Luna POV
Aku menyedari pipi ku kemerahan sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik. Untuk kali pertama, aku berasa malu sedemikian. Bagaimana aku boleh mengucup pipi Edward? Bodohnya aku! Bisikku sambil memukul bahu ku. "Tidak! Ini satu kesilapan. Luna Alana Morgan, ingat! Edward hanya permainan kau untuk menyelamatkan Alica. Ingat itu. Dia hanya permainan untuk menyelamatkan Alicia." Kata ku kepada diriku sendiri.
Ring!!! Ring!!! Telefon bimbit ku bordering. Aku melihat panggilan itu dari Edward. "Hello!" Jawabku.
"Hello, ini Luna Alana?" Aku mendengar suara seorang wanita. Hati ku menjadi kurang enak.
"Ya. Saya yang bercakap." Balasku.
"Saya adalah jururawat dari Jonas General Hospital. Edward Zachary Anderson terlibat dalam sebuah kemalangan. Sekarang kami dalam perjalanan ke hospital tersebut. Bolehkah cik membantu saya memaklumkan perkara ini kepada waris mangsa?"
"Bagaimana keadaan Edward? Dia okay?" Soalku dengan nada gementar.
"Dia masih belum sedarkan diri. Kami masih belum pasti keadaannya." Jawab jururawat tersebut.
"Okay. Saya akan ke sana sekarang." Balasku lalu mengambil kunci kereta dan berlari ke bawah. Lynn, pengasuh ku melihat kelakuan ku. Dia ingin menyoal ke mana aku hendak pergi tetapi aku tidak mempedulikannya. Aku terus keluar dari rumah dan turun ke tempat letak kereta. Aku menghidupkan kereta milikku, Lamborghini Aventedor. Aku tidak pernah membawa keluar kereta ku untuk melawat orang kecuali untuk urusan syarikat. Ini kali pertama aku memandu kereta ku untuk melawat seseorang.
Dari kediaman ku ke Jonas General Hospital, perjalanannya mengambil masa dalam 30 minit. Apabila aku tiba di Jonas General Hospital, aku terus ke kaunter pertanyaan menyoal keadaan Edward. Mereka memaklumkan kepada ku yang Edward masih dalam unit kecemasan. Itu membuat aku menjadi cemas. Aku berlari ke unit kecemasan dan melihat tiada siapa menunggunya. Ingin ku menghubungi bapa Edward tetapi tangan ku menggeletar kerana aku teringat akan pemusuhan antara keluarga kami. Edward ketiadaan ibu. Ibunya meninggal semasa usianya 10 tahun. Setelah ibunya pergi, dia dibesarkan oleh bapanya tetapi tidak menerima perhatian sepenuhnya kerana kesibukkan dalam perniagaan. Akhirnya Edward dibesarkan bersama pembantu rumah. Tidak hairanlah jika dia menjadi seperti ini.
Aku menunggu Edward di hadapan bilik kecemasan sehingga pembedahan selesai. Pembedahan itu mengambil masa dalam sejam. Menurut doktor, terdapat serpihan kaca menusuk ke dalam tubuhnya. Mereka terpaksa mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan kaca dalam tubuhnya. Walau apa pun keadaan Edward stabil. Edward dimasukkan ke dalam wad biasa. Doktor memberitahu aku bahawa dia akan sedar diri dalam masa 12 jam. Memandangkan tiada sesiapa di sisinya, aku mengambil keputusan untuk menunggu Edward sehingga dia sedarkan diri.
"Saya mahu wad kelas pertama, bilik perseorangan. Saya akan menunggu dia sampai dia sedarkan diri." Kata ku kepada doktor.
"Okaylah. Mari ikut saya." Doktor membawa aku ke kaunter urusan. "Sediakan wad kelas pertama, bilik perseorangan untuk Edward Zachary Anderson." Kata dokor kepada jururawat yang ditugaskan di kaunter.
"Bagaimana dengan pembayaran?" Soal jururawat tersebut kepada ku.
