'Ehem ehem.'
Farisha menoleh kebelakang apabila ada orang berdehem.
Datin Fatiyah berada di belakangnya.
"Maaf mama. Risha tak perasan mama dah balik." Farisha meminta maaf atas kecuaiannya. Terlalu leka sangat berangan sampai tak perasan mak mertuanya dah balik.
Beg plastik penuh dengan barang yang berada di tangan Datin Fatiyah diambilnya.
"Letak je dulu atas meja. Tolong mama angkat barang dekat kereta Nia. Ada banyak lagi tu" Pinta Datin Fatiyah. Farisha mengangguk.
Datin Fatiyah dan anak bongusnya keluar ke pusat membeli- belah untuk membeli barang- barang perkahwinan Dania yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kira- kira dalam beberapa minggu sahaja tinggal.
Farisha mengangkat satu persatu barang yang diambilnya dari dalam kereta Dania dan dibawa masuk ke dalam rumah.
"Thanks akak." Ucap Dania kepada Farisha kerana menolongnya.
"Most welcome." Balas Farisha. Barang terakhir diletakkan di tengah ruang tamu dimana barang- barang yang lain diletakkan disitu juga.
"Medina mana Farisha?" Soal mama kepada Farisha. Farisha menoleh memandang mak mertuanya.
"Ada dekat atas. Main dengan mainan dia." Jawab Farisha. Mama mengangguk.
"Mama tengok cucu mama sekejap." Mama terus berlalu ke atas.
Sedang dia leka memandang mak mertuanya ke tingkat atas, tangannya ditarik dan dia dibawa duduk di sofa. Terkejut dia dibuatnya.
Dania disebelah dikerling. Kalau ya pun, bercakap lah. Jangan lah tarik dia mengejut. Kan tak pasal- pasal orang terkejut.
"Nia tengok mama dah okay dengan akak." Tutur Dania apabila melihat perubahan mamanya semakin baik. Senyuman dibibir diukir.
"Alhamdulillah. Akak pun tak sangka juga mama layan akak baik lepas beberapa hari tu." Jawab Farisha. Begitu juga dengannya, senyuman terukir dibibir.
"Happy Nia tengok mama macam tu. Dah okay. Akak tahu tak dulu mama selalu sangat ungkit nama akak depan kitaorang. Kadang- kadang Nia pun rasa sakit hati juga dengan mama tu. Abang Niel pun sama. Medina pun kena nasib yang sama. Sampai mama tak mengaku Medina tu cucu dia." Allahuakbar. Sampai macam tu sekali tanggapan mama pada anaknya.
"Tak apalah Nia. Sekurang- kurangnya sekarang mama dah okay kan." Ujar Farisha.
"Tulah. Nia harap mama berterusan lah macam ni. Tak adalah lepas ni Nia pening lagi layan sikap mama tu." Farisha tersengih mendengar apa yang di katakan adik iparnya.
"Cehh ayat. Akak bagitahu mama nanti. " Farisha kononnya mengugut.
Dania mencebikkan bibirnya.
×××
"Masuklah Harris." Ajak Farisha.
"Sekejap lagi aku masuk." Jawab Harris. Dah lama betul dia tidak berjumpa dengan sepupunya ini. Baru sekarang dapat berjumpa apabila mak mertuanya mengajak bakal menantunya untuk makan malam bersama- sama.
"Kau macam mana sekarang Risha? Okay?" Soal Harris. Wajah cantik sepupunya dipandang. Untung Daniel dipadankan dengan gadis secantik itu. Cehh!
"Macam ni jelah." Jawab Farisha ringkas.
"Daniel tak balik lagi?" Farisha menggeleng menjawab pertanyaan Harris.
"Aku dah tak berharap lagi Harris sekarang ni. Aku cuma kena redha dan terima walau apapun terjadi lepas ni." Tutur Farisha sayu.
Harris faham sungguh perasaan gadis itu. Dia dah masak sangat dengan perangai Farisha.
"Its okay, Risha. Banyak lagi kat luar sana orang sayang kau. And now kau cuma kena jaga diri kau baik- baik je." Farisha mengangguk apa yang dikatakan Harris. Benar juga kata- kata dari lelaki di sebelahnya itu. Banyak lagi insan diluar sana masih sayangkan dia. Terutamanya sekali mama, papa, abang Farish dan Diana.
"Eh tak masuk lagi sayang." Seseorang menegur. Farisha mengalihkan pandangannya kebelakang.
Dania menghampiri mereka berdua dan berdiri disebelah Harris.
"Jomlah masuk. Jom akak masuk sekali." Ajak Dania. Farisha mengangguk.
Dania dan Harris terlebih dahulu masuk ke dalam. Lengan Harris dirangkul tangan Dania. Mesra sahaja pasangan itu membuatkan Farisha berasa sedikit sebak dan cemburu.
Kenapa dia dengan Daniel tidak begitu?
×××
Helmy memerhatikan sahaja setiap gerak geri gadis itu sehingga gadis itu berada di sebuah restoren sendirian. Masa yang dinantikan sudah tiba. Masa yang dia nantikannya selama ini untuk mendapat gadis itu semula.
×××
"Nak buat pesanan apa ya?" Tanya pelayan restoren itu. Farisha menyelak satu persatu helaian buku menu itu.
"Bagi saya Nasi Goreng Ayam dengan Limau Ais." Pesan Farisha.
Buku menu itu ditutup lalu diserahkan kembali kepada pelayan itu.
"Itu sahaja ke?" Farisha mengangguk menjawab pertanyaan pelayan itu.
Seteleh itu, pelayan restoren itu kembali masuk ke dapur restoren.
Telefonnya dibuka sementara menunggu makanan tiba. Skrin wallpaper yang ditetapkannya ditatap lama. Penuh rasa rindu di hati. Jika ditakdirkam hari ini dia pergi, dia berharap sangat dapat melihat wajah itu buat kali terakhir. Kerana hati ini dah terlalu sarat dengan cinta untuknya.
Tiba- tiba kerusi dihadapannya ditarik dan seseorang bertubuh lampai dan berpakaian hitam mula duduk dihadapannya. Mukanya tidak dapat di cam Farisha kerana dia memakai topi.
"Siapa awak?" Soal Farisha takut- takut. Sudahlah dia duduk di penjuru restoren. Tidak ramai pula ketika itu. Bulu romanya juga menaik kerana takut. Topi dibuka dan terserlah wajah yang amat dikenali Farisha.
"Helmy?" Farisha mengerutkan dahinya. Dia tidak sangka yang lelaki itu akan berada di hadapannya sekarang.
"Sayang sihat?" Soal Helmy. Perkataan 'sayang' digunakan. Tangan Farisha dicapai tetapi cepat sahaja Farisha menepis.
"Kau nak apa lagi Helmy?" Farisha berura- ura ingin bangun dan pergi dari situ.
Tetapi lain pula yang jadi, mulutnya ditekup dari belakang. Terus terpejam matanya apabila terbau sesuatu yang menyengat dari kain yang menutup mulutnya.
Dunianya kian gelap.
Bersambung
Jeng jeng jeng. Rasanya apa yang bakal jadi pada Farisha? Kalau nak tahu, teruskan membaca.♥
YOU ARE READING
[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)
RomanceDaniel Farisha ©️ 2017 Status : Completed "Saya harap awak masih anggap saya isteri awak, Niel." "Kita dah tak ada apa- apa." Jelas Farisha sedikit terkesan dengan kata- kata lelaki itu. "Siapa kata?" "Awak yang kata.." Sebab dia? Semuanya jadi l...