Edward POV
"Andrian Sean George! Bila kau pulang?" Soalku dengan nada terkejut. Andrian memberi senyuman sinis kepada ku lalu duduk semeja dengan ku.
"Bagaimana? Rindu aku?" Tanya Andrian. Andrian langsung tidak berubah. Dari dulu sampai sekarang, sikapnya masih sama. Periang dan peramah. Dalam ramai-ramai kawan aku, boleh dikatakan Andrian lebih setia.
"Tetiba aku rasa rindu kepada kau." Balas Rival. Andrian menumpuk perut Rival.
Aku tidak mempedulikan gurauan mereka. Aku menuangkan minuman ke dalam gelas lalu meminumnya. "Aku dengar khabar yang Edward mempunyai kekasih baru. Benar?" Tanya Andrian. Mata Andrian tepat memandang aku.
"Dia bercinta dengan Miss Perfect di sekolah kita." Rival tolong memberi jawapan untuk aku.
"Miss Perfect? Siapa?" Tanya Andrian. Aku lupa yang Andrian bukan seseorang yang peduli akan keadaan sekelilingnya. Sudah tentu dia tidak perasan kewujudan Luna sebagai Miss Perfect. Rival mahu menyebut nama tetapi Andrian menghentikan Rival. "Aku lebih suka perkara ini menjadi misteri. Aku percaya yang gadis itu amat istimewa buat Edward. Jika gadis itu tidak istimewa, sudah tentu Edward akan menjawab soalan aku dengan pantas. Esok malam, aku mengadakan sambutan untuk meraikan kepulangan aku. Semua orang yang aku kenal dijemput dan kau, Edward! kau wajib bawa teman wanita kau bersama." Arah Andrian. Andrian sememangnya gemar memberi arahan kepada orang lain. Aneh! Bagaimana dia boleh kembali ke sini? Bukankah dia tidak dibenarkan pulang sebab perjanjian dia dengan abangnya?
"Kenapa kau kembali ke sini? Bukankah kau berjanji dengan abang kau yang kau tidak akan kembali ke New York?" Tanyaku kepada Andrian.
"Kamu semua tahu yang aku dan Andy mempunyai perselisihan faham. Aku kembali ke sini pun kerana Andy. Andy bergaduh dengan bapa aku dan dia memilih untuk tidak mewarisi perniagaan keluarga kami demi teman wanitanya. Aku terpaksa kembali ke sini kerana bapa aku mahu aku menjadi pewaris." Jawab Andrian.
Andrian dan abangnya, iaitu Andy bukanlah adik-beradik kandung. Andy ialah anak angkat keluarga George. Perkara ini sepatutnya dirahsiakan tetapi Andy menemuinya. Andy merasakan yang dirinya terancam. Disebabkan itu, dia bermusuh dengan Andrian. Demi memastikan dia mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa angkat, dia menyingkirkan Andrian dengan menyatakan bahawa dia akan menerima Andrian jika Andrian pergi ke luar negara. Andrian tahu yang Andy mahu mengingkirkannya tetapi dia menerima cadangan itu kerana dia tidak mahu bermusuh dengan Andy. Aku gembira kerana Andrian sudah kembali ke New York akhirnya.
Selepas menemui Andrian dan Rival, aku sengaja ke butik pakaian. Aku memilih gaun yang bersesuaian untuk Luna. Aku tahu Luna mempunyai banyak gaun yang berjenama dan elegant tetapi aku lebih suka jika Luna memakai gaun dari pemberian aku. Luna mempunyai kulit yang cerah dan lembut. Warna peach amat sesuai dengannya. Selepas memilih gaun untuk Luna, aku memilih sepasang kasut tumit tinggi yang juga mempunyai warna sama dengan gaun. Ketika aku memilih kasut, aku ternampak sebuah beg tangan kecil yang bersesuaian dengan gaun dan kasut buat Luna. Aku biasanya tidak akan membeli-belah untuk wanita tetapi entah kenapa hati aku merasakan yang aku perlu membuat semua ini untuk Luna.
