BAB 14

5.9K 254 0
                                    

Dengan langkah yang cukup berdebar, Farisha melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo mewah keluarga suaminya. Wajah Medina didukungannya dipandang. Medina lah yang menjadi penguat semangatnya sekarang. Doakan mama ya sayang. Senyuman diukir menghilangkan ketakutannya. Semoga hari- hari yang akan datang dia dapat tempuh dengan penuh sabar.

"Assalamualaikum." Pintu rumah itu diketuk halus. Farisha memberi salam. Perlahan. Jantung mula berdegup dengan laju. Seolah- olah berlari 10 kali pusingan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya dia saat ini.

"Waalaikumsalam." Seseorang menjawab salam dari dalam rumah sebelum membuka pintu.

"Akak!!" Terus menjerit gadis itu apabila melihat Farisha berada dihadapannya. Tubuhnya dirangkul adik iparnya; Dania.

"Akak sihat?" Soal Dania. Pelukan dileraikan. Farisha mengangguk menjawab pertanyaan gadis itu.

"Dania. Siapa datang tu?" Suara yang amat dikenali Farisha mula bergema. Farisha mula berasa risau apabila suara itu semakin mendekat kearah mereka. Tubuh wanita pertengahan umur itu muncul dihadapannya.

"Kau?" Datin Fatiyah merenungnya tajam. Farisha ingin salam tangan mak mertuanya tetapi cepat sahaja tangan Datin Fatiyah menepis laju.

"Kau buat apa dekat rumah aku ni hah?" Jerkah Datin Fatiyah sedikit kuat.

"Mama.." Farisha bersuara perlahan.

"Siapa mama kau?" Terus mati kata- kata Farisha.

"Mama, kenapa cakap macam tu. Kak Risha kan menantu mama." Datin Fatiyah mencebik. Anaknya disebelah dijeling.

"Siapa je yang nak mengaku perempuan ni anak dia." Kelihatan wajah Datin Fatiyah begitu sombong waktu itu. Ya Allah, hibanya rasa. Seperti satu beban datang menghempap dia.

Tanpa berfikir panjang, tangan Datin Fatiyah dicapai. Dan mujurlah kali ini wanita itu tidak merentap seperti tadi.
"Mama, Risha minta maaf sangat- sangat. Risha datang sini dengan niat yang baik mama. Risha nak rapatkan hubungan kita balik. Risha nak pulihkan semula. Mama jangan risau. Risha sekejap je dekat sini. Sebulan je mama. Bagi Risha rasa duduk dengan mama. Risha nak tebus balik apa yang Risha dah buat dulu. Untuk sementara ni je mama. " Tak semena- mena air mata Farisha mengalir. Datin Fatiyah mendengar tetapi matanya memandang kearah lain. Langsung tidak terlintas ingin melihat wajah menantunya itu.

"Niel pernah cakap dekat Risha yang dia akan ceraikan Risha lepas Medina cukup setahun. Risha janji lepas Niel dah ceraikan Risha, Risha dah tak muncul lagi dekat sini. Cuma Risha minta satu je dari mama, sepanjang Risha dekat sini sebulan ni, tolong layan Risha macam Risha ni anak kandung mama. Risha minta simpati mama. Tolong mama." Tangan Datin Fatiyah diciumnya.

Dania yang berada disebelah berasa sebak dengan apa yang diucapnya tadi. Air mata yang jatuh dikesat segera.

"Okay kalau itu yang kau nak. Aku ikut. Tapi kau dah janji so kau tak boleh mungkir janji." Balas Datin Fatiyah.

Farisha mengangguk perlahan.

"Risha janji mama. Itu janji Risha."

×××

"Akak, betul ke apa yang akak cakap tadi dekat mama? Akak akan bercerai dengan abang?" Tanya Dania tidak percaya. Farisha mengangguk lemah. Medina dibaringkan di atas katil di dalam balik suaminya.

Dania pula dari tadi mengikutnya sehinggalah ke bilik. Gadis itu masih lagi tertanya- tanya.

"Akak, kenapa sampai macam ni sekali? Akak tahu kan yang Nia sayang akak." Dania mula mengalirkan air matanya. Terkejut sungguh dia apabila tahu yang abangnya sendiri akan menceraikan kakak iparnya tidak lama lagi.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now