Chapter 3: Jawapan

42 1 0
                                    

Luna POV

Hari ini benar-benar serabut. Aku langsung tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran aku. Walaupun buku terbuka di hadapan ku tetapi pemikiranku terus melayang entah ke mana. Perasaan aku menjadi resah dan risau tetapi di sudut hati aku, aku masih menunggu jawapan Edward. Edward benar-benar pintar dalam membuat orang lain menunggu.

"Luna! Luna! Dengar tak apa yang kami bincangkan?" Aku terhenti dari lamunan aku apabila Alicia menampar bahu ku. Jantung aku berdenyut dengan pantas kerana terkejut. "Luna, kenapa dengan kau? Kau tak sihat? Kau asyik mengelamun sahaja." Kata Alicia dengan wajah penuh kerisauan.

"Tiada apa. Aku cuma memikirkan sesuatu." Balasku sambil melihat buku teks biologi di hadapan ku.

"Luna, aku tahu ada sesuatu tidak kena dengan kau. Kenapa?" Tanya Nathan sambil memegang tangan ku. Nathan selalu mempedulikan aku dan mengambil berat tentang aku. Nathan amat baik terhadap aku. Kebaikannya itu membuatkan aku menyukainya.

Bibirku membisu. Aku tidak menjawab soalan Nathan. "Hello, my lady!" Tiba-tiba satu suara yang amat familiar menjelma. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat Edward datang ke arahku.

"Apa kau buat di sini?" Tanya Nathan dengan nada terkejut.

Alicia berdiri. "Apa kau nak?" Soal Alicia. Alicia juga bernada sama seperti Nathan.

"Aku tiada urusan dengan kamu berdua. Aku ke sini kerana aku ingin memberi jawapan aku kepada Luna." Mata terbeliak apabila mendengar kata-kata Edward.

"Apa dia sedang cakap ini, Luna?" Nathan memandang aku menanti jawapan kepada soalannya.

Aku terus bangun dan memegang kemeja sekolah Edward. "Apa yang kau cuba buat?" Bisik aku kepada Edward dengan nada lembut sekali. Edward tersenyum lalu memeluk bahu aku.

"Relaks. Aku ke sini kerana aku mahu memberi jawapan yang kau menanti." Kata Edward lalu mencium pipi ku. Aku terkejut dengan tindakannya tetapi lidah ku keluh dan membisu. Edward memeluk bahu ku dengan erat. "Hello, ladies and gentlemen. Saya berdiri di sini kerana saya ingin mengumumkan mulai saat ini, Luna Alana Morgan akan menjadi milik Edward Zachary Anderson. Itu bermaksud gadis yang bernama Luna Alana Morgan, iaitu pewaris kepada Morgan Group merupakan kekasih kepada Edward Zachary Anderson." Semua orang terkejut mendengar pengumuman Edward.

Aku juga tidak dapat berkata apa-apa selepas mendengar pengumuman itu. Aku menyangkakan yang dia akan memberi jawapan itu di hadapan sahabat aku tetapi rupanya dia memberi jawapan itu kepada semua pelajar di sekolah ini. Edward, kau memang hebat dalam membuat kejutan kepada semua orang. Mata ku perlahan-lahan memandang reaksi pelajar lain. Kebanyakan pelajar lelaki berbisik antara satu sama lain manakala pelajar perempuan pula protes apabila mendengar pengumuman itu.

"Apa yang kau cuba maksudkan, Anderson? Nada Nathan kedengaran seperti orang sangat marah.

"Cukup. Jangan tanya apa-apa soalan. Kau, kau dan semestinya kau, jom keluar dan berbincang." Kata Alicia sambil menunding jari kepada Nathan, Edward dan aku. Aku dan Nathan tanpa berkata apa-apa mengekori Alicia tetapi Edward pula ketawa kecil di belakang.

Apabila tiba di kawasan yang tiada orang, Alicia bersuara. "Apa yang cuba kau rancangkan? Cakap!" Sentap Alicia.

"Jangan tanya aku. Tanya kawan kau." Balas Edward dengan dingin sekali. Nathan dan Alicia menatap wajah ku. Bagus! Sekarang Edward melihatkan aku seperti pesalah.

Aku menghampiri Edward dan memeluk lengannya. "Maafkan aku, Alicia! Maafkan aku, Nathan! Aku minta maaf kerana aku merahsiakan hal ini daripada kamu berdua. Sebenarnya selama ini aku mencintai Edward. Pagi tadi, aku menyoalnya jika dia boleh menjadi kekasih aku. Aku gembira mendengar jawapannya." Aku tidak menyangka. Dalam diam-diam, aku mempunyai bakat lakonan yang hebat.

Nathan dan Alicia memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Aku tidak mampu merenung mata mereka. Aku hanya mampu bersembunyi di sebalik Edward. "Okay! Kalau kau mencintai Edward, buktikan. Kau kata yang kau hanya akan memberi ciuman pertama kau kepada lelaki yang kau cintai. Jadi, jika kau mencintai Edward, cium dia di hadapan aku dan Nathan sekarang." Cabar Alicia. Alicia amat mengetahui aku. Sukar untuk aku menipunya.

Aku berdiri di sebelah Edward dengan menggenggam tangannya erat. Aku tidak berani melihat mereka berdua. Nathan dan Alicia amat menakutkan. Aku tahu Edward perasan yang aku tidak mampu melakukan itu. Disebabkan itu, Edward menyetuh dagu ku membuatkan aku memandangnya. "Lakukan." Bisik Edward. Aku menatap matanya. Di dalam matanya menunjukkan yang dia memberikan aku kebenaran untuk menciumnya. Aku memejam mata ku dan cuba merapat bibirku kepada Edward.

Dalam keadaan yang mengelirukan, aku tiba-tiba terdengar bunyi tumbukan. Aku terus membuka mata ku. Apabila aku membuka mata ku, aku melihat Edward sudah terbaring di tanah dan aku secara automatik menghampiri Edward lalu menyetuh bibir Edward yang berdarah. Mata ku menoleh melihat ke arah Nathan dan aku melihat Nathan menggenggam penumbuk. "You are bastard!" Nathan kelihatan amat marah terhadap Edward.

"Nathan, kenapa kau buat begini?" Aku meninggikan suara kepada Nathan.

"Luna, apa yang tak kena dengan kau? Semalam kau membenci Edward dan sekarang kau menyukai Edward. Apa yang telah Edward lakukan kepada kau? Luna, ini bukan diri kau!" Nathan memarahi aku. Di wajahnya jelas menampakkan yang dia kecewa dengan aku.

Aku langsung tidak berani mengangkat muka ku. "Nathan, aku usaha membenci Edward tetapi aku tidak boleh. Aku amat menyukainya." Kataku dengan air mata yang mengalir. Air mata aku mengalir bukan kerana Edward tetapi kerana aku berasa sakit di dalam. Aku berasa sakit kerana aku terpaksa menipu orang yang aku cintai, iaitu Nathan dengan penipuan yang aku menyukai seseorang yang aku benci, iaitu Edward. Aku tahu tangisan aku akan membuatkan ramai orang salah sangka.

Edward memegang tangan aku. "Aku melepaskan kau kali ini. Tahniah kerana kau berjaya membuat teman wanita aku menangis." Kata Edward kepada Nathan dengan nada bengis lalu membawa aku pergi dari situ. 

Lies To Love (Malay Version)Where stories live. Discover now