Chapter 13: Ketenangan yang dicari

25 0 0
                                    

Edward POV

Selepas semua yang berlaku semalam, akhirnya aku menemui hari yang baru.

Kepala aku masih berasa sakit akibat kemalangan itu. Walaupun kesakitan di kepala masih dirasai, aku berusaha untuk bangun dari katil yang empuk. Aku duduk di atas katil untuk beberapa minit. Tetiba perut ku berbunyi. Aku lapar. Aku turun dari katil dan berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

Ketika di dalam bilik mandi, aku berdiri di hadapan cermin untuk seketika. Kemudian, aku menggosok gigi dan membasuh muka ku. Selepas selesai semua itu, aku melangkah kaki masuk ke 'shower' untuk membersihkan seluruh tubuh ku. Kira-kira dalam lima minit, aku keluar dari bilik mandi dan memakai baju yang bersih dari almari ku.

Sebelum aku keluar dari bilik tidur ku, aku melihat jam di dinding sudah pun melepasi jam 12 tengahari. Mungkin aku terlajak tidur hari ini. Aku keluar dari bilik dan turun ke bawah. Disebabkan perut terasa lapar, aku terus berjalan menuju ke dapur. Langkah ku terhenti apabila aku melihat Luna sedang berbual dengan Boey. Hati ku menjadi marah apabila melihat Luna berbual dengan Boey dalam pemakaian yang tidak sempurna, iaitu baju kemeja ku dan juga seluar pendek. Seksi!

Aku cuba tenangkan diri ku dahulu. "Jangan kata kau jenis 'morning person'." Kata ku sambil berjalan masuk ke dapur. Perhatian Luna kembali kepada ku.

"Hey, Sleeping Head! Sudah tengahari. Lebih baik kita makan tengahari bersama." Luna mengajak aku makan bersama dengan senyuman.

Aku duduk di sebelahnya. "Menu apa hari ni?" Soalku.

"Hari ni Boey masak Beef Manhattan dan Potato Baked." Jawab Luna.

"Hari saya masak makanan yang Cik Luna suka, Beef Manhattan." Tambah Boey. Sepanjang aku bersama Luna, baru aku sedar yang Luna sememangnya suka makan daging.

"Bagaimana kau rasa hari ini?" Soal Luna. Gadis ini selalu sahaja mengambil berat tentang ku sehingga dia buat aku rasa bersalah.

"Okay. Bagaimana tidur kau semalam?" aku tidak ingin dia soal tentang ku. Jadi, aku mengalih topik.

"Okay. Aku rasa aku tidur nyenyak." Balas Luna

"Aku rasa kau memang tidur nyenyak sebab aku boleh dengar kau berdengkur." Usik ku.

"Tipu!" Luna melenting.

"Kenapa kau pakai pakaian begitu? New fashion?" Soalku sambil mata melihat pakaian Luna.

"Kenapa? Kau tak pernah tengok perempuan pakai baju kemeja? Bukankah kau tidur dengan ramai wanita? Kenapa kau nak kisah pula dengan pakaian aku begini?" Jawapan Luna benar-benar menyusuk hati aku. Tentang hal itu, dia benar tetapi diri dia tidak sama dengan wanita lain.

Aku ingin membalas tetapi makanan tengahari sudah siap. Luna pula begitu 'excited' apabila Boey menyediakan makanan di hadapan dia. aku tahu, jika Luna sudah menemui makanan, dia tidak akan memberi tumpuan jika aku bercakap. Aku terdiam dahulu untuk menikmati makanan ku. Tambahan, aku pun sedang lapar.

Selepas makan, aku sambung perbualan ku. "Kenapa kau masih di sini?" tanya ku kepada Luna.

"Tolonglah, Edward! Kau pun tahu alasan aku di sini. Aku ingin pasti sama ada kau okay atau tak." Luna memberontak

"....seperti yang kau lihat. Aku sudah okay dan sihat" Aku memaklumkan kepadanya dengan yakin sekali.

"Yeah. Kau benar, Mr. Attitude Problem" Luna membalas dengan nada perlahan.

