BAB 29 [END]

11.4K 298 16
                                    

5 tahun kemudian,

Cepat sahaja masa berlalu. 5 tahun duduk dengan suami yang tersayang siapa sangka itu adalah memori terindah. Farisha menilik jam tangannya. Sudah menginjak hampir ke pukul 7 malam. Dipandang ke sisinya, puteri kembarnya sedang tidur lena di atas katil. Dicium dahi luas itu sebelum dia menapak keluar dari kamar.

Kalau nak diingatkan balik sepanjang 5 tahun ni, banyak benda dah berlaku. Dania kalau dulu kita tahu tengah mengandung anak pertama dia, kalini tengah menunggu hari melahirkan anak kedua. Bila diikutkan balik dalam jadual dokter, Dania kata inshaallah lagi dua minggu babynya lahir. Si Harris tu bukan main teruja lagi. Cakap anak satu tak cukup. Tapi bila jaga si hero sorang tu tak cukup tangan. Anak pertama Dania dan Harris diberi nama Haiqal Danish. Sedap namanya. Orangnya pun hensem. Ligat pula tu. Mau kejar satu padang tak penat. Lagi lah kalau dekat shopping mall, kalau boleh nak tawaf setiap tingkat.

Abang Firash dan Riana pula. Sejak haritu yang Riana datang rumah jumpa mama dan papa, sebulan kemudian mereka nikah. Sekarang ni pula dah ada anak satu. Hanif Imran namanya. Yang sedihnya, abang Firash dekat laut sejak tiga bulan lepas. Mahu tak meraung si Riana. Kalau diikutkan dia taknak bagi Firash duduk dekat laut tu. Tinggalkan bini dia. Tapi nak cari rezeki untuk anak bini kan. Lagi pula dari dulu abang memang teringin nak kerja duk kat laut sana. Mama kata kalau tak ada masalah, inshaallah tiga minggu lagi abang balik semula ke darat. Si Riana tu excited punya lah kemain. Yelah husband nak balik kan.

Cerita pasal orang ni lupa pula tentang diri sendiri, hah cik abang aku outstation dekat China. Malam ni sampai Malaysia. Sejak dua menjak ni asyik busy je memanjang. Terasa diabaikan pula. Ni lepas dah balik China, dia pergi Japan pula. Sabar jelah jadi isteri ni. Sekarang aku dah ada 4 anak. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Kembar yang baru 6 bulan tu namanya Hawa Amani dan Hawa Imani. Hero tu pula Mikael Asyraf. Masing- masing nak nama sedap. Tengok lah macam nama mama dan papa dia.

Farisha menghampiri Medina dan Mikael yang sedang bermain permainannya di luar rumah.

"Sayang masuk jom." Panggil Farisha. Medina yang berumur 4 tahun dan Mikael yang berumur 3 tahun itu menoleh memandang mamanya.

"Mama!" Terkedek- kedek anaknya berlari mendapatkannya dihadapan pintu rumah.

"Bergaduh tak?" Tanya Farisha. Pantas Medina dan Mikael menggeleng.

"Good! Macam ni lah mama suka." Ibu jarinya diangkat. Farisha melutut di lantai agar ketinggiannya sama dengan ketinggian anaknya.

"Bella dah balik?"

"Dah. Tadi aunty Mia panggil. Diorang nak keluar." Medina menjawab. Bella anak jiran sebelah. Sebaya dengan umur Mikael. Farisha mengangguk tanda faham.

"Dah bawa mainan tu semua masuk dalam bakul. Mama tunggu dekat dalam." Pantas Medina dan Mikael mendapatkan mainannya kembali dan dikemaskan.

"Mama dah ee-yap." Mikael menjerit dengan suara pelatnya.

"Okay letak dekat depan. Nanti mama letak dekat dalam bilik. Medina dengan Mikael naik atas dulu. Mandi. Mama nak siapkan dinner. Nanti kita makan sama- sama." Arah Farisha.

"Okay mama." Mereka menyahut serentak.

×××

"Hawa mama dah bangun dah." Farisha menggomol pipi kembarnya. Tersengih- sengih Amani dan Imani.

"Jom kita turun bawah. Teman kakak buat homework." Lantas didukung tubuh kecil kembarnya. Imani di kanan dan Amani di sebelah kiri. Terus dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga.

"Mana kakak Mikael?" Soal Farisha sebaik sahaja sampai di ruang tamu. Kembarnya diletakkan di atas tilam yang sudah disediakan tadi sebelum naik ke bilik.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now