Luna POV
Aku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut dipersalahkan? Aku atau dia? Edward, walaupun semua ini satu pendustaan, memori yang kau beri kepada aku merupakan memori yang tulus. Sama ada kau atau aku yang harus menyatakan perkataan maaf, di sudut hati aku, hanya kau cinta ku. Aku mencintai kau dan aku mohon ampun kerana telah membuat kau begini
-Luna Alana Morgan-
Semua ini bermula apabila aku ingin menyelamatkan hubungan cinta sahabat aku dengan seorang jejaka Raven. Sahabat aku, Alicia amat mencintai Raven. Hubungan Alicia sudah banyak kali gagal akibat Edward. Menurut Nathan, Edward amat menyukai Alicia tetapi Alicia menolaknya. Edward tidak terima yang Alicia menolaknya, jadi dia memegang perasaan cinta itu dengan berjanji bahawa Alicia tidak akan pernah bahagia dengan lelaki lain.
Nathan merupakan sahabat Alicia dari kecil. Jadi, Nathan tahu segalanya tentang Alicia. Aku mula rapat dengan mereka pada tahun pertama di sekolah tinggi. Itu kerana guru Bahasa Inggeris kami meletakkan kami tiga orang dalam satu kumpulan. Walaupun aku rapat dengan Alicia dan Nathan tetapi aku tidak pernah menghiraukan mereka. Alicia seorang gadis yang gemar akan populariti. Dia gemar memakai pakaian berjenama dan juga bersolek. Boleh dikatakan yang dia ratu sekolah. Semua lelaki menyukainya kerana kecantikan yang dimiliki oleh Alicia. Tambahan pula, Alicia merupakan seorang penari ballet di sekolah kami. Itu membuatkan dia lebih popular.
Nathan, jejak yang suka akan bidang pemodelan. Dia menjadi model sementara di bawah syarikat ibu Alicia. Di samping itu juga, Nathan amat gemar dalam bidang fotografi. Dia sering menangkap gambar dan menjualnya di majalah-majalah tempatan dan juga antarabangsa. Aku tidak setanding dengan Alicia dan Nathan. Mereka berdua mempunyai wajah yang cantik dan juga mampu menarik perhatian semua orang.
Manakala aku pula tidak mempunyai wajah yang menarik. Aku selalu mengasingkan diri ku daripada orang ramai. Hal ini kerana aku merupakan seorang pemain piano dan juga penulis novel. Aku tiada masa untuk bergaul dengan orang ramai. Dunia aku hanyalah bersama piano, novel dan juga belajar. Aku juga merupakan pelajar top sekolah. Posisi tempat pertama selalu aku menangi. Aku amat popular dengan gelaran Miss Nerd. Popular itu muncul kerana aku selalu menghabiskan masa bersama komputer riba, buku dan juga muzik. Tentang cinta, apabila seseorang melafazkan kata-kata cinta, aku selalu menolak mereka dengan wajah serius. Mungkin disebabkan itu, tiada seorang pun lelaki berani menghampiri aku selain Nathan.
Edward Zachary Anderson merupakan "playboy" sekolah. Semua gadis sanggup melempar diri mereka kepada Edward. Tambahan pula, Edward ialah pewaris kepada Mike Anderson, iaitu seorang ahli perniagaan yang mempunyai pelbagai perniagaan di bawah Anderson Group. Anderson Group merupakan persaing kepada Morgan Group. Boleh dikatakan yang aku juga pewaris kepada ahli perniagaan yang mempunyai pelbagai perniagaan di bawah Morgan Group. Keluarga kami berdua bermusuh dan itu membuatkan kami berdua sukar untuk berinteraksi.
Namun, aku mula terlibat dengannya apabila Alicia memberitahu hubungan cintanya dengan Raven mungkin akan musnah lagi. Demi menolong sahabat aku, aku merencanakan sesuatu. Di saat Alicia meluahkan segala perasaannya, mata ku tidak berhenti melihat Edward. Mata kami saling bertentangan tetapi Edward dengan mudah mengabaikan aku. Pada saat itu, walaupun Edward mengabaikan aku, aku tidak begitu mempedulikannya. Namun, sesuatu telah berlaku sebelum aku benar-benar serius terlibat dengan Edward kerana Alicia.
Pada suatu hari, selepas waktu rehat, aku berjalan di koridor sekolah seorang diri bersama buku kesusasteraan Inggeris. Ketika aku sedang berjalan di koridor, ada seseorang menarik aku dan mengheret aku masuk ke dalam sebuah stor. Aku menyangkakan ada penculik tetapi aku terfikir ini sekolah swasta yang dipenuhi dengan kawalan keselamatan. Mustahil ada penculik di dalam sekolah. Aku terus protes untuk melepaskan diri tetapi orang itu sangat kuat. Aku mendengar pintu dikunci. Hal itu membuat aku panik. Dengan kekuatan yang aku ada, aku menggigit tangan orang itu. Akhirnya, dia melepaskan aku dan aku terus menoleh ke belakang melihat orang tersebut. Ternyata lelaki yang aku anggap penculik itu ialah Edward.
"Ganas juga kau." Kata Edward kepada aku.
"Apa yang kau mahu?" Soalku dengan nada yang penuh kebencian.
Edward tersenyum. Dia terus berjalan mendekati aku. Kaki ku secara automatik melangkah ke belakang sehinggalah aku terlanggar sebuah meja yang membuatkan langkah ku terhenti. "Kau sepatutnya tidak menyoal soalan itu. Aku tahu yang kau juga sama dengan perempuan lain. Menginginkan aku menyentuh kau. Aku tiada hal. Aku boleh memenuhi keinginan kau." Aku berasa marah kepada Edward lalu mencakar mukanya.
"Disgusting! Kau fikir aku mudah untuk menyerah diri aku kepada orang seperti kau?" kataku lalu menolak Edward. Namun, Edward merentap tangan ku.
"Habis tu, kenapa kau terus memandang aku? Aku tahu yang kau selalu memandang aku." Kali ini nada Edward lebih garang.
"Salahkah untuk aku memandang orang yang aku benci?" Soalku kepada Edward.
Dia ketawa kepada ku. Kemudian, dia diam dan merenung aku dengan pandangan membunuh. "Luna Alana Morgan, aku tidak tahu apa yang membuat kau membenci kepada aku. Setahu aku, aku tidak pernah menyakiti kau." Tegas Edward. Ya. Edward benar yang dia tidak pernah menyakiti aku tetapi aku membencinya kerana dia menyakiti Alicia.
"Keluarga kita bermusuhan. Mustahil jika aku menyukai kau, kan?" Aku menggunakan alasan kekeluargaan untuk membenci Edward.
"Oh, aku lupa! Morgan Group baru sahaja kalah dengan Anderson Group. No wonder you hate me." Dengan angkuhnya Edward memberi kesimpulan kepada aku. Kemarahan aku membara. Tanpa aku fikir, aku terus tumbuk Edward.
"Don't mess with me." Balasku lalu mengambil buku kesusasteraan Inggeris dan terus keluar dari bilik stor tersebut meninggalkan Edward. Edward terus menjeling ke arahku sambil mengelap bibirnya yang berdarah akibat daripada tumbukan ku. Namun begitu, aku langsung tidak mempedulikan Edward.
YOU ARE READING
Lies To Love (Malay Version)
Teen FictionAku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut diper...