Semasa aku sedang berkeliaran di sekitar pusat membeli-belah, aku melihat sebuah kedai perhiasan Pandora. Aku melangkah masuk ke dalam kedai itu dan melihat perhiasan yang sesuai untuk Luna. Disebabkan Luna mempunyai warna kulit cerah, aku merasakan set perhiasan berlian putih sesuai dengan nya. Aku memilih set perhiasan White Diamond Moon. Nama Luna bererti bulan. Jadi, dia sesuai dengan perhiasan ini. "Saya mahu set perhiasan ini." Kataku kepada jurujual. Jurujual mengangguk dan membungkuskan perhiasan itu untuk ku. Sekarang semuanya sudah lengkap. Esok, aku harus pergi menemui Luna dan menyerahkan semua ini kepadanya.
Pada malam itu, aku sengaja berbalas mesej dengan Luna sambil berbaring di atas katil. Aku tahu yang Luna masih belum tidur lagi kerana dia selalu akan menghabiskan masanya dengan buku.
Edward: Hi, what are you doing right now?
Luna: Study!
Edward: Esok pagi aku ingin menemui kau. Boleh?
Luna: Setiap hari Sabtu di antara jam 8 pagi hingga 10 pagi, aku harus kembali ke rumah keluarga Morgan. Kalau petang, mungkin boleh!
Edward: Perlukah aku hantar?
Luna: Tidak. Aku akan ke sana sendiri.
Edward: Kau tahu memandu?
Luna: Sudah tentu.
Edward: Take care. Jam 5 petang, aku ke rumah kau.
Luna: Okay!
Edward: Good Night!
Luna: Good Night.
Selepas bermesej dengan Luna, aku menjeling melihat barang yang aku beli buat Luna. Aku menyoal diri ku, kenapa aku melakukan semua ini untuk Luna? Aku tidak pernah mengorbankan apa-apa untuk wanita tetapi dengan Luna, aku merasakan yang aku perlu melakukannya. Dia tiada apa-apa istimewa di mata ku tetapi kekadang, aku merasakan yang aku mampu memahaminya. Pandangannya, aku boleh merasakan yang kami berdua serupa. Namun, aku masih belum mampu menilainya. Aku baru mengenalinya. Masa masih panjang untuk aku mengenali diri Luna.
Pada keesokkan petang, aku datang ke penthouse Luna dengan membawa barang-barang yang aku beli semalam. Aku melihat Luna membuka pintu rumahnya dengan berbaju blouse pink dan pencil skirt. Rambutnya diikat seolah-olah seperti orang berkerjaya. "Kenapa?" Soalannya mengejutkan aku.
Aku menghulurkan barang tersebut. "Aku mahu membawa kau menemui sahabat aku. Aku sudah menyediakan kelengkapan untuk kau. Kau hanya perlu bersiap." Kataku kepadanya sambil berjalan menuju ke ruang tamu.
"Kau tidak perlu bersusah payah membeli pakaian untuk aku. Aku mempunyai banyak gaun." Balasnya.
"Aku tahu tetapi aku lebih suka melihat kau pakai pakaian yang aku pilih."Kata ku lalu duduk di sofa. Luna tidak berkata apa-apa lalu melangkah kaki ke tingkat atas di mana biliknya berada.
Sekitar 20 minit, Luna keluar dari biliknya dengan memakai gaun, kasut dan barang hiasan yang aku beli serta bersolek. Untuk kali pertama, aku melihat Luna secantik ini. Aku tidak pernah melihat Luna begitu cantik. Aku terpegun. "Bagaimana?" Luna bertanya akan pendapat ku.
Aku tersenyum kepada Luna. "Kau sangat cantik." Respon ku.
YOU ARE READING
Lies To Love (Malay Version)
Teen FictionAku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut diper...