Edward POV
Aku tersedar apabila aku merasakan yang warna alam ini berubah. Aku melihat jam tangan aku berjenama Tissot untuk mengetahui pukul berapakah sekarang. Apabila aku melihat jam tangan aku, jarum jam jelas menunjukkan pukul enam petang. Aku terus bangun dan melihat di sekeliling aku. Aku nampak sekeping nota di atas meja. Aku mencapai nota itu dan membacanya.
Edward, aku datang selepas waktu persekolahan. Aku melihat kau sedang tidur. Aku tidak sampai hati untuk kejutkan kau. Jadi, aku membiarkan kau tidur di sini. Jangan merisaukan aku. Aku pulang dengan Nathan. Take care yourself! –Luna-
Selepas aku membaca nota itu, tangan ku automatik meroyok nota tersebut. Perasaan marah tiba-tiba rasa di dalam hati. Aku mencapai telefon aku dan mencari nombor telefon Luna tetapi tidak ditemui. Aku terlupa yang aku dan Luna tidak pernah rapat. Mustahil nombornya dalam simpanan aku. Edward, you're amazing!
Jari ku kemudiannya menaip nama pengasuh aku, Boey. Aku menelefon Boey. Boey seperti pegawai peribadi aku. "Boey, tolong cari nombor telefon dan alamat Luna Alana Morgan. Ingat! Nama keluarganya Morgan!" aku bersuara tegas terhadap Boey.
Selepas aku menelefon Boey, tangan ku menggenggam erat Iphone 7. Aku benar-benar tidak faham dengan Luna. Kenapa dia masih pergi bersama Nathan walaupun aku sudah menjadi kekasihnya? Gadis ini memang luar biasa. Selalunya semua gadis yang dekat dengan aku akan sanggup berkorban apa sahaja demi aku tetapi Luna, dia langsung tidak berkorban demi aku. Perempuan lain sanggup tunggu aku sehingga aku terjaga dari tidur tetapi Luna pula sanggup meninggalkan aku malah dia langsung tidak kejutkan aku. Kau benar-benar buat aku gila, Luna! Protes hati sambil menumbuk tilam.
Pada keesokkan harinya, aku datang ke rumah Luna. Menurut Boey, Luna bukan tinggal di rumah besar keluarga Morgan tetapi dia tinggal di Penthouse bersama seorang pengasuhnya, Lynn. Penthouse yang Luna tinggal bukanlah Penthouse biasa tetapi Penthouse yang menjadi idaman ramai dan juga antara penthouse termahal di New York. Aku pernah mahu membeli Penthouse itu tetapi tidak berjaya kerana Penthouse itu sudah terbeli. Rupanya, Lunalah pemiliknya. Dia memenangi penthouse idaman aku. Namun, itu langsung tidak menjadi tanda tanya buat ku kerana statusnya dan status aku sama. Sudah tentulah dia mampu memiliki penthouse tersebut.
Lynn membuka pintu apabila mendengar loceng rumah berbunyi. Tanpa rasa hormat, aku melangkah masuk ke dalam penthouse Luna. Hiasan di dalam penthouse Luna amat cantik. Aku melihat gambar Luna tergantung di dinding. Wajahnya sungguh cantik sekali. Aku melihat beberapa gambar dalam penthousenya. Kebanyakan gambar yang digantung merupakan gambar anugerah piano. Aku lupa! Luna sememang seorang pemain piano.
"Siapa kamu?" Tanya Lynn dengan nada tidak menenangkan.
"Aku teman lelaki Luna. Kenapa?" Jawabku dengan angkuh.
"Jangan tipu. Luna tidak pernah mempunyai kekasih. Jika dia mempunyai kekasih, sudah tentu Tuan Nathan." Aku berasa tercabar apabila Lynn berkata begitu. Dari percakapan Lynn, aku boleh menduga yang Nathan pernah ke sini. Kemarahan terus dirasai. Aku ingin membalas percakapan terhadap Lynn tetapi segalanya terhenti apabila aku melihat Luna turun ke bawah sambil menaip sesuatu di telefonnya.
"Lynn, malam ini saya nak kamu sediakan Baked potato with mozella cheese dan...." Percakapan Luna terhenti sebaik sahaja dia ternampak aku. "Edward?" Nadanya agak terkejut melihat aku. Perempuan ini biar betul. "Apa kamu buat di sini?"
Soalnya. Oh, tidak! Semua gadis akan gembira apabila melihat teman lelaki mereka datang menjemput mereka di rumah tetapi Luna langsung tidak memberi reaksi sebegitu. Adakah dia cuba menguji kesabaran aku? "Kenapa kau terkejut? Sepatutnya kau gembira apabila melihat teman lelaki kau datang menjemput kau." Kataku dengan nada selamba.

YOU ARE READING
Lies To Love (Malay Version)
Teen FictionAku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut diper...