"Wei Hariz, Airil aku dengar korang berdua kantoi bersembang dalam kelas madam Jenny. Betul ke?"tanya Ikhmal."Haah,kitaorang pun dengar. Macam mana boleh kantoi?" kata Rayyan dan Putera.
"Haah la. Kitorang pun dengar jugak pasal korang kena denda. Betul ke bro?"sampuk Khairil dan Syafiq.
Hariz dam Airil saling berpandangan. Masing masing keliru bagaimana ingin diceritakan kepada ahli Perfecto yang lain memandangkan mereka tidak mengetahui kewujudan Najwa dalam hidup Airil. Manakala ahli Perfecto yang lain hairan dengan gelagat Hariz dan Airil.
"Korang ni dah kenapa?"tanya Putera.
"Entah! Dah macam cacing kepanasan."sampuk Ikhmal.
"Ish korang ni cerita je lah. Ni lah susah kalau Naufal takde. Susah nak korek cerita. Hah mamat tu asal tak datang?"balas Khairil geram dengan tingkah laku Hariz dan Airil.
"Dia demam lah'.jawab Rayyan.
"Okay macam ni cerita dia."Airil memulakan bicara manakala ahli Perfecto yang lain tekun mendengar."Aku mengantuk dalam kelas Madam Jenny tadi sebab aku tidur lewat semalam. Mula mula aku ingat nak tidur kejap. So aku panggil lah si Hariz ni. Aku ingat nak mintak tolong dia kejutkan aku kalau madam Jenny ronda kelas. Tapi mamat ni khusyuk sangat belajar sampai aku panggil pun tak sedar. Aku tak tau la kenapa dia tekun je tengok madam kat depan tu." belum sempat Airil sambung Khairil dah potong.
"Hah,aku tau.Entah entah dia nampak muka madam tu macam Mira Filzah kot."kata kata Khairil disambut dengan gelak ketawa rakan rakannya yang lain.
"Maklumlah peminat setia 'Meh Sandar Pada Aku' lah katakan." sampuk Ikhmal.
"~Kata orang semua wanita sama sahaja tapi tidak denganmu~" nyanyi Rayyan dengan gedik. Semua ketawa mendengar nyanian Rayyan.
(Kalau korang nak dengar lagu tu. Bolehlah cari dekat youtube. Tajuk dia Meh Sandar Lagi. Penyanyi of course la hero dengan heroin dia iaitu Alif Aziz dengan Mira Filzah.)
"Eh sudahlah,kalau korang asyik kutuk mamat ni,bila nak habis cerita. Tengok dah merah muka mamat ni. Malu punya pasal. Hahahahahaha."sambung Putera.
"Eh korang ni nak dengar aku cerita ke tak? Tak nak dengar tak apa."kata Airil. Dia kasihan melihat Hariz di bahan oleh rakan-rakan mereka untuk menutupi kisahnya.
"Okay dah,dah! Hah,sambunglah Ril!"kata Khairil.
"Okay lepas aku tengok dia khusyuk sangat tengok depan. Tiba-tiba muncullah idea nakal dekat kepala otak aku ni. Aku pun kacau dia sampailah dia stop pandang depan and sembanglah dengan aku. Tengah kitorang sembang tiba tiba suara nyaring madam bergema satu kelas.'Tengku Hariz Ikhwan Hakimi stand up!'ajuk Airil.
"Hahahaha,teruk betul gaya kau meniru madam. Kalau madam tahu ni habis kau. Daripada pelajar yang paling disayang terus bertukar kepada pelajar yang paling dibenci."sampuk Rayyan. Kata kata Rayyan disambut gelak ketawa Perfecto yang lain.
"Okay,lepastu apa yang jadi?" tanya Syafiq.
"Hah,lepastu aku dengan Hariz kena jawab soalan kat depanlah apa lagi. Dah kantoi."jawab Airil.
"Tu je?"tanya Ikhmal tidak puas hati.
"Itu lah untungnya jadi anak mirid kesayangan. Kalau orang lain mau kena berdiri luar kelas or ronda satu sekolah bawak signboard'saya janji tidak bising di dalam kelas lagi'. Nasib baik aku kantoi bersembang dalam kelas dia dengan si Airil ni. Kalau tidak fuhh aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak pergi sekolah lepas kena denda macam tu".sambung Hariz.
"Then korang boleh jawab tak?soal Syafiq.
"Alhamdullilah. Nasib baik kitorang dapat jawab. So dapatlah duduk."jawab Airil.