Aku pura-pura tidak mendengari Luna. "Kau bercakap sesuatu?"

"Tiada apa-apa. Aku harap kau okay."

"Aku kata aku okay, kan?" Aku memberitahu dia sekali lagi supaya dia sedar apa yang dia cakap. "Ibu bapa kau sudah tentu sedang mencari kau. Aku tidak mahu mendapat masalah jika nanti mereka bertemu kau dan aku begini. Sudah tentu mereka akan salah faham." Aku sengaja membuat hati Luna gundah-gulana.

"Kau nak tahu sesuatu? Aku rasa lebih baik aku pergi sekarang sebab aku tahu ada seseorang itu cuba mengusir aku." Balas Luna lalu berlari ke atas tanpa melihat wajah ku.

"Cik Luna, pakaian Cik Luna sudah di atas." Jerit Boey. Aku duduk terdiam di meja makan.

Boey memandang aku sambil menggelengkan kepalanya. "Kenapa kau perlu buat begitu?" Soal Boey.

"Ini untuk kebaikan dia juga. Dia perlu rehat yang cukup." Balasku kepada Boey. Aku masih di dapur ketika aku mendengar Luna keluar meninggalkan rumah ku. Namun, aku pura-pura tidak dengar dan membiarkan dia pergi. Aku memang bukan lelaki budiman.

Tidak berapa lama Luna pergi, Andrian datang ke rumah ku. "Hello, buddy!" Tegur si Andrian. Aku hanya mengangguk. "Apa yang tak kena dengan kau? Ini pasti masalah dengan gadis Morgan. Edward, kau fikir aku tak tahu apa yang kau buat? Semalam gadis Morgan itu tidur di sini."

"Andrian, dia lain. Aku tidak akan sentuh dia. sudahlah. Jom keluar. Aku perlu udara segar untuk bernafas." Balasku. Andrian tersenyum dan kami berdua keluar bersama.

Namun, hati aku menjadi panas dan memberontak sebaik sahaja keluar beberapa langkah dari rumah ku. Aku tidak menduga yang aku akan melihat Luna bersama Nathan. Mereka berdua berpegangan tangan. Hati aku menjadi semakin panas dan perasaan aku bertukar menjadi marah. Tetapi aku tidak boleh mendekati mereka kerana aku yang mengusir Luna. Adakah Luna cuba membalas dendam dengan keluar bersama Nathan demi membuat aku marah?

"Bunga di depan mata tidak dijaga. Akhirnya dipetik si kumbang jantan." Andrian sengaja ingin menyakitkan hati aku.

"Diamlah. Lebih kita pergi sekarang sebelum aku marah." Kataku lalu melintasi jalan bersama Andrian.

Luna POV

Edward tak guna! Geram sungguh aku. Tidak pernahkah dia fikir perasaan aku? Aku begitu risau tentang dia dan senang-senang dia mengusir aku. Kalaulah aku ada kekuatan, aku akan belasah dia sampai dia jadi pasir. "Wah, nampaknya ada orang sedang marah." Nada Nathan kedengaran. Hati yang panas perlahan-lahan menjadi sejuk.

"Nathan, apa kau buat di sini?" Soalku.

"Macam biasa. Memenuhi masa dengan hobi aku." Jawab Nathan sambil memegang kamera. Aku tersenyum kepadanya.

"Nathan, kau pandu kereta hari ini?" Soalku.

"Kenapa?"

"Aku perlu mengambil kereta ku di hospital." Kataku dengan sayu.

"Luna, aku tidak faham dengan kau. Semenjak kau bersama Edward, diri kau berubah. Dulu kau tidak suka memandu kereta. Kau lebih gemar menggunakan teksi atau pengangkutan awam. Tetapi, sekarang lain. Disebabkan Edward dirawat di hospital, kau sanggup memandu kenderaan kau." Rungut Nathan.

"Sudahlah. Jangan merungut lagi. Jom kita pergi sekarang." Kataku lalu memeluk lengan Nathan. Nathan ketawa kecil dan kami berdua berjalan bersama-sama. 

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now