BAB 11

6K 244 0
                                    

"Medina sayang. Bangun sayang."

Tubuh kecil anaknya dikejut. Pipi Medina menjadi sasarannya. Diusik dan dicium berkali- kali membuatkan anaknya mengeliat kecil. Muka pun dah pandai cemik.

"Ish muka dia ni. Buat mama geram je." Farisha tersengih. Medina sudah mencelikkan matanya sedikit.

"Tembam mama ni. Jom bangun. Kita mandi. Mama bagi susu lepastu kita main." Tubuh Medina diangkat lalu didukung.

Medina menyembamkan kepalanya pada bahu mamanya.

"Heh bangun sayang. Dah pukul 10 pagi ni." Ditepuk perlahan punggung anaknya yang berlapik dengan lampin. Medina mengeliat kecil. Comel sungguh apabila Medina begitu manja dengannya.

×××

"Risha. Risha." Daniel mengejutkan isterinya yang sedang duduk tertidur disebelah katil anaknya. Farisha langsung tidak terusik. Lena sungguh tidurnya.

"Risha! Farisha..." Dipanggil lagi sekali nama isterinya. Tetapi Farisha tetap enggan bangun. Daniel dengan rasa teragak- agaknya menyentuh bahu isterinya.

"Farisha."

Farisha terus tersedar apabila terasa bahunya disentuh seseorang. Matanya yang masih ada sisa ngantuk itu digagahkan juga untuk dibuka.

Terlihat Daniel sudah berdiri disebelahnya.

"Bangun. Sakit badan awak nanti tidur situ." Ambil berat juga Daniel padanya. Hati Farisha berbunga- bunga. Heh Farisha beringat sikit ya. Jangan nak gembira sangat sebab nanti kau yang sakit juga. 

"Hmm." Farisha mengumam dalam mamainya.

"Dah makan?" Soal Daniel sebelum melangkah keluar dari bilik anaknya. Farisha menggeleng laju.

"Saya ada belikan sikit makanan tu. Kalau nak panaskan dulu." Ujar Daniel sebelum dia melangkah keluar dari bilik Medina. Farisha mengangguk mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya. Mukanya diusap. Ngantuknya. Macam mana lah dia boleh terlena macam ni.

×××

"Waalaikumsalam Ma."  Daniel menjawab salam mamanya dari panggilan telefon.

"Ni kenapa tak balik rumah mama? Niel okay ke?" Tanya mama risau.

"Mama, Niel okay lah. Medina pun okay." Jawab Daniel.

"Habistu kenapa dah berminggu tak balik rumah mama? Call pun tidak. Mama jadi risau. Medina siapa yang jaga." Daniel tersengih. Risau betul mamanya.

"Ni is.. Eh ni Mak Yam ada. Niel minta lah dia jagakan." Hampir sahaja rahsianya bocor. Takkan lah dia nak beritahu bahawa Farisha berada disini. Habislah dia nanti. Dan Farisha juga akan terima nasib yang sama. Malah mungkin lebih teruk.

"Hish kamu ni. Buat mama risau je. Lain kali bawa Medina balik sini. Mama rindu dia." Ujar mama.

"Ya mama. Nanti Niel bawa Medina balik. Niel busy sangat lately ni. Itu yang tak dapat nak ulang alik balik rumah mama. Nanti Niel free, Niel datang." Daniel seakan berjanji dengan mamanya.

"Okay. Apa- apa inform mama. Jaga cucu mama baik- baik." Pesan mama.

"Okay mama. Bye take care. Assalamualaikum."

"You too. Waalaikumsalam." Talian dimatikan.

×××

"Awak. Saya nak minta izin keluar sekejap jumpa Riana boleh?" Tanya Farisha. Dia berharap Daniel mengizinkannya keluar sekejap.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now