"Tapikan kalau aku tak dapat jawab confirm aku tibai si Airil ni!"kata Hariz dengan nada bergurau.
"Hahaha. Tapi ni baru kena jawab soalan dah kecoh. Habis satu sekolah tahu. Cuba kau bayangkan kalau diorang berdua ni kena denda benda lain. Berdiri atas kerusi ke kat luar ke. Duduk bawah meja ke. Mesti lagi kecoh kan. Silap-silap sekolah lain pun tahu."imaginasi Khairil.
"Hahahahhaha. Ye do"sambut Syafiq.
"Ye lah. Kau bayangkan kalau ketua pengawas paling hot kena denda berdiri luar kelas. Pastu penolong ketua pengawas yang paling playboy kena denda duduk bawah meja. Fuhhh mahu jadi berita terhangat SMK Indra Jaya."sambung Ikhmal.
Semua perfecto tergelak mendengar kenyataan Ikhmal.
"Tapi wei kalau lah benda tu betul-betul terjadi. Aku rasa Madam kena kecam do. Silap-silap tayar kereta perodua kancil dia tu pancit. Tak pun kena baling telur. Hahahahaha."kata Putera.
"Huishh tinggi betul imaginasi kau Put kata Hariz.
"Entah tak adanya dorang nak buat sampai macam tu. Dorang pun nak sekolah kat sini lagi kot."balas Airil.
"Eh kau tak tahu. Kuasa peminat tu luar biasa tau terutama peminat Airil dan Hariz."usik Khai. Kata kata Khairil disambut gelak ketawa Perfecto.
"Wei korang rehat dah habislah! Jom kita naik kelas karang tak pasal pasal kita semua kena denda jugak!"bahan Ikhmal.
"Hahahahaha. Jom jom."balas
yang lain.****
"Wei bro!"panggil Airil sambil mereka berjalan untuk naik ke kelas.
"Apa?"tanya Hariz.
"Wei Riz,sorry tau sebab nak cover aku,kau yang kena bahan tadi. Aku selalu susahkan kau kot."kata Airil.
"Small matter la bro! Tapi wei, sampai bila kau nak simpan cerita pasal Najwa tu bro? Lambat laun dorang mesti tahu jugak kan?"balas Hariz.
"Aku bukan tak nak bagitau cuma aku tak ready nak bagitau. Yelah aku pernah jumpa Najwa tu sekali je tapi terus suka. Nanti mesti dorang gelakkan aku. You know what? Its like weird thing because selama ni aku tak pernah layan perempuan kan?"balas Airil.
"Hurm.. dah tu kau tak nak bagitau lah ni?"tanya Hariz.
"Aku akan bagitau dorang sebab aku pun memang nak share dengan dorang. Tapi lepas aku jumpa Najwa tu lagi sekali. And kalau aku jumpa dia lagi sekali aku tak kan lepas dia macam tu je."kata airil dengan semangat.
"Wah.. first time aku tengok kau bersemangat semata-mata demi seorang perempuan. But its okay aku support kau. Tapi."ayat Hariz terhenti.
"Tapi apa?"tanya airil ingin tahu.
"Tapi... kau jangan sampai lupa yang kita nak SPM tahun ni! Aku tahu kau pandai tapi kau still kena fokus dengan pelajaran kau jugak!"tegas Hariz.
"Macam mana aku nak lupa kalau kau selalu ingatkan aku. Hahahahaha."balas Airil.
"Hish kau ni aku series kau main main pulak. Aku cepuk kau kang! Ohh ngak apa lepas ni gue udah ngak ingatin lor."balas Hariz dalam loghat indonesia yang tak berapa nak jadi.
"Ala jangan lah camtu. Gurau je."kata Airil sambil membuat muka seposen tak laku.
"Eh kau pikir kau comel ke buat muka macam tu. Hah tahu takut. Tak adalah aku pun gurau jugak."balas Hariz.
Begitulah gelagat dua orang sahabat. Sering bergaduh dan bergurau. Saling mengusik supaya hidup mereka sentiasa ceria. Itulah kawan baik dan itulah kawan gaduh tetapi sering bersama tanpa mengira ketika susah ataupun senang. Saling bantu-membantu antara satu sama lain termasuk meng'cover' rahsia.
P/s: Macam mana sekarang? Okay tak. Sorry kalau cerita ni tak best macam cerita lain. And thanks jugak sebab sudi baca story ni.💞😘
Adia ilyan
YOU ARE READING
Our First Meet
Teen FictionAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...