Chapter 14: Bukan masa yang tepat

25 3 0
                                    

Luna POV

Aku dan Nathan pergi ke suatu tempat. Aku duduk di atas bonet kereta ku sambil melihat permandangan di laut. "Here you go" kata Nathan sambil menghulurkan jaketnya. Bibirku memberi senyuman terima kasih kepadanya. Walaupun hanya sekadar menghulurkan jaket itu sesuatu perkara yang kecil, tetapi perkara yang kecil itulah membuat aku suka kepada Nathan. Jauh sekali hendak dibandingkan Nathan dengan Edward. Edward hanyalah lelaki bermasalah.

"Bagaimana kau boleh ada di sekitar kediaman Edward? Aku tahu kau tipu yang kau pergi ke sana untuk mengambil gambar." Kataku kepada Nathan.

"Sebenarnya, Lynn yang meminta aku mencari kau. Lynn risau keadaan kau." Jawab Nathan.

"Lynn selalu macam tu."

"Mind to tell me what happened to you?" Tanya Nathan. Aku terdiam. "Apa yang Edward buat kali ni?" Soal Nathan lagi.

"Aku tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya. Dia lelaki tak guna tetapi aku masih lagi berada di sekelilingnya. Kadang-kadang dia marah apabila aku mendekati lelaki lain tetapi dia melakukan hal yang aku tidak suka. Aku tidak memahaminya."

"Antara Edward dan kau, aku rasa aku lebih tidak memahami kau. Kau begitu benci dia dahulu tetapi tiba-tiba kau suka dia. Aku rasa aneh dengan kelakuan kau." Mataku memandang Nathan apabila dia berkata begitu. Nathan, lelaki yang aku suka ialah kau tetapi aku terpaksa menjadi kekasih Edward untuk mengelak Edward daripada mengganggu Alicia.

"Hati manusia selalu berubah." Balasku.

"Kau selalu membuat aku risau." Aku ketawa kecil apabila mendengar Nathan kata begitu. Nathan sememangnya mudah membuat aku terhibur. "Esok, aku akan jemput kau di rumah. Kita pergi sekolah bersama-sama." Kata Nathan lagi. Aku mengangguk. Sudah lama aku tidak pergi sekolah bersama Nathan. Ada bagusnya juga aku dan Edward jadi begini. "Luna, sebenarnya ada sesuatu yang aku hendak memberitahu kau. Sudah lama aku simpan rahsia ini tetapi setiap kali aku hendak menyatakannya, aku pasti gementar."

"Apa benda? Beritahulah aku!" aku mendesak Nathan.

Nathan terdiam panjang. "Bukan waktu yang tepat lagi." Kata Nathan lalu berjalan menuju ke laut.

"Nathan, kau janganlah buat aku tertanya-tanya." Kataku sambil mengekori Nathan.

"Lupakan sahaja." Balas Nathan.

"Nathan.... Beritahulah aku. Jangan malu-malu."

Nathan terus menjerit. "Tak ada apa-apa!" Jerit Nathan. Aku ketawa. Nathan selalu membuat aku tersenyum. Apabila bersama dia, segala masalah aku seperti terbang jauh. Aku ingin bersama Nathan selalu tetapi keadaan sudah jadi begini. Mungkin aku tidak akan bersama dengan Nathan. Disebabkan itu, aku akan mengisi masa yang ada untuk bersamanya. Nathan, lelaki yang boleh membuat aku bahagia.

Pagi ini, aku bangun dari tidur dengan tenang sekali. Selepas aku berbual dengan Nathan semalam, aku merasakan masalah aku hilang seketika. Aku turun dari katil dan mengemas katilku. Kemudian, melangkah masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Beberapa minit kemudian, aku keluar serta menggantikan pakaian ku. Aku mengambil 'lip balm' dan memakainya di bibirku. Entah kenapa aku berasa gembira sangat selepas bercakap dengan Nathan.

Selepas bersiap, aku turun ke bawah. Aku melihat Nathan sudah pun menunggu ku di ruang makan. "Selamat pagi, Luna!" ucap Nathan.

"Selamat pagi." Balasku lalu meminum segelas susu.

"Sarapan dulu. Saya ada sediakan honey chocolate pancakes" kata Lynn.

"Terima kasih." Memandangkan waktu masih panjang, jadi aku boleh bersarapan dahulu. Sudah lama aku tidak bersarapan dengan Nathan. Aku rindu masa begini. Bersarapan sambil melihat Nathan di hadapan ku. Melihat wajahnya sahaja cukup membuat aku bahagia.

"Kenapa tersenyum? Jatuh cinta dengan wajah kacak ku?" Soalan Nathan membuat aku ketawa. Nathan juga ketawa. "Sudahlah. Jom kita pergi." Kata Nathan sambil mengambil begnya. Aku menghabiskan baki pancakes aku lalu pergi mengikut Nathan. Nathan memandu keretanya. Sepanjang perjalanan, Nathan membuat lawak bodoh. Aku tidak berhenti ketawa.

Namun, senyuman aku terhenti apabila melihat Edward berjalan dengan Alicia. "Kau okay?" Tanya Nathan.

"Aku okay." Aku memberi senyuman palsu. "Aku pergi ke kelas dulu yeah." Kataku kepada Nathan. Nathan mengangguk. Aku keluar dari kereta Nathan dan berjalan masuk ke kelas.

Semasa di dalam kelas, aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Aku memberi tumpuan kepada pembelajaran ku dan hidup seperti biasa. Selepas tamat waktu persekolahan, Alicia datang menemui aku. "Luna, boleh kau tolong aku?" Tanya Alicia.

"Apa?"

"Aku ingin Edward menjadi model untuk pelancaran fesyen baru ibu aku. Edward seperti tidak ingin tolong aku. Boleh kau pujuk dia?" Pinta Alicia. Aku terdiam seketika. "Luna?" di saat Luna meminta bantuan ku untuk menggunakan Edward, hati aku seperti tidak merelakannya. Egois. Tetapi dia sahabat aku.

Tidak. Aku lebih mementingkan persahabatan. "Aku akan cuba memujuknya." Kataku kepada Alicia.

"Betul? Terima kasih, Luna." Alicia melompat kegembiraan.

"Aku akan pergi ke penggambaran itu." Kata Edward sambil berjalan menuju ke arahku dan Alicia. Aku terdiam. Aku langsung tidak mahu melihat wajah dia. kemudian, aku merasakan tangan Edward memegang bahu ku. "You have a lot of explaination to me. Stand up and follow me." Bisik Edward di telinga ku. Nathan yang tiba-tiba masuk ke dalam kelas melihat kejadian itu. Aku nampak Nathan menggenggam penumbuk. Kakinya hendak melangkah menuju ke arahku. Namun, aku menggelengkan kepala memberi isyarat 'jangan'. Di saat itu juga, aku merasakan bibir Edward tersenyum. Aku bangun dan berjalan mengikut Edward. Edward menggenggam tangan ku dengan erat. Aku merasakan yang dia sengaja cuba menyakitkan hati Nathan. Nathan pasti merisaukan keadaan ku.

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now