Sekejap sahaja masa berlalu, harini Farisha akan memulakan semula kerjanya. Pagi- pagi lagi dia sudah bersiap awal dan menyuruh abangnya untuk menjemputnya dirumah kerana ingin bersarapan bersama.
"Tak ajak Ana ikut sekali?" Tanya Farisha.
"Ana kata dia nak uruskan kerja so tak sempat nak join sekali." Farish mengangguk faham. Dia kembali fokus pada pemanduannya.
×××
Farisha melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dah lama sangat rasanya tak kerja. Ya, memang dah lama sangat pun.
"Farisha!!" Seorang wanita menjerit namanya. Farisha menoleh.
"Kak Marya." Kak Marya sudah memeluknya erat.
"Risha ingat akak kan?" Tanya Kak Marya.
"Ingat. But sikit je." Kak Marya tersengih.
"Its okay. Asalkan Risha boleh ingat akak." Farisha tersenyum.
"Jom naik atas. Bosan tau Risha tak ada. Nak keluar lunch pun tak ada orang nak teman." Ujar Kak Marya. Bibirnya dimuncungkan lagak macam seorang bayi.
Farisha tersengih.
"Okay nanti lunch Risha temankan akak."
"Okay. Nanti kita pergi sama- sama."
×××
"Boss, saya dah jumpa dah dia."
"Okay good." Helmy tersenyum sinis.
"Aku nak kau ikut je dia sampai aku kata plan kita mula." Pekerjanya mengangguk.
"And one more thing.." Helmy mencapai sesuatu dari dalam begnya dan diserahkan kepada pekerjanya.
"Kau kenal lelaki ni?" Pekerjanya menggeleng.
"Aku nak kau siasat tentang lelaki ni. Lepastu kau check sama ada dia masih berhubung tak dengan Farisha." Pekerjanya mengangguk.
"Jangan sampai terkantoi. Kalau tak kau yang aku kerjakan."
"Okay boss. Kami tahu nak buat macam mana. Cuma.. Gaji kami."
"Ya aku tahu. Nanti aku bagi. Selesaikan kerja aku dulu."
×××
Riana diajak keluar bersama dengan Daniel. Yelah lelaki itu memaksa dia untuk keluar bersama memandangkan Daniel pada waktu ini tengah cuti panjang.
"Medina tak ikut sekali?" Tanya Riana. Mereka berjalan ke sebuah restoren di dalam IOI Mall.
"Tak. Dia meragam dekat rumah. Demam. Tu tak bawa dia sekali. Lagipun saya datang sini pun ada hal penting nak cakap dengan awak." Ujar Daniel. Macam serius je.
"Okay. Kita masuk dululah." Daniel mengangguk. Mereka mengambil tempat disudut hujung restoren itu.
"Okay now apa yang awak nak cakap dengan saya sebenarnya, Niel?" Tanya Riana. Matanya menatap wajah lelaki dihadapannya.
Sementara menunggu makanan tiba, Daniel cuba berbincang dengan hal yang dia ingin katakan.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. But saya buat ni demi Medina dan juga saya."
"Its okay. Cakaplah." Ujar Riana tenang. Tetapi dalam sudut hatinya, dia sudah mengagak sesuatu.
"Kita kahwin."
Riana terkejut.
"Niel, awak dengan saya baru kenal as client sahaja. Not anymore." Ujar Riana. Tetapi apa yang dia agak memang tepat.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomanceDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...