Luna POV
"Mula bercakap sekarang." Arah Edward sebaik sahaja kami masuk ke dalam sebuah kelas kosong. Tempat yang sama aku melafazkan cinta ku kepadanya. Selepas apa yang berlaku, aku masih tertanya-tanya sama ada kami ini masih bersama atau tidak.
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan percakapan. Aku pun tidak tahu kenapa aku mengikutnya ke sini. Aku merasakan tekanan di antara kami berdua. Aku tidak boleh berbicara.
Disebabkan aku merasakan situasi kami berdua agak kaku, aku terus berjalan lalu duduk di atas meja guru di dalam kelas itu. Edward mengikuti ku dan dia duduk di atas meja pelajar yang bertentangan dengan meja guru.
"So?" Dia memulakan perbicaraan.
"Apa yang kau mahu tahu?" Soalku. Dia menyusap rambut ku sambil matanya merenung ku.
"Kau masih bertanya?" kata dia sambil memberi senyuman sinis. "kenapa kau tidak membalas atau menjawab panggilan aku?" Selepas kejadian itu, aku langsung tidak membalas atau menjawab panggilan Edward. Aku selalu menghabiskan masa ku dengan Nathan.
"Sejak bila kau peduli sangat dengan siapa aku keluar?" aku menyoal soalan itu berdasarkan mesej yang dia hantar kepada ku. Aku merenung matanya seperti orang tidak bersalah. Edward bangun lalu mendekati aku. Dia meletakkan tangannya di kiri dan kanan ku. Aku terperangkap di antara dia. Aku berlagak kuat di luar tetapi takut di dalam.
"Itu sepatutnya menjadi soalan aku." Bibirnya melengkung di dalam senyuman. Aku boleh merasakan yang dia sememangnya marah kepada ku. "Luna! Luna! Luna!" Dia menyebut nama ku banyak kali. "Kau fikir aku tak kisah kalau kau keluar dengan mana-mana lelaki?" Soalnya sambil mengangkat kening.
"Ya." Jawabku dengan penuh keyakinan.
"Salah jawapan. Aku peduli dengan siapa kau keluar semenjak kau menjadi milik ku." Dia melafazkan ayat itu dengan perlahan. Cukup membuat aku memahami. Aku menelan air liur ku. "Setiap lelaki yang kau keluar bersama, cukup membuat aku rasa terhina." Bisiknya. Aku ingin memandang ke arah lain tetapi pandangannya mengunci mata ku. Walaupun dalam dunia ini tidak menyatakan yang aku keluar bersama Nathan itu satu kesalahan tetapi aku tetap berasa bersalah kepada Edward.
"Tetapi kau yang mengusir ku?" Aku berusaha untuk berkata sesuatu. Aku tidak tahu ayat aku ingin mampu memperbaiki keadaan atau tidak.
"Jadi kau pergi bersama dia sebab perkara itu?" Aku tidak mendengar ayat itu seperti satu persoalan. Ayat Edward lebih kepada tuduhan dan hal itu membuat aku ingin muntah di hadapannya.
"Curse you, Anderson!" jeritku. "Kau fikir aku ini perempuan murahan yang mudah untuk pergi kepada lelaki lain selepas teman lelaki aku usir. Jangan samakan aku dengan perempuan yang kau pernah tidur bersama.
"Habis tu, kau cuba katakan yang kau ternampak dia sebaik sahaja kau tinggal rumah aku? What a conincidence." Sinis Edward.
"Wah, eavesdrop much? Perlukah aku kata yang Nathan tahu segalanya? Selepas aku tidak pulang rumah beberapa hari, Lynn telefon Nathan untuk mencari aku dan Nathan pergi ke rumah kau kerana dia rasa aku mungkin di sana." Aku mula meninggikan suara ku kepada Edward. Ketakutan hilang bertukar menjadi kemarahan.
"Tetapi kenapa harus dia? kenapa harus dia yang kau keluar bersama? Kenapa dia yang Lynn percaya? Habis tu, aku ini apa?" Seribu soalan Edward menyoalku.
"Nathan itu kawan aku. Dia peduli tentang aku. Apa salahnya?" aku melawan Edward.
"Aku tahu dia sahabat kau tetapi jarak kamu berdua bukan sebagai seorang sahabat." Edward terus melawan aku.
YOU ARE READING
Lies To Love (Malay Version)
Teen FictionAku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut diper...