Farisha mencelikkan matanya perlahan. Cahaya lampu terlalu menyilaukannya. Benda pertama yang dia lihat ialah siling berwarna putih.
Dimanakah dia sekarang?
Kepalanya ditolehkan ke kanan. Terlihat Riana yang sedang tidur bersandarkan kerusi disebelahnya. Tangan Riana dicapai. Farisha mengejutkan gadis itu.
"Ana."
Suaranya serak basah memanggil nama gadis itu. Tekaknya rasa begitu perit. Rasa macam dah lama sangat tak bercakap.
Riana terus tersedar apabila namanya dipanggil. Matanya dicelikkan. Betapa terkejutnya dia melihat Farisha sudah sedarkan diri.
"Risha, kau dah sedar. Aku panggil doktor eh?" Baru sahaja Riana ingin bangun, tangannya dipegang. Riana menoleh.
"Ya?"
"Duduk dulu. Aku okay." Riana mengangguk lalu dia kembali duduk.
"Sure ni kau okay?" Soal Riana lagi. Risau dengan keadaan Farisha. Lagi pula gadis itu baru sahaja sedarkan diri setelah lama berehat di atas katil hospital ini.
Farisha mengangguk.
"Yes aku okay." Tangan Riana digenggam.
"Abang aku okay?" Tanya Farisha tentang keadaan abangnya.
"Alhamdulillah okay. Cuma biasalah muka dia ada kesan luka sikit." Jelas Riana tentang keadaan abangnya. Salah dia. Dan semua yang orang dia sayang terjebak dalam hal ni dalam menyelamatkan dia.
"Ni semua salah aku. Kalau aku pandai jaga diri haritu, tak adalah aku sampai kena culik dengan Helmy."
Riana menggeleng. Tangan Farisha dicapai dan diusap.
"Tak lah. Allah dah tetapkan semua ni. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Kau jangan lah asyik nak salahkan diri kau. Tak baik." Bahu Farisha diusapnya lembut. Memberikan sedikit semangat kepada gadis itu.
"Kau tak nak tanya keadaan suami kau?" Farisha merenung dalam anak mata Riana apabila dia menyoal sebegitu.
Seketika kemudian, dia menoleh ke kiri memandang pada cermin bilik wadnya.
"Aku rasa aku tak layak nak tanya keadaan dia Ana." Jawab Farisha perlahan. Matanya mula berair bila mengingatkan Daniel. Terlali sarat dengan rindu.
"Heh asal kau cakap macam tu pula. Dia suami kau. Mestilah kau kena ambil tahu. Lagipun dia yang selamatkan kau and bawa kau ke sini." Farisha memejamkan matanya. Terus air matany mengalir keluar.
"Aku faham perasaan kau Risha. Kalau kau nak lepaskan, lepaskan lah. Aku akan dengar semuanya."
Farisha menggeleng.
"Aku tak kuat dah Ana. Aku rasa aku dah tak mampu lagi. "
"Tak baik cakap macam tu. Patutnya kau kena lebih yakin. Banyak lagi hari yang kau perli tempuh lepas ni." Riana rapatkan tubuhnya pada Farisha dan mendakap tubuh itu erat.
"Terima kasih Ana sebab memahami aku." Riana tersenyum. Dia mengangguk sambil tangannya mengusap belakang tubuh Farisha.
×××
Farisha menoleh apabila pintu bilik wadnya terbuka. Abangnya mula melangkah masuk kedalam. Plastik bag ditangannya diletakkan di atas meja sebelah katil Farisha.
"Dah makan?" Soal Farish.
Farisha menggeleng sebagai memberi jawapan kepada soalan tadi.
"Kenapa tak makan lagi. Kan Mikael kata jangan skip ambil makanan."
"Tekak perit. Susah nak telan makanan." Ngadu Farisha.
Farish menggeleng melihat perangai adiknya. Sakit- sakit pun masih lagi taknak makan. Patutnya paksa diri tu makan. Baru lah cepat sembuh.
Farish mengeluarkan phonenya dari dalam kocek. Dia membuka sekejap melihat message masuk dan kembali tutup. Tumpuannya adalah Farisha dihadapannya sekarang.
