Entah kenapa kali ni aku rasa macam tak nak balik asrama. Dah lah aku tak sempat jumpa mama sepanjang cuti ni. Bila mama tak ada aku rasa kurang sesuatu iaitu semangat. Tak ada semangat aku balik asrama kali ini. Dalam aku berjalan tu aku sampai depan pintu dorm aku iaitu Dorm Khadijah.
"Assalamualaikum!"aku bagi salam perlahan sebaik kaki aku melangkah masuk kedalam dorm.
"Kau ni dah kenapa? Dah macam zombie tak cukup makan dah aku tengok? Ke kau gaduh dengan zulaikha? Tegur Qila, budak dorm aku sewaktu dia ingin melangkah keluar dari dorm.
"Tak ada apalah. Cuma aku tak puas duduk kat rumah lagi".Ujar aku dengan nada sedih. Okay lah qila aku masuk dululah ye."
"Okay"
Setelah aku letakkan barang-barang aku di sisi katil, aku mencari Zu. Tetapi kelibatnya pun aku tak nampak.
"Hish barang ada tuan tak ada. Apa si Zu ni jadi halimunan ke apa? Macam biskut chipsmore pun ada. Kejap ada kejap tak ada. Aku baru nak story-mory dengan dia."aku mengeluh buat kesekian kalinya sambil melabuhkan punggung aku di atas katil milik zu. Aku mengerling ke arah jam tangan aku. Hurmm dah sepuluh minit aku tunggu zu tapi bayang dia pun tak muncul-muncul."hish minah ni kalau aku dapat dia aku cekik-cekik dia. Setelah beberapa ketika..
"Oii minah,kau mengutuk aku ye. Tersedak aku kat jamban tadi tau tak?" Zu kejutkan aku dengan suara 'mak tiri' dia tu.
"Hish kau ni. Boleh bagi salam dulu kan. Kenapa semua orang suka sangat bagi aku terkejut. Memang semua nak aku mati cepat ke macam mana? Kat rumah papa kat asrama budak ni. Haih malang betul nasib kau jantung."
"Hah, dah abis membebel ke makcik oii? Soalan aku kau tak jawab lagi."
"Bila masa aku membebel. By the way bila masa kau tanya aku soalan and apa soalan kau?"
"Aduhai memang malang la nasib kau wahai insyirah zulaikha dapat kawan macam ni. Kau bercakap dengan dia macam kau bercakap dengan tunggul." Ngomel Zu sambil melabuhkan punggungnya di atas miliknya ops bukan katil kerajaan yang di sewanya. "Aku tanya kau ada memgumpat aku ke tadi? Hish itupun nak aku ulang ke?"merajuk Zu.
'Aik dia tahu ke aku kutuk dia tadi?'ujar aku di dalam hati.
"Mana ada. Kenapa tiba-tiba kau tuduh aku kutuk kau pulak ni?"
"Takdelah dalam dunia ni mana ada orang lain yang nak kutuk aku selain kau. Sampai tersedak aku dalam jamban tadi. Aku dah lah sakit perut pastu tiba-tiba tersedak."
"Ouh macam tu ke. Okaylah kalau macam tu aku nak buat satu pengakuan la dekat kau." kemudian aku bangun dan bersiap sedia untuk lari.
"Pengakuan apa pulak kau ni dah sampai kena bangun ni. Duduk je lah."
"Okay macam ni cerita dia, actually aku yang kutuk kau tadi."sebaik sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut aku, aku terus pecut melarikan diri.
"Hah? Aku tak faham la. Kau yang kutuk aku, maksudnya.. bertuah punya budak!!!!!! Tunggu kau ryna!!!! Akupun buka langkah seribu mengejar ryna.
****
Malam tersebut
"Actually kan zu aku ada benda nak cerita kat kau petang tadi tapi hajat tak kesampaian sebab kau kejar aku."
"Tu lah siapa suruh kau cari pasal. Hah ceritalah sekarang sementara prep ada lagi setengah jam ni!"
Inilah kami waktu prep yang dikhaskan untuk pelajar asrama seharusnya digunakan untuk belajar tetapi kami sering gunakannya untuk bercerita dan aktiviti kegemaran pelajar asrama iaitu tidur. Teruk betul perangai kalau difikirkan.
"Okay macam ni ceritanya. Mula-mula jap kau jangan tak percaya tau."
"Aduii kau ni macam mana aku nak percaya kalau kau tak cerita lagi. Aku cepuk kau kang. Heii mencabar kesabaran betul."
"Okay,okay macam ni waktu kita cuti hari tu mama and siblings aku semua balik kampung so tinggallah aku dengan ayah aku je kat rumah. Actually kak nina ada tapi dia pergi kursus. Pastu ayah ajaklah aku pergi kenduri bestfriend dia dekat putrajaya then.."aku terhenti kata-kata.
"Then apa?"
