Luna POV
Aku ke majlis itu bersama Edward. Berpegangan tangan begitu erat. Aku menjadi tumpuan ramai jejaka di majlis itu. Sejujurnya, aku juga tidak percaya dengan apa yang berlaku kepada aku hari ini. Berpegangan dengan lelaki kacak, berjalan masuk ke dalam majlis bersamanya serta menjadi tumpuan orang. Aku selalu berangan-angan akan situasi seperti ini tetapi tidak ku sangka ianya menjadi kenyataan.
"Luna, aku pergi mengambil minuman dahulu. Kau duduk di sini." Kata Edward. Edward kemudiannya menghilang di dalam keramaian orang. Aku duduk di meja seorang diri sambil melihat keadaan majlis. Jujur ku katakan, ini kali pertama aku hadir ke majlis seperti ini. Majlis bebas yang dipenuhi dengan remaja.
Di saat aku sedang menunggu Edward, seorang jejaka hadir menyapa ku. "Hi, kau seorang?" Tanya jejaka tersebut. Aku tidak menjawab soalannya. "Kalau kau datang seorang, bolehlah aku ajak kau menari." Katanya lagi.
"Saya tidak pandai menari. Maaf." Balasku.
Dia tersenyum. "Siapa nama kau? Rasanya ini kali pertama aku melihat kau." Ujur jejaka itu.
"Luna." Balas ku
"Sean." Jejaka itu memberitahu namanya lalu berjabat tangan dengan ku.
"Kau sungguh cantik hari ini. Kau menarik perhatian ku." Balasnya. Aku hanya diam. "Kau belajar di sekolah mana?" Soal lelaki itu.
"Horace Mann School" Sekolah tinggi persendirian ketiga yang termahal di New York. Kebanyakkan pelajar yang masuk ke sekolah ini ialah orang kaya-kaya.
"Wah, kita bakal belajar di sekolah yang sama." Katanya. Aku tersenyum.
Kemudian, aku merasakan seseorang datang memegang bahu ku. Aku menoleh. Ternyata orang itu Edward. "Sebentar lagi pelayan akan datang menyediakan air untuk kita." Kata Edward. Aku tersenyum. Kemudian, Edward melihat lelaki bernama Sean. "Eh, Andrian. Kau di sini rupanya. Aku mencari kau merata-rata tempat." Edward menegur jejaka tersebut.
"Kau kenal dia? kenapa kau memanggil dia Andrian?" Soalku.
"Nama dia Andrian Sean George. Sahabat baik aku yang sudah lama aku tak jumpa." Nada Edward agak kurang menenangkan.
"Hi, Edward. kau kata kau nak kenalkan girlfriend kau kepada aku. Mana dia?" Soal lelaki itu.
"Nampaknya, aku tidak perlu memperkenalkan girlfriend aku lagi. Kau sudah jumpa girlfriend aku, Luna Alana Morgan, anak perempuan kepada pemilik Morgan Group." Balas Edward.
"Morgan Group? Kau benar-benar gila. Kau bercinta dengan anak kepada persaingan perniagaan keluarga kau." Kata Andrian sambil ketawa.
Aku berasa marah apabila mendengar Andrian berkata begitu kepada Edward. "Mungkin tetapi cinta kami tiada kaitan dengan perniagaan." Balasku. Andrian hanya ketawa kecil tetapi aku berasa kurang nyaman dengan kehadirannya.
Edward POV
Aku melihat Andrian berbual dengan Luna. Aku berasa agak geram apabila melihat mereka berduaan di dalam majlis itu. Walaupun Luna tidak memberi respon apa-apa kepada Andrian, tetapi cara Andrian memandang Luna membuatkan aku berasa kurang nyaman. "Edward, perlahan sedikit!" Jerit Luna yang duduk di sebelah ku di dalam kereta. Aku tidak mendengarinya.
"Apa yang kau bualkan dengan Andrian?" Soalku.
"Bukan Andrian sudah memberitahu kau. Perbualan kami hanya perbualan biasa." Balas Luna sambil membaca nota di telefon bimbitnya.
"Aku mahu dengar penjelasan kau pula." Respon ku. Aku mengawal emosi aku kerana aku tidak mahu Luna berasa aneh di sekeliling ku.
Luna menyimpan telefon bimbitnya lalu menghembus nafas keluhan. "Aku duduk di meja itu dan Andrian datang. Kami berkenalan dan berbual sedikit tentang diri kami. Tidak lama selepas itu, kau datang." Luna menjawab soalan aku dengan tenang sekali.
"Dia ada tanya kau mempunyai kekasih?" Aku menjadi tertarik untuk mengetahui perbualan di antara Luna dan Andrian.
"Ada. Tetapi aku tidak menjawabnya. Anyway, dia sudah tahu aku ini kekasih kau."
"Hurmm.... Kau sepatutnya beritahu Andrian yang aku ini kekasih kau." Aku sengaja mengusik Luna.
Aku melihat pipi Luna kemerahan. Tetiba aku merasakan yang Luna ini comel. "Aku tidak tahu sama ada kau menganggap aku teman wanita kau atau tidak." Balas Luna sambil melihat ke luar tingkap.
Entah kenapa aku berasa marah apabila mendengar jawapan Luna. Aku menghentikan kereta ku di sebelah secara tiba-tiba. "Kau fikir aku main-main? Aku serius dengan hubungan kita. Selepas ini, kau jangan dekat sangat dengan Andrian. Andrian dan aku sama sahaja. Kami berdua bukan lelaki baik." Nada aku mula menunjukkan emosi aku.
"Tetapi dia kelihatan baik kepada aku." Ujur Luna.
"Kau tidak kenali dia. Selepas ini, sesiapa sahaja tanya sama ada kau ada kekasih atau tidak, beritahu mereka yang aku ini kekasih kau. Kau, teman wanita kepada Edward Zachary Anderson." Tanpa aku sedari, aku meninggikan suara ku kepada Luna.
Luna memandang aku. Kemudian dia ketawa kecil kepada ku. "Kau cemburu?" Soal Luna. Aku terdiam seketika.
"Jangan nak perasan." Balasku kepada Luna lalu meneruskan perjalanan kami berdua.
"Kau memang cemburu. Edward, wajah kau kelihatan aneh bila kau cemburu." Luna terus menyusik dan ketawa terhadap ku.
"Jangan nak perasan. Aku tak cemburu." Walaupun aku terus menafikan, tetapi Luna tidak mempercayai aku. Pertengkaran kami berterusan sehingga kami berdua tiba di kediaman Luna.
"Terima kasih untuk malam ini." Ucap Luna lalu mengucup pipi ku. Aku terkejut tindakan Luna itu tetapi dia bersikap bersahaja. Dia keluar dari kereta dan melambai tangan selamat tinggal. Aku tersenyum kepada Luna lalu memandu kereta pulang ke rumah ku.
YOU ARE READING
Lies To Love (Malay Version)
Teen FictionAku tidak pasti bagaimana semua ini berlaku. Tanpa aku sedari, aku mencintainya. Dalam penipuan dan pendustaan, aku jatuh di dalam dakapannya. Cinta sepatutnya penuh dengan ketulusan tetapi cinta ku penuh dengan pendustaan. Siapakah yang patut diper...