. Untungnya isteri dia.

"Its okay lah."

"Nama siapa?" Tanya lelaki itu.

"Alisha Riana. Boleh panggil Ana je." Riana memperkenalkan dirinya.

"Ouh saya Daniel Redza." Lelaki bernama Daniel itu memperkenalkan dirinya pula. Sedap nama. Macam orangnya. Puji Riana dalam hati. Hishhh Riana ni. Suami orang. Beringat sikit.


Sejam sudah berlalu, apa yang dibincangkan pun sudah selesai.

"Terima kasih lah Niel." Ujar Riana. Makin lama dia makin selesa dengan memanggil nama samaran Daniel sahaja. Lelaki itu yang menyuruhnya. Katanya tadi taknak terlalu kekok.

"Most welcome." Daniel mengemas failnya dan dibantu PA nya.

"Malam nanti rumah saya ada buat kenduri arwah papa, awak free datang lah." Jemput Daniel.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now