"Mana kakak ipar kamu ni Nia? Tak balik lagi dari tadi." Datin Fatiyah mula risau dan bertanya kepada anak bongsunya. Risau juga dia dibuatnya. Dah nak hampir pukul lapan malam dan Farisha masih belum pulang lagi. Gadis itu sudah berjanji yang akan pulang sebelum maghrib tapi sampai sekarang batang hidungnya pun tak nampak lagi.
"Ada sebab lah tu Kak Risha balik lambat." Jawab Dania. Sambil mata masih lagi lada telefonnya.
"Hish kamu ni. Mana pernah dia balik lambat macam ni. Selalunya balik tepat je. Kalini tiba- tiba lambat pula. Mama risaulah. Baik kamu call dia cepat." Arah Datin Fatiyah segera.
Dania terus mendail nombor Farisha apabila disuruh mamanya.
Tetapi malangnya gadis itu tidak angkat panggilannya. Hampir 15 kali dia membuat panggilan tetapi masih tetap sama. Tidak jawab."Mama risaulah Nia. Kita buat report polis nak? Call pun tak jawab ni."
"Mama mana boleh. Belum 24 jam lagi. Mama jangan risaulah. Nanti mesti kak Risha call kita balik. Kalau lepas 24 jam langsung tak ada, kita buat report polis." Terang Dania. Dia berdiri dan menghampiri mamanya yang berada dihadapan pintu. Dari tadi mama masih berdiri dihadapan pintu. Ditarik wanita itu supaya duduk.
×××
Farisha mencelikkan matanya perlahan. Tubuhnya diikat di kerusi. Terasa seluruh badannya sakit dan lenguh. Ikatan tali dibelakang pada tangannya cuba dibuka tetapi dia tidak mampu. Terlalu ketat.
Tiba- tiba pintu bilik yang menempatkannya itu dibuka. Sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Helmy melangkah masuk kedalam dengan sebungkus bekas makanan ditangan.
"Dah bangun sayang." Pipinya diusap Helmy. Farisha pantas mengelak daripada dipegang lelaki itu.
"Jangan sentuh aku lah bodoh!" Farisha menjerit kuat dan meronta- ronta. Dia berharap sangat ada yang akan membantunya apabila dia menjerit sekuatnya.
"Tak guna pun kau nak menjerit. Dekat sini ada aku dengan kau je. So tak ada siapa yang boleh tolong kau sayang." Kepala Farisha yang berlapik dengan tudung diusap Helmy. Farisha menangis. Dia takut diapa- apakan oleh Helmy.
"Kenapa menangis ni?" Soal Helmy dan ibu jarinya mengelap air mata yang mengalir itu.
"Tolong lah aku Helmy. Lepaskan aku please." Rayu Farisha dalam sendunya.
"Bodohnya aku kalau lepaskan kau sayang." Helmy ketawa.
"Kau jangan risau. Sepanjang kau ada dengan aku dekat sini, aku akan layan kau sebaik- baiknya. Apa yang kau nak aku boleh bagi Farisha." Bahu Farisha diusap lembut. Dicengkam kuat bahu itu.
"Tolong Helmy jangan buat aku macam ni. Sakit!" Farisha meronta minta dilepaskan.
"Kau bagitahu aku, kau nak berapa? Aku boleh bagi. Aku boleh bagi apa yang kau nak. Tapi janji lepaskan aku please." Farisha merayu untuk keberapa kalinya.
"Are you sure?"
Farisha mengangguk.
Helmy tersenyum sinis.
"Kalau aku kata aku nak sentuh kau? Kau boleh layan aku." Farisha menelan liurnya. Helmy tersengih. Gadis itu seperti ketakutan.
"Jangan takut sebab aku akan buat slowly. Takkan lah aku sanggup berkasar dengan kau kan." Farisha menggeleng laju. Tangan Helmy pual sudah merayap ke pangkal lehernya.
"Habistu? Kau nak aku buat kuat- kuat pula ke?" Farisha menggeleng. Dia tiada daya untuk melawan. Tubuhnya yang lemah tak mampu untuk berlawan dengan lelaki dihadapannya ini.
"Jangan Helmy. Aku merayu sangat- sangat dekat kau."
Helmy ketawa lagi. Dia tersenyum sinis.
"Laki kau pun dah tak inginkan kau Farisha, lebih baik aku jadikan kau milik aku kan." Kening sebelahnya diangkat. Tubuh Helmy mendekat dengannya sehingga Farisha boleh rasa deruan nafas Helmy.
"Jangan Helmy!"
Jerit Farisha.
×××
"Astaghfirullahalazim." Daniel meraup mukanya yang berpeluh. Mimpi apakah dia tadi? Farisha. Farisha okay ke sekarang ni. Tiba- tiba perasaanya tidak enak. Telefonnya dicapai.
12 malam.
Dia berura- ura hendak mendail nombor telefon mak mertuanya. Tetapi mesti wanita itu sudah tidur di waktu sebegini.
Telefonnya diletakkan kembali ketepi. Daniel rasa susah pula hendak tidur semula. Mimpi tadi buatkan dia risau tentang keadaan Farisha.
Terus sahaja dia ke bilik air dan mengambil wuduk supaya dapat menenangkan dirinya.
×××
"Mama, Medina dari tadi tak berhenti menangis ni. Macam mana." Ujar Dania risau. Ada sahaja yang tidak kena pada Medina. Suhu badan okay, stabil. Tetapi tidak tahu lah apa yang menyebabkan bayi kecil itu menangis tidak henti- henti.
"Sini bagi mama. Nia pergi buatkan susu dia. Jangan banyak sangat. Separuh botol dulu." Ujar mama.
Medina diserahkan kepada mamanya. Pantas sahaja kaki Dania melangkah ke dapur untuk membuatkan susu Medina.
Sementara Datin Fatiyah di ruang tamu, dia cuba menghentikan tangisan Medina yang tidak ingin berhenti dari tadi.
"Sayang cucu tokma. Kenapa ni sayang." Punggung kecil Medina ditepuk halus. Tersedu- sedu Medina menangis.
"Sayang. Shut shut.." Dibawa Medina keluar dari rumah. Tangisan Medina pun semakin perlahan.
"Nah mama." Botol susu dihulurkan kepada mama. Mama menyuakan puting susu itu ke dalam mulut Medina. Mujurlah dia tidak menolak. Medina pun menyedut sedikit demi sedikit susunya.
"Mama macam mana dengan kak Risha?" Soal Dania risau pula.
"Still belum 24 jam lagi. Mama pun risau juga ni Nia. Nia ada tak nombor phone abang dia ke, kawan ke?" Tanya mama.
Dania mula berfikir.
"Hah ma! Nia ada nombor abang Kak Risha." Ujar Dania.
"Pergi ambil telefon kamu. Call abang dia sekarang. Minta bantuan dia." Dania mengangguk lalu berlari pantas masuk ke dalam rumah semula.
Bersambung
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomanceDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...