"Abang, abang tahukan yang Helmy sentuh Risha.." Farisha memandang wajah abangnya.
Farish mengangguk.
"Kalau Risha mengandung macam mana?" Itu yang menjadi ketakutan Farisha sejak sebelum masuk ke hospital lagi. Dia takut dia mengandung anak Helmy.
"Kalau memang betul Risha mengandung anak dia, baby tu tak salah dalam hal ini. Ayah dia yang salah. Tapi Risha jangan risaulah. Kalau Risha mengandung sekali pun, kami terima anak tu." Tutur Farish. Yang lepas dibiarkan pergi dan tak perlu diungkit lagi. Lagipun arwah Helmy dulu silap dalam membuat keputusan. Dia terlampau menaruh harapan yang sangat tinggi sehingga dia terpaksa berbuat hal sedemikian.
Cerita mengenai Helmy, dia meninggal di tempat kejadian setelah das tembakan terkena pada jantung dia. Mayatnya dikebumikan di Perlis dimana tempat mak dan ayahnya tinggal. Orang tuanya juga terkilan dengan apa yang berlaku kepada anaknya. Dan pihak polis telah menceritakan kesemuanya kepada ibu bapa Helmy.
"Esok mama dengan papa nak datang sini tengok Risha, Medina pun ikut sekali. Haritu Risha kan tak sempat nak sambut birthday dia and mama rancang nak celebrate birthday Medina esok dekat sini." Serta merta senyuman di bibir Farisha terukir. Seminggu lebih dia terlantar dekat sini, seminggu tu lah dia tidak dapat bersama dengan anaknya. Nak minta balik awal, dokter tak bagi sebab dia masih lagi dalam pemantauan.
"Really?" Farisha mula teruja.
"Yelah, Risha tahu waktu kitaorang celebrate dia minggu lepas, masam je muka dia. Macam tahu- tahu mama dia tak ada waktu tu." Farisha tersengih.
Alahai manjanya anaknya itu. Tak sabar dia hendak mendakap tubuh kecil itu.
Tiba- tiba Farisha teringatkan Daniel. Seharian juga dia terfikir akan lelaki itu.
"Nanti Daniel datang juga ke bang?" Tanya Farisha.
Farish menggeleng laju.
"Risha sendiri cakap Risha tak ready nak jumpa Daniel kan haritu. So dia tak datanglah." Jawab Farish.
"Tapi kalau Risha nak dia datang, abang boleh bagitahu dia." Serta merta Farisha menggeleng laju.
"Eh no. Its okay." Lagipun dia belum bersedia nak berhadapan dengan Daniel. Dia berharap sangat orang disekelilingnya faham akan hal itu. Dia bukan apa. Dia malu. Mesti Daniel dah tahu dia kena rogol dengan Helmy. Dan mesti Daniel... Ahh Farisha. Stop fikir yang bukan- bukan. Tak baik kau bersangka buruk.
×××
"Happy Birthday anak mama. Jadi anak yang baik ya sayang." Farisha mengucup lembut pipi gebu anaknya. Suka dia melihat Medina tersenyum- senyum menampakkan dua batang gigi arnabnya.
Kek yang berada dihadapannya tak ada lilin. Sebab apa? Medina tak pandai tiup lagi. Nanti lain pula jadinya. Terus tak dapat makan kalau terkena air liur Medina.
Kek dipotong mama. Pinggan dihulurkan dan masing- masing merasa kek berperisa red velvet yang dibuat mama.
"Emm sedapnya mama. Dah lama tak makan kek mama." Puji Farisha. Mama tersengih.
"Ada- ada je kamu ni Risha. Tak apa, nanti anniversary kamu tahun ni mama buatkan ya. Kamu nak perisa apa, cakap je. Nanti mama tolong buatkan."
Terus mati senyuman Farisha. Mama menoleh kearah papa dan Farish. Dia tersalah cakap ke?
"Ops sorry Risha. Mama tak ada niat pun nak cakap hal ni. Mama minta maaf." Farisha menggeleng.
"Its okay. Risha tak kesah pun." Jawab Farisha.
Senyuman diukir semula.
Bersambung
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomanceDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...