bab 8

25 4 0
                                    

Kringgg!!!

Tibalah waktu rehat buat pelajar tingkatan empat dan lima. Ratusan pelajar tingkatan empat dan lima berpusu-pusu ke kantin sekolah termasuk pelajar 5S gold kerana risau akan masakan makcik kantin yang enak sehingga menjilat jari kaki. Eww taklah menjilat jari je. Tetapi tidak bagi airil. Dia masih berteleku diatas kerusi miliknya opss milik kerajaan yang di pinjamnya. Hariz yang pelik dengan kelakuan airil segera menegur sepupu merangkap kawan baik dan ketuanya.

"Wei airil kau okay tak?"

"Ah? Aku okay je tapi kau lah sorry wei sebab aku kau kena marah dengan madam jenny tadi."ujar airil dengan nada yang berat. Dia menyesal kerana mengganggu hariz yang khusyuk belajar sehingga dikesan oleh madam jenny.

"Lah tu je ke yang buat kau rasa camni? Relax la madam tu bukan marah sangat pun dia cuma suruh aku jawab soalan kat depan je. Lagipun kaupun kena sekali kan? Adillah tu,bro!Tapikan aku peliklah dengan kau."

"Hah? Kenapa dengan aku?"

"Kau tanya aku kenapa? Patutnya kau tanya diri kau sendiri asal dengan diri kau. Tak pernah-pernah kau tidur dalam kelas. Selama 5 tahun kita share kelas aku tak pernah tengok kau nak tidur dalam kelas terutamanya subjek favourite kau tau tak!"

"Kan aku dah kata aku tidur lambat semalam."

"Nasib kau baik sebab jadi favourite student madam jenny tau. Kalau tidak sia-sia je kau kena berdiri luar kelas tau. Pastu,nanti mesti kecoh bila ketua pengawas yang hot ni kena berdiri luar kelas kan? Hahahaha gempak do!

"Tu lah. Nasib baik aku tak pernah buat salah sebelum ni. Jap, amboi tinggi betul imaginasi kau. Nak sangat ke aku kena denda?"

"Eh, mestilah nak! Pastu nanti semua orang akan cari aku nak tahu kenapa ketua pengawas kena denda. Hahaha popular aku!"

"Aku cepuk kau nak? Kejam punya member sanggup biarkan member kena denda asalkan popular!"

"Tak ada lah aku gurau je. Sekarang cerita lah kenapa kau tidur lambat semalam?"

"Aku asyik teringat kat najwa tu je do. Aku asyik terfikir pasal kat putrajaya tu je."

"Hish mamat ni, aku fikir kau kena insomnia ke tak boleh tidur. Rupa-rupanya teringat si najwa. Kau dengar ni ye airil, baik kau fokus dengan study dulu daripada kau fokus pasal perempuan. Kita nak SPM lagi berapa bulan je. Okay?"

"Aku tahu tu tapi dia yang masuk dalam fikiran aku. Bukan aku yang nak!"

"Itulah kau waktu Form 4 kau tak nak have fun! Nak sangat fokus study! Hamek kau time yang kau fokus ni la yang kau nak jatuh cinta."

"Mana la aku tahu. Masalahnya aku tak jumpa dia tahun lepas! Lagipun aku tak tahu pulak macam ni rasanya cinta tak dibalas!"

"Lain kali jadi macam aku. Tengok aku tahun lepas berapa ramai awek aku? Yang lembut ada, yang ganas ada, yang pendiam ada, yang banyak cakap ada, yang gedik ada, yang pemalu pun ada dan ramai lagi. Itulah yang baru dinamakan hidup remaja. Aku dah enjoy puas-puas tahun lepas so tahun untuk aku fokus tapi ada manusia yang menggangu fokus aku tahun ni!"

"Tu playboy gila! Bukan enjoy. Kau permainkan perasaan dorang kau tau tak! Alah pasal tadi tu sorrylah, nanti aku belanja kau."

"Ala nanti nak dekat SPM aku mintak maaf la dekat dorang semua. Sekali aku kenyit mata cair terus diorang maafkan aku punya!"

"Amboi! Senang kerja kau."

