Riana masuk ke dalam biliknya untuk mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Whatsappnya dibuka dan dia menghantar satu pesanan ringkas kepada seseorang.
×××
From : Riana
Kita jumpa. Saya ada hal penting nak cakap dengan awak.;Cafe Wink.
Daniel membaca sekilas pesanan ringkas daripada Riana. Tuala dicapai dan dia terus bersiap- siap.
"Ma, Niel nak jumpa kawan. Jagakan Medina sekejap." Ujar Daniel lalu menyerahkan Medina kepada mamanya.
"Lama ke pergi?"
Daniel menggeleng.
"Tak."
Mama mengangguk. "Okay take care. Drive carefull."
"Okay mama."
×××
"Dah lama sampai." Sapa Daniel sebaik tiba di Cafe Wink. Riana menoleh kehadapan apabila lelaki itu mula mengambil tempat dihadapannya.
"5 minit lepas." Jawab Riana selepas melihat jam ditangannya.
"So awak nak cakap tentang apa?" Soal Daniel. Tanganya diletakkan di atas peha. Wajah gadis dihadapannya itu dipandang.
Tanpa berfikir panjang, Riana terus bersuara.
"About Farisha, your wife." Terus berubah riak muka Daniel apabila nama Farisha diungkit ketika ini.
Keningnya dikerutkan.
"Kenapa tentang dia?" Daniel menyoal. Tiada perkara lain ke yang Riana mahu bincangkan. Kenapa mesti Farisha?
"Because she your wife. Daniel please lah. Saya merayu dekat awak. Bagi peluang dekat Farisha. Dia dah banyak berubah Daniel. Trust me. Farisha yang sekarang bukan Farisha yang dulu."
Daniel mendengus mendengar kata- kata yang terkeluar dari mulut Riana.
"Dia dah dapat balasan apa yang dia dah buat dulu. Tapi sekarang dia banyak berubah. Saya merayu dekat awak. Dia ada anak Niel. Anak dia pun perlukam kasih sayang ibu dia. Awak patut tahu itu. Macam mana nanti bila Medina dah besar and dia tanya mana ibu dia? Apa awak nak cakap?" Tanya Riana.
"Saya akan beritahu Medina yang ibu dia tak ada dekat sini. Atau lebih tepat dah meninggal."
"Astaghfirullahalazim. Apa awak cakap ni Niel. Awak tak patut cakap Farisha macam tu." Riana menggeleng.
Kata- kata Daniel mengejutkan dirinya. Sanggup dia kata Farisha dah tak ada. Walhal Farisha suami.dia.
"Please lah Niel. Demi dia berubah lah. Tak demi dia, awak berubah sebab Medina. Dia perlukan ibu dia." Riana terus bangun dan meninggalkan Daniel.
×××
"Apa ni bang?" Tanya Farisha pelik apabila Farish menghulurkam sehelai kertas putih.
"Tengoklah." Farisha menilik kertas putih itu. Alamat yang tertulis dengan pen dakwat berwarna hitam dibaca.
"Alamat siapa ni?" Tanya Farisha pelik.
"Abang nak Risha pergi dekat alamat tu esok pagi." Ujar Farish tanpa menjawab pertanyaan adiknya.
"Abang, Risha tanyakan tadi, rumah siapa ni abang suruh Risha pergi?"
"Pergi je. Nanti Risha tahu sendiri." Tutur Farish.
×××
Farisha memberhentikan keretanya dihadapan banglo dua tingkat itu. Enjin kereta dimatikan sebelum dia melangkah keluar dari keretanya. Loceng rumah yang terletak di tembok pagar besar itu ditekan.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomansaDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...