Chapter 7: Aku Tak Peduli!

43 3 0
                                    

Luna POV

Dengan kuat, aku melepaskan genggaman Edward. Langkah Edward terhenti dengan keningnya naik sebelah seperti menyoal aku sesuatu. Aku melarikan lirik mata ku. Aku langsung tidak memandang Edward. "Apa kau buat dengan Nathan?" Nada Edward bengis sekali di saat dia menyoal aku.

"Kami berdua hanya membincangkan hal pelajaran. Itu sahaja yang kami berbual." Jawabku sambil memegang penggelangan tangan ku yang berasa pedih akibat digenggam oleh Edward. Aku tahu yang Edward agak ganas. Disebabkan itu, aku tidak menyoal apa-apa walaupun aku berasa sakit. Aku merancang semua ini. Jadi, aku harus berani menanggung semua risiko. Tambahan pula, jawapan aku juga berbau penipuan.

"Kenapa harus di tempat itu? Kenapa tidak di tempat lain?" Edward berkata yang dia tidak menyukai perempuan banyak permintaan dan banyak soalan. Tetapi sekarang dia bersifat sedemikian.

"Aku dan Nathan berkawan terlalu lama. Tempat itu seperti tempat rahsia kami. Tiada apa yang hendak dihairankan." Jelasku dengan tenang. Wajah Edward berubah tenang. Dia memegang tangan ku dan menyusap penggelangan ku yang pedih. Sikapnya berubah menjadi seorang yang penyayang. Kemudian, dia memelukku. Aku mampu mendengar hembusan nafas kelegaannya.

"Selepas ini, jawab setiap panggilan aku dan jangan sesekali bertemu dengan Nathan di tempat seperti itu." Ini memang lawak. Edward seperti memberi amaran dalam nasihat kepada aku.

Aku menolaknya dan mendongak melihat wajah Edward. Edward memberi reaksi aneh kepada aku. Aku tersenyum. "Jangan beritahu aku yang kau cemburu dengan Nathan?" Aku sengaja mengusik Edward.

Edward melepaskan pelukkan itu dan berkata, "Jangan mimpi. Aku tidak akan cemburu dengan si bullshit itu." Aku tidak mampu menahan ketawa. Edward benar-benar 'cute' apabila dia malu seperti itu. "Apa yang kelakar sangat?" Soal Edward kepada aku.

Aku terus ketawa. "You are really cute when you're jealous and shy like that." Kataku sambil ketawa.

"Aku tidak cemburu la." Aku langsung tidak menghiraukan protes Edward dan terus ketawa.

Namun, ketawa aku terhenti apabila aku merasakan kaki ku tidak memijak bumi. Aku tahu yang Edward mengangkat aku ke bahunya. "Apa kau buat? Turunkan aku!" Protes ku. Edward tidak berkata apa-apa. Dia terus berjalan seperti berat badan ku tiada apa. Edward memasukkan aku ke dalam keretanya. "Kita nak ke mana?" Soalku.

"Makan tengahari. Aku sudah memberitahu semua guru yang kau tidak dapat hadir ke kelas seterusnya." Balas Edward sambil menghidupkan enjin kereta lalu memasangkan tali pinggang kalendar kepada ku.

"Kenapa kau melakukan semua itu?" Tanyaku sambil memerhati Edward yang memasang tali pinggang kalendar kepada ku.

"Sebab kau selalu risau tentang kelas kau. Hari ini aku menginginkan masa untuk kita berdua." Jawab Edward lalu memandu keretanya. Jawapan yang diberikan oleh Edward agak aneh buat ku. Biar betul dia mempedulikan tentang diri ku? Atau ini sekadar permainan Edward? Jika ini permainan, aku harus menontonnya sehingga tamat.

Edward membawa aku ke sebuah restoran mewah. Restoran itu pernah menjadi tempat makan malam keluarga aku sebelum papa menjadi pengerusi Morgan Group. Papa merupakan satu-satunya pewaris untuk Morgan Group. Disebabkan itu, papa dilatih oleh datuk untuk mengurus perniagaan keluarga pada usianya sangat muda. Papa melakukan perkara yang sama kepada aku. Walaupun kerja-kerja syarikat masih diurus oleh papa tetapi setiap minggu, aku harus menghadiri kelas khas untuk mentadbir perniagaan. Itulah satu-satunya perkara yang tiada sesiapa pun tahu. Setiap hari Sabtu, pada jam 8 pagi hingga 10 pagi, aku akan ke rumah besar keluarga Morgan untuk mempelajari selok-belok perniagaan.

Lamunan ku terhenti apabila Edward memegang tangan ku dan mengajak aku duduk. Apabila tiba di meja, pelayan memberikan buku menu untuk kami berdua pilih. "Garlic Chicken Grill with black pepper sauce and sparkle juice." Pesan ku.

"Do you want salad?" Soal pelayan.

"No. I dislike salad. Please replace it with baked potato." Balasku lalu menghulurkan buku menu kepada pelayan. Edward memandang aku dengan pandangan aneh. Namun, pandangannya terhenti apabila pelayan menyoalkan tentang pesanannya.

"Lunch Set." Pesan Edward. Pelayan itu menulis menu Edward dan beredar dari meja kami. Edward masih memandang aku. Aku pun memandangnya. Pandangan kami bertentangan. "Aneh! Selalunya perempuan akan pesan salad." Kata Edward.

"Kenapa aneh? Itu makanan harian aku." Jawabku.

Edward ketawa. "Kebanyakan perempuan yang keluar dengan aku, mereka akan pesan salad sebab mereka diet dan takut gemuk. Mereka sanggup kelaparan demi aku." Kata Edward dengan bangga sekali.

"Kenapa aku perlu diet? Aku sudah cukup kurus. Baju aku masih saiz S atau M. seluar aku pun masih saiz 26 atau 27. Kenapa aku harus diet?" Balasku kepada Edward.

Dia tersenyum. "Kau sememangnya gadis luar biasa. Betul Racheal kata yang kau aneh. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana kau memberikan aku pengalaman baru." Aku tidak membalas kata-kata Edward. Aku langsung tidak peduli tentang rungutannya. Tambahan, aku kurang memahami apa yang Edward cuba sampaikan kepada ku. Aku mengabaikannya dan menikmati hidangan aku sebaik sahaja makan tengahari aku sampai. 

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now