BAB 23

7.3K 228 1
                                    

Flower Resort.

"Kau tak cakap pun nak pergi resort ni?" Soal Farisha apabila tiba di hadapan pintu gerbang resort mewah itu. Kepalanya ditoleh memandang Riana.

"Dah kau tak tanya." Riana lemparkan sengihan.

Riana memparkingkan keretanya berhampiran dengan lobi.

"Okay sampai. Aku pergi check in dulu eh. Lepastu kita pergi bilik. Kalau jalan nanti takut kau tak larat pula." Ujar Riana. Dia faham dengan keadaan Farisha yang tengah mengandung. Lagi pula ada Medina sekali. Lagi penat lah wanita itu.

"Okay. Aku tunggu dekat dalam kereta lah ya."

Riana mengangguk. Beg tangan dicapai dan dia mula keluar dari kereta. 10 minit kemudiannya, Riana kembali dengan dua kunci ditangan.

"Nah ni kau punya, yang ni pula aku punya." Tutur Riana. Farisha mengangguk dan mencapai huluran Riana.

"Aku parking dekat depan bilik kita. Takdelah jauh sangat kan." Kereta diundur dan Riana mula memandu kereta berhampiran dengan bilik mereka.

×××

Farisha meletakkan Medina diatas katil dengan perlahan- lahan. Medina yang sedikit merengak apabila digerakkan terus ditepuknya halus. Rambut anaknya yang memanjang diselak kebelakang. Dahi anaknya dikucup lembut.

Beg pakaian yang berada di tepi katil dibuka zipnya. Bajunya dan baju Medina untuk malam ini disediakan dahulu. Diletakkan ditepi katil dan disusun rapi. Zip beg ditutup rapat dan diletakkan kembali ditepi katil.

Beg makeupnya dicapai dan diletakkan diatas meja solek yang disediakan di dalam bilik itu. Badan yang terasa letih itu dibawa ke katil.

Farisha membaringkan tubuhnya disebelah anaknya. Posisi badan di perbetulkan agar selesa. Siling putih dipandang sehingga dia terlena dengan sendirinya.

Setelah membersihkan diri, Riana mencapai telefonnya dan dia mula menaip sesuatu.

×××

To : xxx
So how? Dah lepas rindu?

xxx is typing..

From : xxx
Tak lagi. Dapat tengok dari jauh je. Btw thank you so much.☺

To : xxx
Most welcome. So jangan lupa janji awak ya. Saya tuntut.

From : xxx
Heh selama kita kenal ni ada ke saya pernah tipu awak? Awak je pernah tipu saya.

Soal dia buatkan Riana tersengih.

To : xxx
Yelah. Saya mengaku. Okaylah. Saya nak berehat sekejap. Esok kita jumpa.

From : xxx
Okay.

Riana meletakkan kembali telefonnya di meja tepi katil. Tuala yang melilit kepalanya dibuka. Rambutnya yang sudah kering disikat rapi. Setelah itu, Riana kembali ke katil dan berbaring mengiring.

×××

Telefonnya diletakkan di atas meja. Mama baru sahaja menelefonnya dan memberitahu berita baik.

Nak tahu apa berita baiknya?

Nantikan.

Tak adalah.

Dania. She's pregnant 3 weeks. Dan Daniel bakal jadi uncle tak lama lagi. Patutlah minah tu selalu sangat bad mood lately ni. Pembawakan budak rupanya.

Lepastu mama ada cakap juga yang si Dania tu tiba- tiba cakap dengan mama yang dia nak cancelkan majlis dia. Huh dia fikir apa. Dah lah semua dah hampir siap. Pastu senang- senang nak cancel. Nasib lah si Harris tu reti memujuk. Kalau tak tahulah nak cakap macam mana lagi.

×××

'Uwekk uwekk' Farisha memuntahkan isi perutnya. Tekaknya berasa sangat loya. Dimuntahkan lagi isi- isi perutnya. Begitu memeritkan. Dahinya yang berkerut diurut perlahan- lahan. Mulutnya dikomoh.

Mukanya dicuci. Farisha memandang mukanya dihadapan cermin. Pucat sangat. Tuala yang digantung ditarik dan dilap mukanya.

Dengan langkah cukup berhati- hati, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Badannya direbahkan di atas katil. Medina pula tiada sekarang ni.

Awal- awal pagi lagi Riana dah ambil si kecil itu bawak turun ke restoren yang berdekatan dengan resort itu. Riana ada juga ajaknya tapi tengoklah keadaan dia sekarang ni. Morning sickness memanjang.

×××

Riana tersenyum melihat tingkah Daniel dengan Medina. Haiii, sweet sangat. Bila pula dia nak ada anak ni.

"Rindu betul eh awak dengan dia." Ujar Rania setelah menyuapkan satu sudu mee hoon goreng kedalam mulutnya. Daniel tersengih. Mana tak rindu. Rasanya macam dah setahun tak jumpa.

"Mana lah tak rindu. Anak kot." Jawab Daniel. Sudu bayi disuakan kedalam mulut Medina. Daniel menyuapkan Medina nestum yang dibuatnya sebelum bergerak jumpa dengan Medina dan Riana.

"Farisha okay?" Soal Daniel tentang keadaan isterinya.

"Macam tulah. Dia pun tengah tahan alahan mengandung dia." Jawab Riana.

Daniel mengangguk. Faham sangat dengan situasi ibu mengandung itu.

"So are you ready to propose her again?" Daniel tersenyum membiarkan soalan Riana tidak berjawab.

×××


Tok tok tok.

Farisha yang sedang lena itu tersedar dari tidurnya apabila pintu biliknya diketuk. Dengan keadaannya yang agak lemah, digagahkan tubuhnya untuk bangun dan pergi dihadapan pintu. Tombol pintu bilik dipulas dan dia menarik ke dalam.

"Yes?" Sekujur tubuh lelaki yang tidak dikenalinya dipandang.

"Puan Farisha right?" Farisha mengerutkan dahinya. Lambat- lambat dia mengangguk.

"Anything?" Soal Farisha. Matanya melirik memandang sepasang baju dipegangan lelaki itu dan disebelahnya pula ada satu bungkusan beg dan sejambak bunga.

"Ini untuk puan." Lelaki itu menghulurkan kesemua barang yang dipegangnya kepada Farisha. Dengan teragak- agak Farisha menyambut.

"Are you sure ni semua untuk saya?" Lelaki itu mengangguk.

Pen dikocek seluarnya dikeluarkan dan dia meminta Farisha untuk menanda tangan disehelai kertas yang dpegangnya.

"Thanks puan." Lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan Farisha yang masih lagi tertanya- tanya. Farisha kembali masuk ke dalam semula.

Pintu bilik dikunci. Sepasang baju yang baru digantungnya dipandang. Siapa tuan yang memberi baju ini dan barang- barang yang lain? Bunga yang diletakkan ditepi meja diambil. Satu kad yang terselit dibunga itu menarik minatnya. Isi kad itu dibaca.

'Pakai dress ni petang nanti. Tunggu di lobi. Seseorang akan menjemput awak.'

Ayat itu dihadamkan. Kejutan apakah ini?

Bersambung




Sorry for late update. Data internet habis. HEHEHE. Enjoy♥

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now