"Hurm...then aku jumpa someone ni."
"Ye ke. Wahh.Siapa? Lelaki ke perempuan? Tapi naluri ibu aku mengatakan lelaki. Betul tak?"
"Hotak kau. Naluri ibu celah mana! Kahwin pun belum nak jadi ibu. Dah lah pt3 pun tak lepas lagi."marah aku sambil tergelak mengenangkan lawak bodoh zu.
"Eii yelah. Naluri kawan. Dah puas hati! Okay sekarang jawablah soalan aku. Someone kau tu lelaki ke perempuan?"
"Lelaki."
"Huh dah agak dah. Dari muka gatal kau pun aku dah tau yang kau jumpa tu lelaki."
"Amboii sedapnya mulut. Suka suki kau je cakap muka aku gatal. Yang gatal tu kau bukannya muka aku."
"Hahahaha, yelah aku je gatal. Dah cepatlah teruskan cerita kau. Aku tunggu ni."
"Okay macam ni ceritanya... dan aku pun ceritalah segala-galanya dekat zu. Daripada A-Z. Tak ada sikit pun yang tertinggal.(malas nak flashback punya pasal.hehe)
"Wei,asal kau bagitau nama belakang kau je. Asal kau tak bagi je nama penuh kau kat mamat tu. And kenapa kau tak tanya nama mamat tu apa? Umur berapa? Sekolah dekat mana? Ada makwe ke tidak? Hensem tak wei? Tinggi tak? Kaya tak? Style tak wei?
"Hish kau ni banyaknya soalan. Tanya satu satu boleh kan." Aku mengeluh kecil."okay aku jawab satu-satu heh. Aku bagi nama belakang je sebab waktu tu aku tak nak bagitau apa-apa maklumat pasal aku and waktu tu nama tu je yang aku boleh terfikir. Pasal maklumat mamat tu aku memang tak nak tahu pun. Dia ada makwe ke tidak itu bukan masalah aku. Hemsem tu hensem lah gak daripada budak sekolah kita ni. Tinggi tu.. kalau aku berdiri sebelah dia kat bahu je kot. Hurmm kaya, kaya aku tak sure. Pastu apa lagi soalan kau.. hah style tu agak style la. Eii banyaknya soalan kau ni! Satu soalan singgit eh!"
"Takde makna nya siapa yang suruh kau cerita kat aku? Dah cerita kenalah bagitahu semua!
"Dah dah abis cerita pasal mamat tu. Aku tak rasa yang jumpa dia pun lepas ni. Haritu pun kebetulan je. So tak payah lah kau ambik serious benda ni! Dah prep pun dah habis. Kau nak supper tak?"
Zu menggelengkan kepalanya. Lalu kami berjalan keluar dari bilik prep menuju ke dorm.
"Tapikan naluri aku rasa yang kau akan jumpa dia lagi!"
Aku berhenti berjalan dan diikuti oleh zu lalu terus aku pegang dahi zu.
"Hurm tak panas."
"Apa kau cuba buat ni. Aku tak demam la . Aku sihat wal afiat kot."
"Dah tu apa yang kau merepek ni. Tak habis habis dengan naluri. Aku yakin dan aku harap yang aku dah tak jumpa dia."
'Yeke ryna kau dah tak nak jumpa dia. Bukan kau nak tau nama dia ke?bisik hati kecil ryna.
"Serious wei. Aku dapat yang korang akan jumpa lagi. Cuba kau ingat balik ayat yang dia cakap sebelum kau nak balik tu.
(Flashback)
"Nanti!,saya harap andai kata awak dah tak ada sesiapa dengan awak saya harap kita boleh jumpa lagi"kata mamat tu dengan tersenyum.
(Flashback tamat)
"Betulkan apa yang aku cakap?"
"Maybe yes maybe not." Ujar aku dan tanpa aku tersedar yang aku tersenyum.
"Maybe yes maybe not konon. Dah tu yang kau senyum-senyum ni apa cerita machaa."
Teguran zu mematikan senyuman aku.
"Mana ada aku senyum. Kau ni mabuk agaknya. Aku tak senyum pun kau kata senyum. Haru sungguhlah hang ni cik Insyirah Zulaikha oii. Ambik hang terkeluaq habeh bahasa kedah ceq."Kata aku sambil jalan meninggalkan zu.
"Woii kalau ye pun tunggulah aku!"
"Lekaihlah jalan!"kataku tetapi masih berjalan.
Zu mengejar langkahku dan kami berjalan beriringan ke dorm tanpa apa-apa lagi bicara.
YOU ARE READING
Our First Meet
Teen FictionAiryna najwa tak pernah menduga pertemuan yang tidak dirancang bersama seorang lelaki yg tidak dikenalinya di sebuah majlis perkahwinan akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Mereka telah ditakdirkan untuk bertemu lagi dan lagi selepas peristiwa...