Chapter 12: Terima Kasih

32 1 0
                                    

Edward POV

Aku menghubungi Boey serta memberitahunya tentang keadaan ku. Namun, aku melarangnya untuk memaklumkan keadaan aku kepada papa. Aku tidak ingin papa melihat aku seperti ini. Di dalam kehidupan aku, aku lebih mempercayai Boey berbanding orang lain. Ini kerana Boey selalu sahaja melindungi aku serta menyembunyikan kesalahan aku daripada papa. Pada ku, Boey sudah seperti bapa aku yang kedua.

Selepas aku menghubungi Boey, aku menghampiri Luna yang sedang tidur. Aku merenung wajahnya. Dia tidur dalam keadaan nyenyak sekali. Namun, renungan aku kepada Luna diganggu apabila jururawat memanggil aku untuk membuat rawatan lanjut. Aku terpaksa meninggalkan Luna yang sedang itu. "Encik Anderson, boleh kita pergi sekarang?" Soal jururawat itu.

"Ya. Kita boleh pergi sekarang." Balasku lalu mengekori jururawat itu ke bilik rawatan. Aku menutup pintu sehabis perlahan kerana aku tidak mahu Luna terjaga dari tidurnya. Dia pasti penat kerana terpaksa menjaga ku. Namun, di dalam hati aku, aku berasa gembira sekali. Sekurang-kurangnya apabila aku sedar, ada seseorang di samping ku.

Rawatan ku mengambil masa selama sejam. Aku tidak pasti dengan keputusan rawatan ku kerana doktor meminta aku kembali ke dalam bilik dahulu. Apabila aku tiba di dalam bilik, aku melihat Luna sudah pun terjaga daripada tidurnya dan Boey sudah pun tiba. "Bagaimana keputusannya?" Soal Boey.

"Saya tidak pasti. Nanti doktor akan memaklumkannya." Jawabku kepada Boey.

"Saya pergi menemui Dr. Jonas untuk mengetahui keputusannya." Kata Boey lalu keluar dari bilik ku. Aku tersenyum kepada Boey sambil melihat dia berjalan keluar dari bilik. Kemudian, aku memandang ke arah Luna. Dia kelihatan risau sekali. Aku tidak berkata apa-apa kepadanya. Keadaan kami berdua amat tegang dan sunyi. Aku tidak tahu bagaimana hendak menghentikan rasa gementar ini. Namun, perasaan gementar itu terhenti apabila Boey datang dan masuk ke dalam bilik dengan membawa fail di tangan. "Semuanya selesai. Kita boleh pulang kalau kita nak." Kata Boey.

"What? Boleh pulang? Tetapi Edward harus menjalani lebih banyak rawatan." Tegak Luna.

"Good. Boey, let's go." Aku bangun dan mengambil baju ku yang dibawa oleh Boey. Aku menanggalkan baju hospital. Kemudian, tangan ku terus hendak menanggalkan seluar tetapi terhenti apabila aku sedar yang Luna masih berdiri di situ. "Kau tak kisah?" Soalku kepada Luna.

"What? Tetapi Edward...." Luna ingin memberontak tetapi apabila dia melihat tubuh ku, aku boleh rasa yang dia gementar. "Whatever!" Kata Luna lalu menutup tirai hospital. Aku terus mengganti pakaian ku.

Selepas aku selesai menggantikan pakaian aku, aku membuka tirai dan meminta Boey untuk menyediakan kereta membawa aku pulang ke rumah. "Boey, get the car for me! Kita jumpa di luar hospital." kataku kepadanya.

"Baiklah, tuan!" Kata Boey lalu melangkah kaki keluar dari bilik ku.

Aku pergi ke meja berhampiran di mana terdapatnya jam tangan ku. Aku mengambil jam tangan ku dan memakainya sambil berbicara dengan Luna. "Aku tak apa-apa, Luna. Jika aku terus berada di sini, keadaan aku akan menjadi lebih teruk. Jadi, lebih baik aku...." Aku terkejut apabila Luna tiba-tiba memelukku dari belakang. Tangan ku yang sedang memakai jam tangan juga terhenti. Aku tidak boleh menghentikan apa yang aku rasa di dalam diri ku. Tetapi, pelukkan Luna membuat aku berasa gembira. Kesakitan yang aku rasa, aku lupa pada masa itu.

