Farisha mula bersiap- siap untuk pulang. Dia baru sahaja lepas membersihkan dirinya. Rambutnya yang basah dikeringkan menggunakan alat pengering rambut. Mukanya dicalitkan dengan sedikit makeup. Tudung yang telah disediakan diambil dan dipakai.
Sedang dia melilit shawlnya, tiba- tiba dia rasa ada seseorang yang memerhatinya dari belakang. Lelaki itu tersenyum melalui pantulan cermin. Dibalas senyuman lelaki itu. Pin terakhir disematkan.
Baru dia hendak berganjak, satu tangan melingkar di pingganya. Makin melebar senyumannya.
"I'm sorry." Farisha mengerutkan dahinya apabila menerima kata itu. Daniel meletakkan kepalanya pada bahu Farisha. Menyebamkan kepalanya disitu.
"Sorry for?" Soal Farisha. Wajah suaminya dipandang dari sisi. Sisi pun dah nampak handsome.
"Everything." Farisha tersenyum. Kepala Daniel diangkat. Badannya dipusingkan menghadap lelaki itu. Tapak tangannya dilekapkan pada pipi Daniel.
"It' s okay. I'm fine. Tak perlu lah nak minta maaf lagi. Kita dah janji kan." Tutur Farisha. Senyuman dibibirnya tidak pernah lekang.
"Sepatutnya sekarang ni saya yang kena berterima kasih dengan awak. Awak dah kembalikan semula rumah tangga kita." Tangan Daniel dicapai dan dicium lama.
"Tengoklah sekarang. Awak temukan kita dekat tempat pertama kita berjumpa dulu. Sweet sangat." Daniel tersenyum.
Inilah tempat kali pertama mereka berjumpa 2 tahun lepas. Sekejap sahaja masa berlalu, rasa macam semalam baru mereka jumpa.
"Hmm I think kita dah lambat ni. Ana pun mesti dah tunggu dekat lobi.
Jom."Daniel mengangguk.
Tangan isterinya yang dipegang dilepaskan. Mereka mula bersiap- siap untuk check out.
×××
"Macam mana malam tadi?" Soal Riana sambil berbisik di telinga Farisha.
"Everything was fine." Jawab Farisha. Riana berdecit. Farisha faham sangat apa yang hendak dimaksudkan Riana.
Hish perempuan ni. Tak tahu malu. Kalau Daniel dengar. Tak ke merah pipi lelaki tu nanti. Daniel pun tahu malu tau.
"Anak aku macam mana tidur dengan kau? Okay? Ada menangis tak?" Tanya Farisha.
"Hish kau ni. Bilik sebelah- belah kot. Kau boleh tanya pula. Ouh so sekarang ni memang betul lah kau semalam dengan suami kau dekat atas katil." Farisha menyiku lengan Riana. Minah ni boleh tahan pervert juga kan.
"Aku tak buat lah." Riana ketawa. Geli hati apabila dapat menyakat sahabatnya itu.
"Okay done. Jom." Daniel kembali semula setelah menyelesaikan urusannya di kaunter tadi.
"Sini Medina. Biar saya yang dukung." Farisha mengambil Medina dari dukungan Daniel.
Medina tadi teman papa dia ke kaunter sekali. Rindu sangat sampai tak boleh regang dengan papa dia. Dikusutkan rambut anaknya. Manja.
Daniel pula membawa beg pakaian mereka.
×××
"Nia. Mama masuk ya." Ujar Datin Fatiyah sebelum melangkah masuk kedalam bilik anaknya. Bilik yang telah dihiasi dengan bunga- bunga mencantikkan lagi suasana bilik itu. Sama macam tuan bilik itu.
Datin Fatiyah menghampiri anaknya.
"Hey why your face like that, dear?" Datin Fatiyah mencapai tangan anak perempuannya. Masam sahaja mukanya. Datin Fatiyah menundukkam sedikit badannya. Dania yang telah di makeup itu diperhati. Cantik.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomanceDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...