"Dia keluar rumah awak sebab masa tu dia dah perasan yang perut dia dah nampak bentuk. And then dia keluar dari rumah sebab nak rahsiakan dari awak." Riana menekup mulutnya. Kenapa hal sebegini dia baru tahu sekarang. Kenapa tidak dulu lagi?
"Habistu selama ni dia duduk mana? Duduk rumah suami dia?" Farish menggeleng.
"Sejak Risha tahu dia pregnant, dia tinggalkan husband dia. Dia lari dari rumah husband dia."
"Patutlah dia dah jarang balik rumah saya." Segala yang menjadi tanda tanya dulu sudah terbukti jelas. Semuanya dah dibongkar.
"And then dia duduk mana?" Riana masih lagi ingin tahu.
"Helmi." Membulat mata Riana mendengarnya.
"Dia duduk rumah Helmi sampai dia bersalin." Ya allah, farisha. Kenapa baru sekarang aku tahu.
"Dia masih contact dengan Helmi walaupun dia dah kahwin." Farish mengangguk.
"Habistu mama dan papa awak?"
"Bila dia tahu semau tu, terus dia halau Risha. Tapi masatu Risha masih dalam pantang. Mama tak sampai hati.
"Anak dia? Kelurga mertua dia?" Farish menggeleng.
"Mertua dia dah tak anggap Risha menantu dioarang. Anak Risha keluarga suami dia jaga. Papa taknak anak tu tinggal dengan kami."
"Sampai macam tu sekali."
"Ya, dan sekarang Risha cuma hanya ada saya dan awak je. Dia dah tak ada siapa- siapa." Riana tersenyum. Dia cuba untuk menghilangkan rasa resahnya. Dia janji yang dia akan ada disamping Farisha agar gadis itu lebih tabah dalam melalui kehidupan akan datang.
×××
"Ya Allah, Risha. Risha dah sedar." Farish dan Rania melangkah masuk ke dalam bilik Farisha.
Gadis itu sedang menyandar di kepala katil. Farisha memandang kearah mereka sambil mengerutkan dahinya.
"Abang pergi mana?" Tanya Farisha. Matanya pula melihat gadis disebelah abangnya.
"Siapa dia?" Rania terkejut mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut sahabatnya.
"Risha? Risha tak kenal Ana ke?" Tanya Farish.
Farisha menggeleng. Ya Allah, apa pula dugaan mu kalini.
"Tak apa awak. Saya faham." Farish memandang wajah Rania. Kelihatan gadis itu sangat sedih apabila mendapat khabar sebegitu.
"Boleh awak bagi ruang untuk saya dan abang saya?" Farisha mula menanya pada Riana.
"Risha?" Farish cuba ingin menghalang tetapi Riana menggeleng laju.
"Its okay. Saya keluar dulu. Emm Risha, kalau awak nak apa- apa panggil saya ye." Farisha sekadar berdiam. Tidak memberi reaksi apa- apa. Apa yang dia mahu, dia mahu gadis bernama Riana keluar dari biliknya.
"Tak baik buat dia macam tu, Risha." Ujar Farish apabila Riana sudah keluar dari bilik.
"Siapa dia?" Tanya Farisha.
"Your housemate." Ujar Farish.
Farisha menjulingkan matanya keatas.
"What ever. Risha taknak tahu pun." Ujar gadis itu. Farisha membetulkan kedudukannya.
"Rimaslah duduk sini." Farisha mengadu. Yelah badannya ni pun dah sakit.
"Bila boleh buka ni?" Tanya Farisha sambil menunjukkan tangan kanannya yang patah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomanceDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...