Chapter 6: Nasihat seorang sahabat

43 2 0
                                    

Luna POV

Sebaik sahaja Racheal masuk ke dalam kereta, aku sudah tahu yang Edward merancang untuk membuat aku cemburu. Malangnya, rancangan Edward tidak akan pernah menjadi. Aku tidak akan pernah berasa cemburu terhadapnya kerana hati aku hanya menyukai Nathan. Apabila menyebut nama Nathan, di fikiran ku hanya terbayang wajah Nathan. Aku berasa parit apabila setiap kali aku harus menyebut yang aku mencintai Edward dan meminta dia menerima kenyataan itu. Tetapi kerana aku tidak mahu melihat Alicia gagal dalam percintaannya lagi, aku harus meneruskan rancangan ini. Mungkin semua orang akan kata yang aku ini bodoh jika mereka tahu rancangan aku tetapi sebagai seorang sahabat, aku menyedari yang Alicia amat menderita setiap kali percintaannya gagal kerana Edward. Harap, hubungannya dengan Raven akan kekal.

Walaupun aku sedang membaca nota di komputer riba, itu tidak bermaksud yang aku tidak mendengari perbualan Edward dan Racheal. Aku tahu perbualan dan rancangan mereka pada malam ini. Aku juga tahu cara Edward mahu membuat aku marah. Disebabkan itu, apabila dia menyoal aku sama ada aku membenarkannya atau tidak membenarkannya pergi ke parti Racheal, aku pura-pura tidak mendengar. Dari belakang, aku boleh melihat reaksi Edward yang geram. Nampaknya, untuk permainan ini, aku yang menang. Edward, jangan harap kau boleh buat aku cemburu kerana semua yang kau dan aku alami hanyalah pura-puraan.

Apabila kereta Edward parkir di tempat letak kereta, aku mengemas barang-barang ku dan mengucap terima kasih kepada Edward. Aku sengaja membiarkannya bersama Racheal di dalam kereta. Aku membawa barang-barang ku ke kelas. Pada masa itu, aku mendengar ada mesej masuk ke dalam telefon aku. Aku melihat mesej itu dari Nathan. Nathan memohon kepada ku agar menjumpainya di belakang kafe pada waktu rehat. Aku membalas 'Ya'. Tidak semua kelas, aku dan Nathan sama. Major untuk mata pelajaran yang kami ambil mungkin sama tetapi minor kami berlainan. Apabila sebut tentang major, Nathan, Alicia, Edward dan aku akan berada dalam kelas yang sama tetapi minor kami berbeza. Nathan memilih untuk mengambil aliran komunikasi sebagai minor. Alicia pula memilih untuk mengambil aliran seni rekaan fesyen. Edward.... Aku tidak begitu pasti minor yang dia ambil tetapi rasanya Edward memilih aliran sains tulen sebagai minor. Minor aku pula ialah seni muzik piano. Jadi, hanya kelas untuk aliran perniagaan (major) sahaja yang kami berempat sama kelas.

Selepas aku membalas mesej Nathan, aku terus ke bangunan untuk aliran muzik. Pagi ini, aliran seni muzik mempelajari tentang sejarah Beethoven. Aku tidak begitu minat dalam mempelajari sejarah tetapi melalui sejarah jugalah, aku boleh tahu dari mana sesebuah muzik itu datang. Semasa dalam kelas, aku fokus sepenuhnya. Yeah! Ini gaya aku. Luna Alana Morgan, pelajar terbilang sekolah.

Apabila waktu rehat tiba, aku terus pergi ke tempat yang dijanjikan bersama Nathan. Di saat aku tiba, aku melihat Nathan sudah pun duduk di atas bangku menunggu kehadiran aku. "Hai!" Ucapku kepadanya lalu duduk di sebelah Nathan. "Apa yang kau mahu bincangkan?" Soalku seperti seorang teman.

Nathan menarik nafasnya dan menghembus. "Luna, apakah semua ini benar? Aku masih belum dapat mempercayai yang kau mencintai Edward." Kata Nathan dengan nada penuh kerisauan.

"Nathan, tiada apa yang hendak diragui lagi. Aku memang mencintai Edward." Jawabku dengan pasti sekali.

