Aku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut dipersalahkan? Aku atau dia? Edward, walaupun semua ini satu pendustaan, memori yang kau beri kepada aku merupakan memori yang tulus. Sama ada kau atau aku yang harus menyatakan perkataan maaf, di sudut hati aku, hanya kau cinta ku. Aku mencintai kau dan aku mohon ampun kerana telah membuat kau begini -Luna Alana Mogan- Luna Alana Mogan - Seorang pemain piano, penulis novel dan juga seorang pelajar cemerlang sekolah. Luna mempunyai keperibadian yang tegas. Hal ini kerana dia dibesarkan sebagai pewaris kepada Mogan Group, iaitu sebuah syarikat yang memiliki pelbagai perniagaan. Walaupun dia mempunyai keperibadian yang tegas tetapi hatinya tidak pernah mampu melihat sahabatnya menderita. Disebabkan itu, Luna membiarkan dirinya terjebak dalam permainan cinta. Edward Zachary Anderson - seorang 'playboy' sekolah. Edward menganggap semua wanita ialah permainan dan tidak pernah mengambil serius dalam hubungan. Edward juga seorang yang angkuh dan selalu mementingkan diri. Walaupun Edward begitu tetapi Edward memegang perasaan yang kuat terhadap Alicia, sahabat Luna. Malangnya, perasaan itu berubah apabila Edward mendekati Luna. Edward merupakan pewaris untuk Anderson Group, iaitu syarikat yang menjalankan pelbagai perniagaan. Dengan kata lain, keluarga Anderson dan keluarga Mogan merupakan musuh. Apabila Edward sedar akan perasaannya terhadap Luna, apa yang dia akan lakukan memandangkan keluarga mereka bermusuhan.
15 parts