BAB 17

6.6K 251 0
                                    

"Ya Allah, kenapa tak beritahu awal- awal lagi." Kedengaran suara Farish risau.

"Maaf." Jawab Dania takut- takut.

"Okay lah tak apa macam ni. Dania stay je dengan mama Dania dekat rumah. Nanti abang akan uruskan dengan pihak polis." Ujar Farish.

"Okay baik abang." Dituruti kata- kata Farish.

"And lagi satu, jangan bagitahu Daniel dulu pasal hal ni. Dia pun dekat LA lagi kan?" Tanya Firash untuk memastikan.

"Yes. Dia still dekat sana. Maybe esok or lusa dia balik sini semul. But why don't told him about this situation? Bukan patutnya abang Daniel patut tahu juga. Kak Risha isteri abang." Soal Dania ingin tahu kenapa abangnha tidak boleh tahu tentang hal penculikan Farisha.

"Dania tak perlu tahu. Nanti semuanya dah selesai abang jelaskan everything. Abang rasa abang tahu siapa yang buat semua ni dekat Kak Risha." Jawab Farish.

"Okay abang. Kalau ada apa- apa inform, call Dania cepat ya. Mama pun risau juga keadaan kak Risha ni." Pesan Dania sebelum mereka menamatkan panggilan.

"Okay."

×××

Helmy mencapai telefonnya yang berbunyi. Nombor yang tidak dikenalinya itu diangkat.

"WEY HELMY!! Mana adik aku bodoh." Helmy menjarakkan skrin telefonnya dari telinga. Pekikkan dari telefon menyakitkan telinganya.

Dia tersenyum sinis.

Hero pertama dah muncul.

"Woahh, woah bro. Relax lah. Adik kau selamat je dengan aku." Ujar Helmy dengan senyuman sinis.

"Kau bagi balik adik aku sebelum aku report polis." Farish mengugut Helmy. Tetapi dia tahu yang lelaki itu langsung tidak pernah takut dengan ugutannya.

"Kau fikir senang- senang aku nak lepaskan dia. Penat aku kejar dia lepastu aku nak lepaskan dia. No lah bro. Dia dah jadi milik aku sekarang ni." Helmy ketawa.

"Bodoh! Kau jangan apa- apakan dia Helmy. Apa salah dia?"

"Kau tanya apa salah adik kau? Salah dia ialah dia tak pernah nampak cinta aku. Padahal waktu dia pregnant dulu pandai pula dia cari aku." Bentak Helmy. Meja dihadapannya ditendang kuat sehingga jatuh.

"Please Helmy. Bagitahu aku apa yang kau nak? Aku boleh bagi."

"Seriously? Anything bro?"

"Y- yes." Ragu- ragu Farish menjawab. Dia tahu yang Helmy pasti akan minta yang bukan padanya.

"Okay aku nak kahwin dengan dia and kau kena bagitahu suami tak guna dia tu ceraikan dia juga." Ujar Helmy dengan senyuman jahatnya.

"Kau gila ke apa? Dia dah ada lelaki lah!"

"Kau kata aku gila? Lelaki dia tu yang gila sebenarnya. Rampas Farisha dari aku." Tengking Helmy dari dalam panggilan. 

"Aku takkan apa- apakan adik kau kalau kau datang sini dengan file penceraian dia dengan lelaki tak guna tu. Aku bagi kau masa sampai hujung minggu depan."

Helmy matikan talian. Buang masa sahaja cakap dengan lelaki tak guna. Abang, adik. Semua sama sahaja.

Titt Titt.

Farish menumbuk meja pejabatnya. Macam mana dia nak buat. Macam mana dia nak dapatkan file penceraian Farisha dan Daniel. Rambutnya dikusutkan. Rimas.

Nombor telefon Riana didail.

×××

Riana terus bersiap- siap apabila Farish ajak berjumpanya di luar. Kereta dipandu sehingga sampai ke destinasinya. 

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now