Nathan merenung ku dengan wajah sedih. Kedua-dua belah tangannya memegang tangan ku. "Luna, lihat aku! Soal hati kau. Adakah kau benar-benar mencintai Edward? Aku tidak merasakan yang kau mencintai Edward. Pasti Edward ada melakukan sesuatu kepada kau yang membuat kau tiada pilihan. Beritahu aku apa yang Edward sudah lakukan kepada kau?" Melihat Nathan seperti itu, aku merasakan kesedihan di dalam hati ku.

"Aku pasti dengan suara hati aku." Balasku sambil melihat Nathan. Apabila mata kami bertentangan, aku tidak berani berbohong kepada Nathan. Disebabkan itu, aku memberi jawapan sedemikian.

"Luna, Edward bukan lelaki yang sesuai untuk kau. Dia 'playboy' dan gemar mematahkan hati wanita. Aku tidak mahu kau terluka. Aku tidak mahu kau menangis. Aku tak kuat melihat kau menderita." Genggaman Nathan semakin kuat.

Aku mengalih pandangan ku. "Aku yakin dengan keputusan aku." Jawabku lalu kembali melihat Nathan. "Nathan, Edward tidak seteruk yang kau sangka. Dia seorang yang ambil berat dan prihatin. Walaupun dia agak ganas tetapi dia seorang yang baik. Dia peduli tentang aku. Dia menjemput aku ke sekolah. Dia menenangkan aku apabila aku menangis. Aku sedar yang aku mencintai dia apabila kami bercakap secara peribadi." Jelasku kepada Nathan.

"Kau menemuinya sebelum ini?" Nada Nathan berubah menjadi terkejut.

Namun belum sempat aku membalas soalan Nathan, aku mendengar satu suara garau memanggil nama aku. "LUNA!" Aku terus melepaskan tangan Nathan dan menoleh memandang ke arah Edward. Aku tahu suara garau itu sebenarnya suara Edward.

"Apa kau buat di sini?" Tanyaku kepada Edward. Wajahnya kelihatan marah.

"Kenapa kau tidak jawab panggilan aku?" Soal Edward kepada aku.

"Panggilan?" Aku kebingunan lalu melihat telefon bimbit ku. Aku melihat ada 30 panggilan tidak dijawab. Biar betul lelaki ini! Dia telefon aku sebanyak 30 kali.

Kemudian mata Edward memandang ke arah Nathan. "Apa kau buat di sini dengan si bullshit ini?" Edward kelihatan marah sekali seperti orang cemburu.

"Kami hanya membincangkan sesuatu." Jawabku. Edward tidak bercakap banyak lalu memegang tangan ku dan membawa aku pergi. Namun, langkah aku dan Edward terhenti apabila Nathan memegang sebelah lagi tangan ku.

Edward memandang Nathan seperti dia mahu membunuh Nathan. Nathan juga memandang Edward seperti mahu membelasahnya. Pandangan mereka berdua cukup untuk menyatakan perang dunia ketiga akan meletus. "Tidakkah kau rasa itu satu sikap yang agak kurang ajar apabila kau mengganggu perbincangan seseorang yang masih belum tamat?" Nathan memulakan percakapan.

"Tidakkah kau rasa yang kau juga kurang ajar apabila kau memegang tangan teman wanita orang?" Balas Edward.

Aku harus menghentikan mereka. Jika tidak, taufan akan melanda di sekolah ini. "Nathan, kita bincang perkara ini dalam Skype. Aku harus pergi sekarang." Kataku kepada Nathan sambil cuba melepaskan tangan ku. Nathan tidak mahu melepaskan tangan ku. Genggamannya semakin kuat. Dalam penggolakkan aku dan Nathan, Edward menumbuk Nathan. Aku terkejut melihat kejadian itu. Kaki ku mahu mendekati Nathan yang terduduk di tanah tetapi Edward menarik tangan aku.

Tarikan Edward sangat kuat sehingga tubuh ku mendekati tubuhnya. Kemudian tangannya automatic memeluk pinggang ku. Tindakan Edward seperti tidak mengizinkan aku melihat Nathan. Dia bertindak seperti aku kepunyaannya. "Jangan berani sentuh Luna. Jika tidak, aku berikan kau lebih daripada tumbukkan ini." Edward memberi amaran tegas kepada Nathan lalu menggenggam tangan aku dan membawa aku pergi. Aku boleh merasakan yang Edward sedang marah. 

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now