Chapter 4: Asas pasangan kekasih

41 1 0
                                    

Luna POV

Edward membawa aku ke bilik rawatan. Di dalam bilik rawatan itu, hanya kami berdua sahaja di dalam. Edward mengelap air mata aku. Wajahnya memberi reaksi simpati kepada aku. Aku tidak pernah melihat sikap Edward sebegini terhadap perempuan. Selama ini, aku hanya melihat sikapnya yang angkuh, berlagak, pentingkan diri dan kurang ajar. Aku mengeser semua air mata aku di hadapan Edward. "Biar aku merawat luka kau." Kataku kepada Edward lalu melangkah menuju ke tempat simpanan ubat-ubatan tetapi Edward memegang tangan ku untuk menghentikan langkahku.

"Bagaimana dengan kau? Kau benar-benar okay?" Aku berasa aneh apabila Edward menyoal tentang diri ku. Biar betul dia ni! Setahu aku, dia hanya peduli tentang dirinya sahaja.

"Aku okay. Aku hanya kecewa apabila sahabat aku menyakiti orang yang aku cintai aku." Hari ini, aku sedar akan satu hal tentang diri aku, iaitu tiada satu pun kata-kata yang keluar dari mulut ku benar. Semua yang aku katakan hari ini hanyalah satu penipuan. Aku melepaskan genggaman Edward dan berjalan menuju ke tempat simpanan ubat-ubatan.

Aku mengambil ais kiub dan gauze di tempat simpanan. Edward duduk di atas katil sambil memerhatikan tingkah laku. Aku kembali kepada Edward sejurus aku selesai mencapai barang-barang untuk merawat lukanya. Aku meletakkan bahan rawatan di atas meja. Tangan ku mencapai gauze dan mengelap darah di bibir Edward. Kemudian, aku membalut ais kiub dengan gauze yang bersih untuk meletakkannya di pipi Edward yang bengkak. "Kau taklah teruk sangat menjadi teman wanita aku. Aku tidak sangka yang kau ini seorang prihatin." Kata Edward kepada aku.

Nampaknya Edward kembali menjadi dirinya yang asal. "Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang teman wanita mengambil peduli tentang teman lelakinya." Balasku sambil meletakkan ais di pipi Edward.

"Bagaimana rasanya apabila menjadi teman wanita kepada lelaki popular di sekolah ini?" Kelihatannya, keangkuhan Edward kembali. Aku sangat benci dengan sikapnya. Namun, jika aku mahu perancangan aku berjaya, aku harus mengalah.

"Gembira. Terima kasih kerana menerima aku sebagai teman wanita kau." Balasku dengan nada lemah-lembut.

Ketika aku sedang merawat Edward, Alicia masuk ke dalam bilik rawatan dengan membawa buku dan juga komputer riba ku yang aku tinggalkan di kantin sekolah sebentar tadi. "Aku hanya mahu mengantar barang kau. Urusan kita masih belum selesai, Luna!" Kata Alicia sejurus sahaja dia meletak barang-barang aku di dalam bilik rawatan. Alicia menutup pintu bilik rawatan dengan kuat sekali menunjukkan dia protes terhadap aku.

"Nampaknya, kau ada masalah dengan sahabat-sahabat kau." Ulas Edward. Aku hanya diam sahaja dan terus merawat pipi Edward. Mata ku menjeling jam tangan seketika. Aku melihat jam tangan aku menunjukkan yang waktu rehat hampir tamat.

"Aku harus kembali ke kelas." Aku seperti meminta izin kepada Edward untuk kembali ke kelas.

"Suit yourself. Aku tahu yang pelajaran kau lebih penting dari segalanya. Aku mahu tidur seketika. Kejutkan aku apabila tamat waktu persekolahan." Nada Edward seperti memberi arahan kepada aku. Aku amat benci apabila aku diarah-arah oleh orang lain. Namun, dengan Edward, aku harus banyak bersabar. Aku mengangguk di hadapan Edward kemudian mengambil barang-barang ku dan berjalan keluar dari bilik rawatan. Sebelum aku menutup pintu, aku melihat Edward terbaring di atas katil sambil tangannya di atas dahi seperti orang memikirkan sesuatu.


Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now