"Saya akan membayar semua kos perubatannya." Balasku lalu menghulurkan kad debit ku. Selepas urusan pembayaran selesai, doktor mengarahkan jururawat memindahkan Edward ke wad kelas pertama, bilik perseorangan. Setelah urusan tersebut selesai, aku duduk di sofa dan melihat Edward yang terbaring di atas katil.
Kenapa hidup kau begini? Perlukah aku menghubungi bapa kau? Tetapi jika aku menghubungi bapa kau, mungkin kita tidak akan bertemu. Aku pun tidak faham dengan diri ku. Kau hanya teman lelaki palsu ku tetapi kenapa aku peduli tentang kau? Edward, aku hanya harapkan yang kau tidak apa-apa. Apabila aku buka mata ini, aku mahu kau sedarkan diri. Bisik hati ku. Aku mengambil bantal yang terdapat di sofa lalu membaringkan tubuh ku.
Edward POV
Apabila aku sedar, aku terhidu hospital. Seluruh tubuh ku sakit. Kemudian, aku menoleh ke tepi. Aku melihat Luna tertidur di atas sofa dengan tubuhnya berselimut. Aku merenung wajah Luna. Wajahnya kelihatan letih sekali. Adakah dia terlalu risau tentang ku? "Good morning, Mr. Anderson." Ucap Doktor Jonas, bapa kepada Nathan. Dia pemilik dan juga pengarah hospital. Kenapa dia sibuk merawat ku? Dia boleh membiarkan doktor-doktornya melakukan kerja mereka. "Bagaimana keadaan kau?" Soal Doktor Jonas.
"Baik. Cuma rasa sedikit sakit." Jawabku.
"Terima kasih kepada gadis itu. Dia sanggup menjaga kau di sini. Jika tidak, kau pasti berseorangan." Kata Doktor Jonas.
"Adakah Doktor Jonas sudah menelefon bapa saya?" Soalku.
"Saya baru mendapat khabar tentang kau pagi ini. Saya mahu melihat sendiri keadaan kau sebelum saya memberitahu bapa kamu. Tetapi kelihatannya kau sudah tidak apa-apa. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya akan memeriksa kamu dalam masa tiga hari. Jika tiada apa, saya akan memberi kebenaran untuk kamu keluar dari hospital." Kata Doktor Jonas.
"Tolong jangan telefon bapa saya atau Boey untuk memberitahu keadaan saya." Balasku.
Doktor Jonas tersenyum kepada ku. "Cinta kau pasti terhalang kerana kau bercinta dengan gadis Morgan. Saya pernah melihat Luna Alana Morgan semasa usianya 9 tahun. Tidak sangka dia membesar menjadi wanita yang cantik." Katanya lalu meninggalkan aku dengan wajah tersenyum. Aku tidak tahu apa yang difikirkan olehnya.
Selepas Doktor Jonas keluar, aku merenung Luna Alana Morgan. Aku melihat wajah Luna yang sedang tidur. Aku menghembuskan nafasku. Aku tidak memahami kenapa aku tidak pernah melihat kecantikan Luna sebelum ini. Adakah aku terlalu memilih? Apakah hati aku buta kerana aku terlalu mencintai Alicia? Edward, kau lelaki yang bertuah di dalam dunia ini kerana memiliki dia.
Ketika hati ku berbunga, aku tersedar akan sesuatu. Aku tidak layak untuknya. Selagi aku tidak membaiki diri ku, aku tidak layak untuk perempuan sebaik dan secantik Luna. Luna, maafkan aku kerana hati ku tidak ikhlas mencintaimu. Aku menggunakan kau untuk kepentingan ku sendiri.
Apabila aku melihat kau tidur, aku baru sedar betapa jelitanya diri kau.
Kau memiliki wajah bapa kau tetapi kulit kau cerah seperti ibu kau. Ingin ku sentuh tetapi tangan ku tidak layak buat kau.-EDWARD ZACHARY ANDERSON-
YOU ARE READING
Lies To Love (Malay Version)
Teen FictionAku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut diper...