Chapter 2: Permulaan

59 1 0
                                    

Luna POV

Semenjak itu, aku tidak lagi memandang Edward. Namun, aku kembali menegur Edward apabila Alicia berasa takut akan hubungannya dengan Raven terpisah akibat Edward. Memandangkan aku menjadi sahabat Alicia, jadi aku tahu bagaimana Alicia menderita selepas hubungan cintanya tidak terjadi. Selalunya aku tidak peduli dengan semua ini tetapi jujur aku katakan yang aku turut berasa sakit apabila melihat sahabat aku dilukai sedemikian.

Aku benci melihat Alicia kecewa. Disebabkan itu, aku memutuskan untuk melakukan sesuatu agar Edward berhenti mengganggu Alicia. Edward seorang yang degil dan sombong. Nasihat tidak akan pernah melunturkan hatinya. Selagi kita menasihati, selagi itu dia melakukan hal yang salah. Sememangnya aku tidak nampak jalan lain melainkan jalan mengorbankan hati aku.

Jujur dari hati aku yang aku berasa agak sakit untuk meneruskan rancangan ini kerana aku mencintai Nathan. Ya! Walaupun aku seorang pendiam dan ulat buku tetapi aku juga manusia. Aku mempunyai hati dan perasaan. Dalam diam-diam, aku menyukai Nathan tetapi Nathan tidak pernah tahu yang aku menyukainya. Orang kata, persahabatan lagi penting daripada cinta. Memandang Nathan tidak tahu apa-apa tentang perasaan aku, jadi aku memilih untuk mengorbankan cinta aku kepadanya dan menjadi sahabat kepada Nathan sehingga akhir hayat.

Pada pagi Isnin, setelah dua hari aku berfikir, aku memutuskan untuk melakukan rancangan ini. Aku tahu Edward selalu melepak di dalam stor di mana dia pernah mengheretku pada tempoh hari. Aku tahu Edward amat benci kelas Bahasa Inggeris dan dia tidak akan masuk untuk kelas waktu pertama kerana kelas waktu pertama pada hari Isnin merupakan kelas Bahasa Inggeris. Aku memutuskan untuk tidak menghadiri kelas itu kerana aku ingin menjalankan rancangan aku terhadap Edward.

Dalam jam 8.30 pagi, aku masuk ke dalam stor itu. Aku melihat Edward duduk di atas meja sambil bermain "Mobile legend" di telefonnya. "Lihat siapa datang. Miss Perfect in this school. Aneh! Selalunya kau akan berada di dalam kelas yang bosan itu." Ayat Edward bercampur penyindiran.

"Aku ingin memberitahu kau sesuatu. Aku rasa ini penting untuk aku." Kataku dengan nada dingin.

"Penuh persoalan sungguh! Apa yang penting sangat? Katakan!" Sindir Edward. Aku menarik nafas sedalam yang boleh. Mataku memandang ke tepi. Jujur aku katakan yang aku juga berasa gementar untuk memberitahu ini tetapi jika aku tidak melakukan hal ini, dia akan mengganggu Alicia. Kemudian, Edward berhenti bermain dengan Iphone 7 miliknya. "Jika tiada apa yang kau hendak katakan, aku pergi sekarang." Kata Edward sambil memasukkan telefon bimbitnya dan berjalan keluar.

Namun dengan keberanian yang aku ada, aku menarik tangan Edward. Dahi ku berkerut seribu. Aku memejam mata ku dengan rapat. Aku tahu Edward memandang aku. "Aku tahu yang aku ini ulat buku dan aku tidak setanding dengan wanita yang mendampingi kau. Tetapi setelah aku berfikir aku merasakan yang aku mesti memberitahu kau tentang ini. Zaman remaja aku sudah hampir tamat tetapi jika aku terus menyembunyikan hal ini, aku merasakan yang aku akan menyesal." Aku membuka mata ku perlahan-lahan. Tangan ku menggenggam tangan Edward dengan erat sambil air mata aku mengalir. Begitu berat untuk aku melafazkan kata-kata ini terhadap seseorang yang aku tiada perasaan istimewa. Tetapi demi sahabat, aku fikir aku harus mengorbankannya. "Edward, aku tahu yang aku mungkin perempuan tidak bermaruah kerana menyoal ini kepada kau tetapi aku ingin kau menjadi teman lelaki aku." Aku terus menggenggam tangan Edward tetapi mata ku langsung tidak berani memandang Edward.