"Hahahaha.Tapikan airil aku rasa kelakar pulak bila ingat pasal tadi."

"Apa yang kelakarnya?"

"Ye lah tak pernah-pernah kita berdua kena denda tiba-tiba boleh pulak kena denda dengan madam jenny.Tapi nasib baiklah aku dapat jawab soalan dia kalau tidak siap kau aku bantai.

(Throwback)

"Tengku hariz ikhwan hakimi stand up!"

Suara nyaring madam jenny bagai jeritan ahli sihir yang kejam memecah kesunyian kelas 5S gold. Hariz yang terkejut terus berdiri mengikut arahan madam jenny. Madam jenny terus melangkah kearah meja hariz dan airil yang sedang berdebar menanti apakah yang bakal berlaku.

"What are you doing just now Mr.Tengku hariz ikhwan hakimi? You too Mr.Shah airil mikael? How many times I must tell all my student to be focus in my class? Okay now, both of you jawab soalan dekat depan tu. Sekarang!"

Hariz dan airil bergerak ke hadapan untuk menjawab soalan yang telah disediakan. Setelah selesai menjawab, mereka kembali berdiri ke tempat duduk mereka sementara menanti madam jenny menyemak soalan mereka dengan berdebar-debar.

"Okay! Both of you so lucky today. Right answer. Duduk. Tapi lain kali jangan bercakap semasa saya mengajar." Kelas diteruskan sehingga waktu rehat seperti biasa walaupun ada suara-suara sumbang yang masih memperkatakan kejadian tadi yang masih dianggap luar biasa termasuk Lisa iaitu salah seorang geng princess.

"Aku kena bagitau geng princess yang lain pasal ni. Cerita hot ni! Hahahahaha mesti geng princess yang lain terkejut! Tak sabarnya."

(Flashback tamat)

"Dah sekarang ni kau tak payah nak buat drama swasta ke drama kerajaan better kita ronda sekarang sebelum one more time kita kena denda."ujar hariz kepada airil.

"Sorry tau wei. Aku rasa bersalah gila. Kalau aku tak kacau kau belajar tadi tak ada kau kena denda dengan madam."

"Okay lah. Aku maafkan kau. Dah, jom kita ronda!"sambil hariz menarik tangan airil lalu diajak untuk meronda.

****

"Hai geng! I have a hot news untuk you alls!"sapa Lisa kepada geng princessnya yang di anggotai oleh Rania,Ratna,Tasha, Diana dan dirinya sendiri.

"Hah, cerita apa, pasal siapa and untuk siapa cerita ni?"tanya Diana yang mesra dipanggil D.

"Haah untuk siapa cerita ni?"sampuk Tasha pula.

"Okay I tahu semua tak sabar nak dengar cerita ni. Tapi cerita ni pasal airil dengan hariz and secara automatiknya cerita ni untuk Rania and Ratna la. Geng princess yang lain mula bersorak.

Rania and Ratna yang pada mulanya tidak berminat terus memandang kearah Lisa." Hah!kenapa dengan mereka?" serentak mereka bertanya. Lisa tersenyum melihat kelakuan Rania and Ratna.

"I dah agak dah you all mesti tak sabar kan! Okay cerita dia macam ni!"lalu Lisa pun menceritakan kejadian tadi dari awal sehingga tamat. Manakala ahli geng princess yang lain khusyuk mendengar. Semua ahli geng princess terdiam setelah mendengar cerita Lisa sebelum Ratna bersuara.

"Girls korang tak rasa pelik ke?"

"Pelik? Kenapa pulak?tanya D.

Kemudian dijawab oleh Rania. "Ye lah sebelum ni mana pernah kita dengar airil dengan hariz buat masalah especially masalah disiplin."

"Hurm betul jugak cakap rania tu!"sokong diana.

"I rasa mesti ada something yang berlaku. So,girls kita kena siasat benda ni okay?"sambung tasha.

"Yes."sorak princess serentak.






P/s: apakah yang akan dilakukan oleh geng princess? Tunggu sambungannya ye.

                                       Adia ilyan

Our First MeetWhere stories live. Discover now