Bab 4

5.9K 252 7
                                    

Farisha berbaring mengiring. Kepalanya ditekup dengan bantal. Terasa satu- satu benda menimpa. Apa yang diceritakan abangnya semasa berada di restoren tadi sangat mengejutkan.

Jahilkah dia dulu? Dia derhaka ke selama ini?

Kenapa dugaan ini datang menimpa. Terfikir tentang anak? Ya dia ingin melihat wajah anaknya. Kerana ingatannya, semuanya hilang. Kalau dia boleh putarkan balik masa, sempat ke dia perbetulkan rumah tangganya.

Helmy? Lelaki itu ada disebut abangnya tadi juga. Farish kata Helmy itu bekas kekasihnya. Tapi kenapa dia rasa macam lain macam. Perasaan tu macam bercelaru sekarang.

Ya Allah, tenangkan lah hati hambamu ini.

×××

Riana memasuki bilik kawannya. Dilihat Farisha sedang berbaring sambil bermain dengan telefon miliknya.

"Risha, kau nak joging tak?" Ajak Riana. Farisha yang sedang leka dengan telefonnya menoleh kearah Riana.

"Dekat taman." Jawab Riana.

"Jauh tak?" Riana menggeleng.

"Okay sekejap. Aku siap- siap."

"Okay aku tunggu dekat luar. Nak start enjin kereta dulu." Riana keluar dari bilik Farisha.

Pintu ditutup.

×××

Hampir masuk pusingan yang ke 6, Farisha sudah letih. Badannya dibongkokkan. Penat sangat.

"Baru 6 rounds Risha. Dulu kau sampai 10 rounds tau." Farisha mencebik.

"Itu dulu. Ni sekarang. Dah lah aku letih ni. Kau sambung lah lari. Aku nak duduk sana." Tunjuk Farisha pada kerusi kosong. Riana mengangguk.

Dia meneruskan lariannya.

Sedang Farisha berehat, ada seorang perempuan datang menghampirinya.

"Ada orang?" Farisha menggeleng. Dia menjarakkan diri dia dan memberi wanita itu duduk. Kereta sorong bayi yang dibawanya diletakkan dihadapan. Bayi perempuan yang sedang tidur itu dikeluarkan.

Alahai comel sungguh. Puji Farisha di dalam hati.

Serta merta dia teringat akan anaknya. Kalau lah dia dapat pegang bayi macam mana wanita disebelahnya ini dapat  pegang kan best. Gembiranya hati. Tetapi jauh disudut hati, dia tidak boleh terlalu berharap. Wanita itu mnegejutkan bayinya.

"Anak ke?" Tanya Farisha. Wanita itu menggeleng laju.

"Ini anak majikan saya." Ujar wanita itu. Farisha mengangguk.

"Ouh majikannya mana?" Tanya Farisha lagi.

"Tengah berjoging." Jawab wanita itu. 

"Saya nak pegang boleh?" Farisha teringin sangat nak pegang bayi itu. Bila dapat pegang, tiba- tiba dia rasa sebak. Rasa macam lain sangat.

"Siapa nama dia?"

"Medina Darisha." Cantiknya nama, macam orangnya. Bayi itu sudah mencelikkan matanya.

"Comelnya Medina ni." Farisha mula bercakap dengan bayi itu. Bayi perempuan itu tersenyum.

"Dah berapa bulan?"

"Seingat saya dah masuk 4 bulan setengah." Farisha mengangguk.

Medina bermain- main dengan bahagian tudung bawahnya. Manarik- narik manja. Tangan kecil itu di genggam halus.

[COMPLETED] DANIEL FARISHA (2017)Where stories live. Discover now