Chapter 8: Aku tertarik!

48 2 0
                                    

Edward POV

Aku menghantar Luna pulang ke rumahnya. Tidak sampai satu minggu aku bersamanya tetapi aku sudah menemui sesuatu yang menarik tentang dirinya. Luna seorang gadis yang unik. Dia tidak pernah berpura-pura depan aku. Walaupun dia mahu menjadi teman wanita aku tetapi dia tidak pernah menyembunyikan sikap dia yang sebenarnya. Boleh dikatakan yang dia menjadi diri sebenarnya di hadapan aku.

Namun, ada sesuatu yang aku masih meragui tentang dirinya. Pandangannya terhadap Nathan. Setiap kali dia memandang Nathan, aku boleh merasakan sesuatu. Pandangan itu membuatkan aku berasa marah. Aku merasakan yang aku tidak boleh membiarkan dia mendekati Nathan. Luna merupakan gadis pertama yang membuat aku berasa sedemikian. "Hello, bro!" Sahabat aku, Rival datang menepuk belakang aku ketika aku sedang meminum minuman ku.

"Kau memang suka mengejutkan aku seperti itu." Kataku kepada Rival.

"Kau mengelamun jauh. Apa yang kau fikirkan?" Tanya Rival kepada aku. Aku hanya diam. "Hurmm.... Kau pasti memikirkan Luna?" Tekaan Rival sememangnya benar. Aku sedang memikirkan Luna.

"Luna is your childhood friend, right? Apa yang kau tahu tentang Luna?" Soalku kepada Rival.

"Aku pun tak pasti apa yang aku tahu tentang Luna. Selepas sekolah rendah, aku sudah tidak pernah bercakap dengannya. Tetapi aku boleh merasakan yang sikapnya agak berlainan sedikit. Luna yang aku kenal ialah seorang yang peramah tetapi Luna yang sekarang lebih pendiam. Malah dia juga keluar dari rumah besar keluarga Morgan. Jadi aku tidak tahu sangat tentang kehidupan Luna. Waktu dulu, dia sering menegur aku tetapi sekarang dia hanya buat tak tahu." Jawapan Rival cukup tidak memuaskan aku.

Aku mengharapkan dia mengetahui sesuatu tentang Nathan dan Luna. Namun, apabila aku fikir semula, sepanjang aku berkawan dengan Nathan, Nathan tidak pernah berbual atau bercakap dengan Luna sehinggalah Alicia menjadi kawan Luna. Aku sememangnya tertarik dengan Luna. Jika tidak, aku tidak mencari tahu tentang Luna sehingga ke tahap ini. "Apa yang membuat dia begitu berubah?" Aku memancing Rival dengan soalan sedemikian.

"Menurut pandangan aku, semua perubahan berlaku mungkin kerana dia dilahirkan dalam keluarga Morgan. Semasa kami usia 12 tahun, Luna ada memberitahu aku yang dia akan lebih bersyukur jika dia bukan dilahirkan sebagai Luna Alana Morgan. Tetapi pada masa itu, aku tidak begitu memahami Luna. Jadi aku dengan selamba soal, jika dia tidak mahu dilahirkan sebagai Luna Alana Morgan, habis tu dia mahu dilahirkan sebagai apa? Masa itu, aku tidak pernah terfikir yang soalan aku itu mungkin membebankannya. Jawapan Luna agak aneh. Dia kata, dia mahu menjadi Luna Alana dan bukannya Luna Alana Morgan." Jawapan yang diberi oleh Rival mengingatkan diri aku semasa aku masih kanak-kanak.

Ibu aku meninggal dunia semasa usia aku 10 tahun akibat kemalangan. Bapa aku amat terpukul dengan kematian ibu aku. Semenjak ibu aku meninggal dunia, bapa aku merupakan segalanya buat aku tetapi bapa aku tidak pernah mempunyai masa untuk aku. Semua ini kerana perniagaan keluarga kami yang membebankan. Aku pernah mengharapkan agar aku tidak dilahirkan sebagai Edward Zachary Anderson kerana hidup sebagai Edward Zachary Anderson akan jadi seperti bapa aku. Tanpa aku sangka, Luna dan aku pernah mengharapkan sesuatu yang serupa. "Apabila aku fikir, Luna dan aku mempunyai persamaan." Ulasku.

Rival ketawa kecil. Aku memandangnya dengan penuh kehairanan. "Latar belakang kamu berdua mungkin sama tetapi diri kamu berdua berlainan. Luna mempunyai banyak bakat. Muzik, tarian, berenang, ballet, dan high social. Bukan itu sahaja, dia juga pintar dan pandai. Kau? Hanya tahu main bola sepak." Jawapan Rival benar-benar membuatkan hati aku ditusuk oleh pisau. Pedih sungguh jawapannya. Masih banyak yang belum aku ketahui tentang Luna.

"Hello, my beloved friends!" Ketiba aku merasakan ada seseorang memeluk bahu aku dan Rival. Kami berdua memandangnya. Oh My God, sahabat baik aku sudah kembali ke New York! 

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now