Keadaan menjadi diam seketika. Mata ku melihat Edward apabila tangannya memegang tangan ku dan menolak aku ke dinding dengan ganas. "Don't give me a shit, Luna!" Marah Edward. Aku langsung tidak berani memandang Edward. Nathan benar! Edward amat menakutkan apabila marah. "Dua minggu lepas kau kata kau membenci aku dan hari ini kau kata kau mahu aku menjadi teman lelaki kau. Apa yang kau cuba rancangkan?" Tanya Edward dengan nada dingin. Tangan aku bergetar. "Say something!" Tengking Edward sambil menumbuk dinding.

"Aku terpaksa kata yang aku benci kau kerana aku mahu menyembunyikan perasaan aku terhadap kau." Balasku. Aku tidak tahu bagaimana ayat itu boleh terkeluar dari mulut ku tetapi disebabkan ayat itu jugalah, aku terselamat dari Edward dan mempunyai keberanian untuk menatap mata Edward. Wajah Edward masih bengis. Aku tidak tahu bagaimana hendak menenangkannya. Dengan tangan yang gementar, aku menyetuh dada Edward. "Edward, cuba bertenang. Selepas kejadian pada dua minggu lalu, aku cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri aku daripada kau tetapi mata aku tetap tidak berhenti untuk melihat kau. Aku sedar yang aku jatuh cinta kepada kau tetapi aku tidak berani untuk menghampiri kau kerana kau dan aku bagai langit dan bumi. Kau menjadi tumpuan ramai manakala aku pula hanya pelajar 'nerd'. Tambahan pula, keluarga kita bermusuhan. Itu membuatkan aku tidak berani untuk mendekati kau langsung." Aku memang penipu besar! Aku terpaksa merendahkan diri aku dengan penipuan ini. Bibir Edward tersenyum besar selepas mendengar penjelasan aku.

"Nampaknya dugaan aku benar." Kata Edward dengan angkuh sekali. Edward memang tidak pernah berubah. Tetap angkuh dan perasan!

"Maafkan aku." Tiada sebab untuk aku meminta maaf tetapi untuk menampakkan semuanya benar di mata Edward, aku membiarkan maruah aku dipijak. "Jadi, bolehkah kau menjadi teman lelaki aku?" Tanyaku sekali lagi.

Edward semakin ketawa besar melihat aku merayu kepadanya. "Sebelum aku memberi jawapan kepada kau. Aku ingin tahu kenapa kau begitu ingin aku menjadi teman lelaki kau. Setahu aku, kau tiada masa untuk bersuka-ria."

Aku menggigit bibir bawah ku. Lidah ku keluh seketika memikirkan jawapan. Come on, Luna! Beri Edward jawapan. Edward terus merenung aku menanti jawapan. "Kerana aku merasakan yang ini tahun terakhir aku di sekolah tinggi. Aku ingin mempunyai pengalaman dan aku juga ingin merasakan bagaimana mempunyai kekasih di sekolah tinggi. Walaupun aku tahu yang cinta aku mungkin tidak terbalas tetapi aku ingin sekali merasakan pengalaman menjadi teman wanita kepada seseorang yang aku cinta." Edward memandang aku dengan senyuman di bibir. Aku tahu yang dia menyindir aku.

"Kau tahu yang aku ini ialah lelaki mempunyai pelbagai kerenah, kan?"

"Ya. Disebabkan aku tahu, aku berjanji yang aku tidak akan meminta kau memenuhi semua keinginan kau semasa kita menjadi kekasih. Aku juga tidak akan pernah menyoal alasan kau keluar dengan wanita lain." Jawab ku. Edward kemudiannya mencium pipiku.

"Aku akan memberi jawapan aku pada waktu rehat nanti." Katanya sambil mengenyit matanya sebelah lalu meninggalkan aku di stor tersebut. Aku melihat Edward berlalu pergi sehingga bayangnya hilang. Di dalam hati aku, aku hanya mampu berdoa agar rancangan aku berjaya. Jika ini tidak berjaya, aku akan mencari cara lain untuk menghentikan Edward. 

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now