"Baiklah. Tetapi aku akan mengekori kau pulang ke rumah juga." Kata Luna lalu menyandar mukanya di belakang ku.

Aku menarik nafasku. Aku memegang tangannya dan melepaskan pelukkannya sambil menoleh melihat Luna. "Luna, apa yang kau lakukan sudah cukup memadai. Aku akan hantar kau pulang supaya kau boleh berehat."

"Tetapi kita tak pasti sama ada kau betul-betul okay atau tak. Sekurang-kurangnya cakap dengan doktor dahulu dan dapatkan....Whoa!" Aku menangkatkan lalu mendukungnya di sebelah bahu kiri ku dengan kepala dan tangannya di belakang ku. Tangan kanan ku mengambil beg tangan Luna. "Edward, apa kau buat ni? Turunkan aku!" Teriak Luna sambil memberontak dan memukul belakang ku. Aku tidak mempedulikan dia.

"Membawa kau macam ni cukup membuktikan aku okay. Sekarang, berhenti memberontak atau kau yang akan jatuh." Kataku.

Dia berhenti memberontak. "Baiklah. Sekarang turunkan aku." Kata Luna.

Aku tidak menghiraukan dia. "Kita hampir sampai ke lobi. Boey sudah pun menunggu kita." Kataku kepada Luna sambil membawanya di sekeliling hospital. Orang ramai melihat keadaan kami berdua tetapi aku tidak peduli. Aku percaya Luna pasti wajanya sedang kemerahan kerana orang melihat keadaan ini. Aku terus berjalan dan membawa dia masuk ke dalam kereta yang sudah pun berada di hadapan lobi hospital.

Sepanjang perjalanan, keadaan menjadi senyap sahaja. Mungkin, Luna memarahi aku. Namun, apabila aku menoleh melihat wajahnya, aku mendapati dia sedang tidur. Bibirku tersenyum lalu membawa kepalanya bersandar ke bahu ku. Di saat itu, aku menyedari bahawa jalan yang Boey tuju bukanlah jalan ke rumah Luna. "Boey, ke mana kita hendak pergi?" Soalku.

"Kita akan pulang ke rumah." Jawab Boey.

"Hantar Luna pulang dulu." Ujur ku.

"Maaf, tuan. Saya tak boleh buat begitu."

"Kenapa?" Aku mempersoalkan Boey

"Saya berasa berhutang budi dengan dia. Jikalah dia tidak menunggu tuan di sana, apa yang akan jadi kepada tuan."

"Jadi apa kena-mengena dengan tidak boleh hantar dia pulang ke rumah?" Aku tidak boleh memahami Boey.

"Tuan pun dengar yang dia berasa tanggungjawab terhadap tuan. Apa kata tuan izinkan dia melakukan sesuatu yang dia nak? Tambahan saya terhutang budi dengan dia." Balas Boey.

"Sekarang kau sudah menyebelahi dia....." Belum sempat aku menghabiskan ayat ku, Boey mencelah.

"Kita tak nak dia terjaga, kan? Apa kata nanti bila kita dah sampai di rumah, saya bawa di masuk dan membaringkan dia di bilik tamu?" Boey berkata dengan bibirnya tersenyum.

"Tak perlu. Saya akan bawa dia ke bilik tamu." Entah kenapa ada ku agak tinggi terhadap Boey. Aku seperti berasa marah apabila Boey berkata dia ingin membawa Luna. Kemudian, aku melihat Luna yang sedang tidur di atas bahu aku. Aku menyusap rambutnya dan bibirnya tersenyum. Dia kelihatan seperti tenang dan tidak memikirkan apa-apa.

Apabila tiba sahaja di rumah, aku membawa Luna ke bilik tamu. Aku membaringkan dia di atas katil lalu menyelimutkan tubuhnya. Aku duduk di atas katil betul-betul di sebelah Luna. Tangan ku menyusap pipinya. "Luna, kau benar-benar mempedulikan aku. Malam semalam pasti kau tidak tidur dengan nyenyak, kan?" Aku menyusap rambutnya dan menyelik rambutnya di belakang telinga. "Jangan risau. Aku peduli tentang kau juga, Luna." Kataku sambil tersenyum. Dia kelihatan tenang sekali. Aku mendekatinya lalu mencium dahi Luna. "Terima kasih kerana kau prihatin terhadap ku, Luna." Bisik ku.


Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now