Okay korang. Kat sini aku nak terangkan sikit pasal watak watak dalam story ni. Supaya korang tak pening kepala. Aku harap dengan penjelasn watak dapat bantu korang untuk memahami cerita ni. Sekarang makin banyak watak dalam story ni. Bukan sahaja airil dan airina. Okay selamat membaca.😘
Insyirah Zulaikha merupakan kawan baik Airina yang juga rakan sekelas dan sekatil di asrama. Airina cuma mempunyai seorang rakan baik iaitu Zu. Mereka berada di kelas 3 Elit. Mereka bersekolah di SM Sains Banting.
Manakala Airil mempunyai tujuh rakan baik yang rapat dengan nya iaitu Hariz, Khairil, Ikhmal, Rayyan, Syafiq, Naufal dan Putera. Kumpulan mereka di beri nama perfecto.Hariz merupakan kawan baik yang paling rapat sejak kecil dengannya kerana Hariz juga adalah sepupunya. Hariz dan Naufal, merupakan rakan sekelas Airil iaitu di kelas 5S gold. Putera dan Rayyan berada di kelas 5LK gold.Ikhmal berada di kelas 5A gold. Khairil dan Syafiq berada di kelas 5KAA silver. Walaupun berlainan kelas tidak menghalang mereka daripada persahabahatan yang erat terjalin antara mereka. Oh ya, airil,hariz,syafiq dan khairil merupakan pengawas sekolah. Airil adalah ketua pengawas sekolah manakala hariz penolong ketua pengawas. Naufal dan ikhmal merupakan pengawas pusat sumber. Rayyan dan putera adalah pelajar biasa. Tetapi masing masing merupakan presiden bagi kelab kadet bomba dan pengakap. Rayyan juga meminati salah seorang ahli kumpulan princess iaitu Diana secara diam tanpa diketahui oleh ahli kumpulan perfecto yang lain. Ikhmal dan Syafiq mempunyai pasangan masing-masing dari sekolah lain. Ahli perfecto yang lain tidak mempunyai pasangan tetap. Ahli kumpulan perfecto juga tidak mengetahui kewujudan airina dalam hidup Airil.
Geng princess pula terdiri daripada 5 orang iaitu Lisa, Tasha,Ratna,Diana dan Rania.Lisa merupakan rakan sekelas Airil,Hariz dan NaufalOleh kerana itu dia dapat mengetahui kejadian yang berlaku di kelas 5S gold dan memberitahu ahli geng princess yang lain. Tasha dan Rania berada di kelas 5S Bronze. Diana berada di kelas 5LK gold. Ratna berada di kelas 5A silver. Kesemua mereka mempunyai 'crush' pada kumpulan perfecto kecuali Diana. Tasha amat meminati Naufal sejak Naufal pernah menolong nya dalam suatu kejadian ragut. Ratna pula menyukai Hariz sejak kecil memandangkan mereka adalah jiran. Manakala hati Lisa terpaut kepada Naufal semenjak mereka sering berada dalam satu kumpulan di dalam kelas jika melibatkan aktiviti pembentangan. Rania pula menunggu airil sejak sekolah rendah lagi. Walaupun airil tidak pernah menunjukkan rasa suka terhadap rania tetapi hati rania tidak pernah berubah walaupun dikelilingi ramai peminat. Diana tidak meminati sesiapa kerana dia sudah serik untuk bercinta lagi setelah di kecewakan suatu masa dahulu. Kenangan pahit yang menghantui dirinya tidak pernah di beritahu kepada sesiapa termasuk sepupu yang paling rapat dengannya. Tiada sesiapa yang tahu mengapa dia tidak mempunyai perasaan terhadap kaum adam meskipun memiliki wajah yang begitu menawan. Kesemua ahli kumpulan princess mempunyai perwatakan yang sombong kecuali Diana. Dia seorang yang peramah,periang dan sentiasa ceria untuj menutupi sejarah silam yang pahit mengenai dirinya.Diana adalah pelajar baru disekolah tersebut. Dia memasuki kumpulan princess atas ajakan sepupu rapatnya iaitu Rania.
P/s:Ini untuk menjelaskan apa korang mungkin kurang faham dengan cerita ni.Kalau ada yang masih kurang jelas atau kurang faham boleh tanya. Aku akan selesaikan kemusykilan korang. Thanks sebab sudi baca and tunggu story ni.😘
Adia ilyan
YOU ARE READING
Our First Meet
Novela JuvenilAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...