Nama aku Airyna Najwa. Umur aku 15 tahun. Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar Banting. Aku ada seorang kawan baik yang bernama Zulaikha. Dia merupakan kawan baik di sekolah tu. Asrama sekolah aku cuma membenarkan pelajar pulang ke rumah dua atau tiga minggu sekali. Nak dijadikan cerita minggu ni mama,abang dan adik balik ke kampung. Aku berasa sangat kecewa apabila sampai ke rumah mama tak ada dekat rumah. Nak buat macam mana dah jadi nasib aku. Sewaktu aku termenung tiba-tiba.....
"Ryna!"
Terkejut aku bila kena sergah macam tu. Aku pun toleh ke belakang untuk melihat siapa yang berani menyergah aku tadi dan orang itu ialah....
"Papa!"
"Papa ni buat terkejut ryna je""Kah kah takdela papa tengok anak papa ni asyik termenung je. Ingat boyfriend ye!"
"Ish papa ni mana ada. Anak papa ni mana ada semua tu."
"Ye la papa percaya. By the way papa nak bagitau yang lusa papa kena pergi kenduri kahwin anak bestfriend papa. Ryna ikut tau."
"Ok la. Kalau tak ryna nak duduk dengan siapa kalau ryna tak ikut dah lah esok kena duduk sorang-sorang."
"Ala kesiannya anak papa ni. Takpe sehari je duduk sorang ok?"
"Ye la"
"Good girl. Papa keluar dulu la ye"
"Ok"
PAGI KEESOKANNYA
Pagi aku hari ini bermula dengan sangat bosan maklumla papa kerja kakak aku pulak pergi kursus jadi aku sorang-sorang dekat rumah. Aku tak tau nak buat apa. Aku ingat bolehlah borak dengan kakak tapi dia takde pulak. Disebabkan itu aku telah membuat kerja amal di rumah sendiri. Aku sapu sampah mop lantai basuh baju sidai baju dan macam-macam lagi kerja rumah. Kalau mama tau ni mesti mama puji aku. Hehehehehe
Petang
Bila aku dah tak tau nak buat apa memandangkan semua kerja rumah dah siap akupun duduk rehat dekat sofa. Nak chat dengan Zulaikha dia tengah dating dengan pakwe dia. Aku tak nak lah kacau diorang. Waktu aku dah nak terlelap...Tiba-tiba aku baru teringat yang esok papa ajak pergi kenduri bestfriend dia dekat Putrajaya. Malasnya nak pergi. Kalau ada kakak okay la jugak boleh aku berborak tapi kakak tak ada nanti mesti aku duduk sorang-sorang je sementara papa borak dengan kawan dia. Tapi kalau tak pergi nanti aku lonely pulak kat umah ni.So better aku pergi tapi kalau ada kakak lagi best.Nasib kau la Ryna.Nanti mesti aku kena duduk sorang dekat sana.
'Dahla ryna baik kau pergi pilih baju apa nak pakai esok daripada kau kusutkan kepala kau pikir pasal kelonelyan kau tu' bisik hati kecil ryna.
Nasib kau la ryna...
YOU ARE READING
Our First Meet
Teen FictionAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...